Source Extracted from Google |
Mama selalu jer pesan lately ni, kalau nak makan apa2, makan puas2 sekarang...nanti dalam confinement terliur jer dok pandang kannn? ^_^... Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. (tengah membayangkan...heeee....)
Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
Dikatakan:
- Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
- Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
- Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
- Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
- Air juga begitu. Minum sedikit2 tetapi kerap.
- Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan di samping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
- Buah terbaik adalah buah oren kerana mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka di samping fiber untuk melawaskan.
- Ikan terbaik adalah ikan haruan (again terbayang bolehkah diterima tekak ini...hu hu hu) kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
- Ayam - seelok2nya ayam kampung dan ayam dara. (dengan my mum x dapatlah makan ayam2 ni...memang langsung dia tak akan bagi sentuh)
- Masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
- Makanan yang dimasak elok ditambah rempah2 yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
- Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
- Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.
Dinasihatkan untuk mengelakkan:
- Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. (Mama kata, jangan makan yang berminyak langsung...occay... puasa selama berpantanglah ni gamaknya kalau dah sikit minyak pun mama tak bagi)
- Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal2 dan tajam/berbisa.
- Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang... (oh my, am gonna miss my Caramel Frapp...wakakakaka)
- Elakkan nanas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakkan buah2an tempatan.
- Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
- Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
1. Ikan yang berduri dan berbisa (terubuk, pari, parang) - badan bisa dan bentan.
2. Ikan masin + kering - nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lagi seafood - kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kangkung, petola, kacang panjang, terung, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau - sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk
*Ini bahagian yang pertama dari research...tapiiii... ada lagi, might be next I will try to share table pemakanan semasa berpantang... *_^... Buat bakal2 ibu yang bakal berpantang di luar sana, tak lama lagi...selamat berpantang yer... (cakap orang kan, padahal sendiri pun akan melalui tak lama lagi... In Shaa Allah...)
Credit: HERE
pantang kena jaga lebih kan barulah dpt bdn anak dara balik heee....semoga dipermudahkan kan utk bersalin dan berpantang nnti ya :)
ReplyDeleteMemang banyak pantang dari segi pemakanan selepas bersalin ni farah, tapi dulu aku pun kadang2 termakan juga benda2 yang dilarang....x tahan godaan katanya...hehe
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletedulu akak scissor...tutup hidung nak makan sup ikan haruan, akak tak tertelan ikan haruan nie....nak cepat baik beli jamu ikan haruan....hehe
ReplyDeletememang ketat mak2 dulu berpantang..tapi hasilnya alhamdulillah! pinggang ramping dan yang penting....luar dalam sihat hehe.
ReplyDeleteThanks for sharing this sis :)
nory pon nak makan puas2 sekaranggg...ada masa lagi 7 bulan sebelum berpantang...insyaALLAH...
ReplyDeletewah ,,akak banyak betul buat preparation..semoga segalanya selamat kak :)
ReplyDeletekak farah, thanx for sharing. kena byk byk2 la yer smentara boleh. hehe
ReplyDeletebetul tu,,makan kena pantang..hehe..dua2 ank akak berpantang betul..allhamdulilah pinggang,lenguh2 xder sngt..hehe
ReplyDeleteitu baru bab makan, belum bab nak pakai bengkung panjang ikat bersilang-silang...
ReplyDeleteMemang penting bab makan nih.. Jaga lah betul2 jika nak betul2 sihat..
ReplyDeletewajib pantang betul2...barulah body solid balik kikiki
ReplyDeleteSemua tu akak dh rasa...paling x leh blah minum air kunyit hidup ngan rempah apa ntah....yew...x nk dh ....
ReplyDeleteMakanan masa berpantang yg best tau
ReplyDelete