Cara Menjaga Kesihatan Emosi

Farah Waheda Wahid
7
Source Extracted from Google
He he he, comel tak gambar "baby" kat atas ni??? Nak bercerita pula tentang cara2 untuk menjaga kesihatan emosi. Selalunya orang akan bercerita tentang kesihatan mental... "But why?" pula nak cerita pasal kesihatan emosi... Sebab emosi ni paling rapat dan dekat dengan kesihatan mental. Kalau emosi selalu ajer tak stabil dan terganggu, kesihatan mental pun boleh turut dipengaruhi... Uishh...tak mo tak mo...baik cegah sebelum terlewat...Nanti tak pasal2 datang penyakit lain yang tak diundang... Tak boleh ditangguh sebab nanti boleh merebak macam sakit fizikal juga. Dan kebanyakkan dari penyakit fizikal ni datang dari awalnya penyakit emosi!!!

Kemurungan dan stress biasanya dikaitkan dengan kanser, jantung dan sebagainya. Sekarang ni bukan orang yang dah berumur jer yang kena orang muda2 pun dah kena. Jadi marilah kita sentiasa hindarkan diri dari penyakit emosi seperti "stress", tidur lambat, kurang makan, sentiasa "rush", sentiasa "panic", jiwa kacau, tak tenang dan sebagainya....

Macam mana???

MENJAGA KESIHATAN DIRI
Menjaga kesihatan diri dengan sebaik mungkin. Bertenang, bersenam, mengekalkan diet yang seimbang serta mendekati orang2 yang bersikap positif boleh membantu menceriakan diri dan menonjolkan potensi diri kita yang sebenar. Kalau asyik dok yang negatif ajer, sampai bilalah pun duduk kat takuk tu jer...

TUMPUKAN PEMIKIRAN KEPADA PERKARA2 YANG POSITIF
Jangan terlalu memikirkan perkara2 negatif kerana ini akan menyebabkan "uols" menjadi semaki murung dan tertekan. Jika "uols" sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang positif, ia akan merangsang usaha dan menjadikan "uols" seorang yang optimis dan sentiasa nampak akan peluang2 yang menanti di hadapan.

LUPAKAN KISAH SILAM
Lupakan kisah silam yang melukakan hati "uols". Masa akan terbuang begitu sahaja kerana sibuk memikirkan perkara yang dah berlalu yang "uols" dah tak berupaya untuk mengubahnya lagi. Cukup2lah tu hidup dalam alam fantasi dan khayalan. Menoleh ke belakang hanya akan menyukarkan kita untuk bergerak ke hadapan kan??? Apa untungnya??? Tak ada untung apa2 pun... Oleh itu, pandanglah ke hadapan untuk masa depan yang lebih positif dan bermakna.

BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHIDUPAN SENDIRI
Jangan suka menyalahkan orang lain atas nasib yang menimpa "uols" pada hari ini. "Uols" seharusnya bertanggungjawab ke atas kehidupan "uols" dan pilihan2 yang telah "uols" lakukan. Menyalahkan orang lain akan menyebabkan "uols" rasa marah dan kecewa dan ini pasti akan memberi impak kepada kesihatan emosi "uols".

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA
Bersyukurlah dengan apa yang ada dalam kehidupan "uols" terutamanya dengan keluarga "uols", kawan2, anak2, pekerjaan dan sebagainya. Berterima kasihlah dengan mereka yang bertanggungjawab dengan segala kejayaan dan pencapaian "uols" kerana tanpa doa dan usaha mereka, "uols" mungkin tak dapat mengecap kenikmatan ini.

MEMPUNYAI SAHABAT YANG BOLEH DIPERCAYAI
Kita insan biasa yang perlukan seseorang yang boleh menyokong dan mengambil berat tentang diri kita. Cari seorang sahabat yang "uols" percaya yang sanggup bersama "uols" di waktu susah dan senang, seseorang yang boleh berlaku jujur dengan segala apa pandangan dan perasaan yang "uols" alami. Bukan sahabat yang bagi input2 negatif dan tambah racun lagi!!!

TUTURKAN KATA2 POSITIF
Tuturkan kata2 positif kerana ianya boleh mempengaruhi tindakan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Perkataan2 positif ini boleh merangsang kita untuk berusaha lebih baik pada setiap masa.

BERSEDIA UNTUK MEMAAFKAN ORANG LAIN
Kajian perubatan menunjukkan bahawa sekiranya kita sukar memaafkan orang lain, ia akan membawa kesan serius kepada kesihatan emosi. Alamak!!! Ekekekee.... Ia ibarat barah yang boleh merebak sepanjang perhubungan kita dengan orang berkenaan dan adakalanya boleh membawa kepada kematian.

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK
Kehidupan adalah tentang membuat pilihan. Apa sahaja yang berlaku pada kita hari ini adalah akibat pilihan2 yang telah kita buat pada masa lalu. Misalnya dari segi pasangan hidup, kerjaya dan cara hidup. Adalah penting bagi kita untuk mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya bagi membantu kita membuat pilihan yang tepat dengan diri kita.

SENTIASA MEMBUAT PERANCANGAN
Kita perlu merancang apa juga perkara penting dalam hidup ini supaya kita boleh melaksanakannya dengna lancar kerana telah membuat persiapan yang rapi dari segi mental dan fizikal. Sekiranya tidak kesampaian apa yang dihajati, kita kena sentiasa ada Pelan B atau pelan alternatif sebagai mengganti perancangan yang asal tadi. Pelan B ini akan menjadi penawar dan dapat mengurangkan rasa kecewa. Ibarat kata pepatah, "Sekiranya tiada rotan, akar pun berguna juga". Percayalah bahawa "Setiap yang berlaku itu, adalah hikmah disebaliknya". Sekiranya, kita berpegang kepada pendirian ini, In Shaa Allah, jiwa takkan tertekan dan emosi pun akan sihat!!!

Credit: HERE

*Eloklah jaga kesihatan emosi sebelum terlewat!!! Jom kita sama2 jaga kesihatan emosi... tak payah nak berat2kan kepala sangat ye tak??? Sebab kalau dok sibuk beratkan kepala sangat... apa pun tak boleh!!! Hidup tetap berlangsung dan perlu diteruskan...

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. thanks for the tips kak farah :-)

    www.haneeza.com

    ReplyDelete
  2. Betullah..setuju dengan entri ni..sesorang tu kena jadi positif untuk berhadapan dengan segala masalah...jadi,emosi pun dapat dikawal dengan baik, kan?salam kenal awak..hihi

    ReplyDelete
  3. ..sy kalau msk kls mst 'emosi' ..hehe..slalu bg kata2 +ve kat diri sndiri utk mngelakkan mudarat kpd diri sndiri ehheehhe..

    ReplyDelete
  4. kadang kadang itulah yang tak dapat nak dielakkan...

    ReplyDelete
  5. kesihatan emosi mmpengaruhi kesihtn rohani dan juga fizikl... sma2 kita hrgainya..

    ReplyDelete
  6. kena pandai control emosi jangan sampai emosi control kita....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !