Apa Itu "Alexa Ranking"???

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Berikutan dari entry INI petang semalam, saya telah menerima satu pertanyaan melalui ruangan kotak komen dari seorang sahabat saya yang saya sayang di dalam dunia blog iaitu +Mimi Azirah / Corat Coret Pink Ummi ...

Sejujurnya, saya sendiri masih belajar dan baru mula berjinak2 dengan "Alexa" bermula dari "last quarter" tahun lepas...tapi disebabkan ada pertanyaan dari rakan2 blogger, saya cuba terangkan juga mengikut pembacaan serta pemahaman dengan sebaik mungkin yer, kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan dan dimaafkan yer??? ^_^... Tak salah merendah diri dari meninggikan diri tak tentu pasal kan? 

"ALEXA TRAFFIC RANKING"
Alexa mengeluarkan "ranking" trafik berdasarkan analisis penggunaan web oleh berjuta2 pengguna Alexa toolbar dan data trafik daripada sumber yang berbagai. Maklumat trafik akan melalui pelbagai proses saringan dan pengiraan sehingga terhasil "ranking" yang diperolehi daripada Alexa. Proses yang berlaku adalah kompleks dan diterangkan secara lebih terperinci di bawah ini.

APA ITU "TRAFFIC RANK"?
"Traffic rank" adalah "ranking" berdasarkan maklumat trafik 3 bulan daripada berjuta2 pengguna "Alexa Toolbar" serta data yang diperolehi daripada pelbagai sumber lain dan gabungan "data page view & user reach". Langkah2 Alexa menentukan "traffic rank":

1. "Alexa mengira jumlah "page view & user reach" kesemua laman web dalam internet setiap hari.
2. "Alexa traffic rank" diberi berdasarkan purata "page view & user reach" ini supaya rank itu menggambarkan bilangan pengguna internet yang melawat laman web tersebut dan juga bilangan "page" yang dilawati oleh pengguna internet pada laman web tersebut.
3. Maklumat 3 "month change" dikumpulkan daripada ranking semasa berbanding "ranking" laman web tersebut 3 bulan lepas.

APA ITU "REACH"?
"Reach" ni kiranya bilangan pengguna. "Reach" biasanya mewakili peratusan pengguna internet yang melawat sesebuah laman web. Contohnya... (main tibai jer ni)... www.bubblynotes.com mempunyai 1% "reach" (angan2). Ini bermaksud daripada jumlah pengguna internet sedunia yang dikira oleh Alexa, 1% daripada mereka melawat Bubblynotes.

APA ITU "PAGE VIEWS"?
"Page views" ni kira berapa banyak "page" yang dilawati oleh pengguna di laman web. Untuk lawatan ke "page" yang sama oleh pengguna yang sama (sama IP) beberapa kali dalam sehari akan dikira sebagai satu "page view" sahaja. Angka "page view" adalah purata unik "page view" setiap hari yang diterima oleh sesebuah laman web. 

Konsep dia macam ni, "uols" masuk blog "ai", klik satu "link" dan pergi ke satu "page". Itu kira satu "pageview". Kalau "uols" "refresh page" tu, dah tak kira tapi kalau "uols" klik "link" lain kat blog ni masuk "page" lain akan dikira satu lagi "pageview". Macam tu la... huh...faham ker "uols"...sebab akak rasa berbelit sikit ni.

BAGAIMANA "TRAFFIC TREND GRAPHS" DIKIRA?
"Trend graph" menunjukkan maklumat trafik harian laman web "uols" untuk satu jangka masa. "Daily traffic rank" mencerminkan trafik yang diterima oleh laman web tersebut berdasarkan data untuk hari tersebut. "Traffic rank" yang ditunjukkan oleh Alexa pula diambil daripada maklumat trafik purata sejak 3 bulan lepas.

Maklumat "daily traffic" bermanfaat untuk laman yang mempunyai trafik yang tinggi manakala maklumat trafik 3 bulan berguna untuk laman yang mempunyai bilangan trafik yang stabil. Disebabkan Alexa menganggap kadar trafik yang konsisten lebih baik, maka mereka memilih maklumat trafik 3 bulan untuk menggambarkan populariti keseluruhan laman web tersebut. "Daily traffic" adalah untuk menunjukkan kalau trafik "uols" mencanak naik atau merudum turun untuk hari tersebut.

Tidak mustahil untuk data purata trafik 3 bulan sesebuah laman lebih tinggi berbanding trafik untuk satu hari keara pada hari2 tertentu kadang2 laman web akan mendapat trafik yang sangat banyak. Tetapi kalau laman tersebut mempunyai prestasi trafik yang konsisten, ia akan sentiasa mendapat "ranking" yang lebih baik setelah dikira purata trafik 3 bulan.

APA GUNA "ALEXA RANKING" NI?

1. Kalau "ranking" naik dengan cepat (nombor semakin kecil) maksudnya laman web kita ni ada "steady growth". Data ni penting untuk dipersembahkan kepada pengiklan yang berminat untuk meletakkan iklan di laman web "uols".
2. Perincian "daily traffic" boleh memberikan "uols" idea tentang waktu bila untuk "post" entri supaya dapat "traffice" yang banyak kepada yang "update" sekali dalam sehari sahaja.
3. Motivasi. "Ranking" macam ni menunjukkan prestasi kita, kalau kita tau prestasi kita bertambah baik, lagi rajinlah nak berusaha untuk jadi yang terbaik. 
4. Lagak? Ok.. Tak elok berlagak or syok sendiri... JANGAN BERLAGAK... ^_^

YANG PERLU DIFAHAMI TENTANG "ALEXA"?
1. "Ranking" berdasarkan pada 3 bulan "traffic blog" yang didapati
2. Data utama berasal dari pengguna "Alexa Toolbar"
3. Semakin rendah "nominal ranking", semakin tinggi peringkatnya
4. "Ranking atau peringkat di"update" setiap hari

"If uols" nak tau lebih lanjut tentang "Alexa" ni, rasanya bolehlah Google dan memang banyak blog2 juga "website2" yang membicarakan tentang Alexa dan mungkin "uols" boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci mengenai "Alexa" ini... ^_^

Reference: HERE and HERE

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing... Agak mcm jauh lagi nk.msuk alexia nih..

    ReplyDelete
  2. agak pening2 lalat baca..hihi..tapi nk mcapai alexa ranking ni jauh lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. panjangnya....pernah buat alexa nie..tapi kadang2 tak tau fungsi tu semuanya..nice sharing farah..

    ReplyDelete
  4. Thanks dear sharing psl alexa nih..bru tau psl alexa nih...thanks sgt2 dear..appreciate sgt2

    ReplyDelete
  5. alexa ranking iman terul gila.mls dah xtgk

    ReplyDelete
  6. terbaik penerangan ini... good job.

    ReplyDelete
  7. Buat Okje yg kurang bervision ni...org datang baca blog pun dah kira bersyukur hehe

    ReplyDelete
  8. Ros pun tak tahu maksud alexa ni ape. bila baca ada blogger yang updated tentang ni, blur-blur je.. hihi.. thanx akak!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !