Ayam Goreng Kari!!!

Farah Waheda Wahid
40

Sebenarnya resipi ini telah di-"request" oleh adik sayang saya Ainim Suju Ahad lepas dan baru hari ni berkesempatan untuk "update" dan berkongsi resipi ni sepertimana yang telah dijanjikan kepada beliau... Hurmmm... akak ni tak adalah pandai masak mana pun... biasa2 jer... ^_^... Setakat bagi "parents", suami dan kawan2 makan tu, orang kata QC "pass" lah... ihiksss... Yelah sendiri masak sendiri mana tau sedap ke tidak kan??? Hanya orang yang rasa ajer yang boleh menilai... Cumanya adalah sekali tu, suami sendiri puji yang sambal goreng ikan bilis akak sama macam arwah nenek suami punya sambal goreng ikan bilis dan dah lama dia tak rasa sambal goreng yang macam tu... Ahaksss... terharu "ai" tau... Walhal masaknya biasa2 ajer... Tak ada apa yang "special" pun, cuma masak dengan penuh keikhlasan, kejujuran, nawaitu untuk bagi orang kenyang... itu jer... "Occay" itu cerita minggu lepas... 

Tapi kenapa namanya Ayam Goreng Kari??? Sebenarnya, untuk resipi ciptaan...eceh wah, resipi ciptaan, tak menghingat "statement" kan? Sendiri pun tak tau nak bagi nama apa... 

Bahan2:

1 ekor ayam (ikut suka "uols" lah nak potong 4 ke, 6 ke, 8 ke, 12 ke)
1 biji ubi kentang (ikut suka nak potong kot mana pun...ikut kreativiti masing2)
1 inci halia (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 tangkai / pelepah daun kari (dilurut daunnya dan batang buang tau...ekekeke...manalah tau kot2 ada yang masukkan batang sekali??? gurau2)
5 sudu makan rempah kari
6 atau 7 sudu makan cili kering yang dah dikisar
(Rempah kari dicampur air dan digaul lepas tu masukkan sekali cili kering kisar dan gaul sampai sebati)
Kicap
Garam
Serbuk perasa / gula (bagi yang tak pakai serbuk perasalah)

Cara2:

1. Mula2 goreng ubi kentang
2. Lepas tu goreng ayam macam uols goreng ayam biasa tu
3. Dah siap letak tepi dulu dalam satu bekas
4. Tumis bahan2 hirisan iaitu halia, bawang putih, bawang merah tadi sampai naik bau dan kuning keemasan
5. Masukkan rempah kari yang dah digaul bersama cili kering kisar, tunggu sampai kering sikit dan keluar minyak
6. Masukkan kicap mengikut sukatan yang sesuai ("uols" agak2lah...janganlah banyak sangat) dan kacau
7. Letak garam secukup rasa... jangan banyak sangat kang masin kang...
8. Letak serbuk perasa/gula secukup rasa
9. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi dan gaul dalam kuali tu sampai sebati...
10. Lepas tu biarkan sampai masak, angkat dan ikut sukalah kalau nak buat "plating" kot mana pun... heeee...

Pada yang rasa2 nak mencuba tu, selamat mencuba "occay"??? Terpulanglah pada citarasa masing2 sebenarnya sama ada sedap atau tidak...ahaksss.. Saya ni memang macam ni, suka mengekperimentasi bahan2 masakan... Kalau tak sedap jangan salahkan akak pulak... Tapiii... kalau ikut my "parents" and betterhalf, memang licinlah diaorang makan... hurmmm... (ke sebenarnya licinkan nak sedapkan hati "ai" jer...ahakss...takut kot2 ada yang sentap dan terasa hati sampai tak nak masak lagi katakan... uhuksss... manalah tau kan?)... *_^

*Pada yang dah cuba nanti, jangan lupa gi tau balik, cam mana? Occay tak? Sedap tak? hik hik hik... 

Post a Comment

40Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalammualaikum...farah,

    sekali ayam goreng kari lah...sedap tu.. sorry x sempat pulak kali nie nak join segmen farah... jgn mare.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. resipi nie cm kt kedai mamak kn..mmg sedap..

    ReplyDelete
  3. lapar........adoyai....nak buatlah hujung minggu nie...

    ReplyDelete
  4. wow ayam goreng kari.sedapnyerrr...tapi alamak buah pinggang sy xberapa mengizinkan sy buat masa sekarang...uhuk uhuk... :p

    ReplyDelete
  5. eh,eh, blog farah dah lain la..makin cantik..

    tgk gambar macam sedap..nanti kita try!

    ReplyDelete
  6. tu dia..peberet kot ayam ni.mai nk rasa

    ReplyDelete
  7. Menarik resepi ini, mesti sedap sehingga menjilat jari. esok lusa kalau teringin nak buat, saya datang balik ye...

    ReplyDelete
  8. rasa nya mcm xpenah makan lagi ayam yg dimasak cm ni. nak cuba lah ahad ni ^_^

    ReplyDelete
  9. Mmg biasa msk guna kari...tmbh2 msa ngndung sbb elakkn mkn kunyit msa prgnant..tkut kna kuning... Ank 1st dulu mmg spnjg ngdung goreng ayam ikan guna serbuk kari... Alhamdulillah... Kebetulan petua mak sy bg tu mnjadi.. Ank sy x kna kuning...

    ReplyDelete
  10. meleleh air liur tgk ayam ni.. hehe

    ReplyDelete
  11. hihi...agaknya kalau cik akak buat nie...entah menjadi ke tidak :)

    ReplyDelete
  12. Kak Farah sayang, terima kasih banyak2. nanti saya try masak ya. harap menjadilah :)

    ReplyDelete
  13. kak farahhh waa it has been a while fae did not visit your blog ^^ and i realize blog kakak farah berwajah baru .

    masakkan for fae boleh? :p :p

    ReplyDelete
  14. ramainya yg post sal makanan...dah start lapar ny... hehe

    ReplyDelete
  15. KIRA MCM AYAM GORENG BEREMPAH LA KAK EK..??

    ReplyDelete
  16. wah rajin la akak..sarat2 mengandung pun still buat kerja yg memerlukan akak berdiri lama..hhhih.

    ReplyDelete
  17. ayam ni mmg sdap. tgk gmbr pun dh tau rasa dia :)

    ReplyDelete
  18. Cedapnya...terliur plak mlm mlm ni. Klw akk buat letak je serbuk kari. Blender daun kari plus bwg. Sedapp kn

    ReplyDelete
  19. yumliptious.farah..he..he new term tu...

    ReplyDelete
  20. nmpk menarik tetarik ni..nti cuti nk trylah..kalo x sedap nk dtg marah balik boleh tak?hahaha

    ReplyDelete
  21. wahhhh.. sedap ni... meleleh dibuatnya..

    ReplyDelete
  22. wah.. nak try nak try.. pinjam resepi kak farah...

    ReplyDelete
  23. wah, nampak sedap.. harus mencuba ni :)

    ReplyDelete
  24. baca resepi dah tau sedap ni !

    ReplyDelete
  25. org bujang lain sket cara masak kak..
    goreng ayam,
    bli kari kt kdai,
    lpas tu campur skali.
    jd ler ayam goreng kari.
    heheh..

    ReplyDelete
  26. mcm sedap je..nak pinjam resepi la..hihi

    ReplyDelete
  27. Ehh .. ini mcm resipi yang nat cari!
    Kicap likat! ms kat ITM dulu pangge "ayam itam" .. yang ni ke ?? Yang ni ke ?? huhuhuhu rindu nak makan ayam itam!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !