Stacy Peluk Islam??? Berita Gempar Yang Membuatkan Orang Klik Untuk Baca...

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Jarang2 Cik Puan Bubbly nak bercerita tentang gossip dunia hiburan di Bubblynotes, dan boleh dikira dengan jari kot berapa entry yang berkaitan retis2 ni... *_^... Tentang minat kepada sesuatu artis dan lagu tu mungkinlah agak banyak juga, tapi gossip??? Ha ha ha...Cik Puan Bubbly hanya Gossip Girls tentang cerita2 lain sahaja dan retis bukanlah highlight topic Cik Puan Bubbly dalam bergossip bersama teman2 rapat... 

Pagi ni, bangun2 tidur... capai Ms. Apple dulu, lepas tu konon2 nak layan mata supaya segar dan fresh dari kemamaian, Cik Puan Bubbly pun browse lah FB sekejap... Tiba2 mata tertancap pada satu berita tentang Stacy Peluk Islam Tukar Nama Nur Aisyah Rabiah. Dah baca title cenggitu kannn? Of course ler teruja nak tau kan? (#kepoh jugak akak ni...wakakakaka)... Tapi sebenarnya just nak tengok sama ada betul atau tidak jer... Dan perasaan pada ketika itu antara percaya dengan tidak... Biasalah, kadang2 tajuk jer gempar kan? Tapi sebenarnya orang lain yang dimaksudkan... (inilah antara teknik2 mencari atau menarik pembaca kekdahnya...)... Mostly my instinct berkata begitulah... Dan akhirnya...setelah browser dibuka... Jeng jeng jeng... 

Source Extracted from HERE
Sepeti yang kujangka, bukanlah Stacy retis yang dimaksudkan... Sedikit petikan dari berita tersebut...

"Stacy kini SAH memeluk agama islam | Mengejutkan juga apabila terbaca berita Stacy memeluk Islam. Setelah disiasat, akhirnya admin menjumpai artikel asal yang telah memuatnaik berita Stacy kini beragama Islam. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan, semoga Stacy terus belajar dan tetap iman dalam menjadi dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke 216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau. Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah."

Hurmmm... siapalah yang buat tajuk berita gempak dan kebaboom macam ni kan? Masyarakat rata2 mungkin terus capture dalam pemikiran Stacy retis yang dimaksudkan... Dibuatnya jenis yang memang baca tajuk dan tak baca inti sesuatu berita tu... Naya jer percaya Stacy AF yang masuk Islam... Ermm..dalam hal macam ni, kalau x beri effect yang buruk kepada retis atau individu tu sendiri tak pe, tapi kalau yang memudaratkan reputasi seseorang individu tu naya je, sian retis or individu tu jadi mangsa keadaan macam kes Rody Kristal baru baru ni...

*Apa2 pun syukur Alhamdulillah kepada Stacy a.k.a. Stelly (nama Islamnya Nur Aisyah) telah pun selamat memeluk agama Islam dan bertambah lagi umat Islam di muka bumi Allah ini... Tahniah diucapkan kepada beliau...Semoga terus diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT... ^_^... Tumpang happy juga dengan berita sebegini...

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah... nie rasanya nk pinang si stacy nie

    ReplyDelete
  2. @Bro Framestone:

    lepas ke nak pinang Stacy ni? nanti ada periuk belanga yang melayang kang...he he he... 23x

    ReplyDelete
  3. Kadang2 tajuk tue kemain kak akak..kot yer pun nk naikkan traffic jgn la sampai menjadi fitnah pulak nnti..kesian kt org yg terlibat tue..=D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bertambahlah saudara islam kita

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah :) semoga Nur Aisyah terus dalam bimbingan Allah.

    waa dah lama x jenguk blog akak ^^ busy with campus life.

    ReplyDelete
  6. tajuk yang memang teruja orang nak baca, semalam akak ada jugak open web tu tajuk memang gempak, tapi kalau betul...Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  7. ada klik smlm..biasala..tjuk nk tarik readers

    ReplyDelete
  8. shark masuk cni pn sbb stacy..
    upanyer stacy lain..
    hebat cara marketing cmni.
    ehe.

    ReplyDelete
  9. Tajuk mmg kna gempak sbb nk bg org baca dan naik ranking..pdhal xde pape pun kdg2 tu..

    ReplyDelete
  10. kalau xbaca memang ingat stacy af yg masuk islam...huhu

    ReplyDelete
  11. Vee pun ada terbaca semalam.. Punnn sama ingat Stacy AF tu. Hihii..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.....
    Amboih tajuk hangat....
    Hehehhehe...
    Cam melodi gitu.... =D

    ReplyDelete
  13. tu la kita nie mmg suka baca tajuk jea dulu isi baca2 kemudian

    ReplyDelete
  14. mula2 dgar ceta ni..trkejut jgk~ tp rupanya berita palsu da...tersilap retis huhu~

    ReplyDelete
  15. Betul tu farah ..Tajuk gempak nak attract readers..tapi sebenarnya bukan salah tuan punya entrykan..salah kita yang cepat sangat conclussion..macam lah stacy sorang aje kat dunia ni..nway Alahmdulilah bertambah lagi sorang umat Muhammad.

    ReplyDelete
  16. Betul ke berita nie sis? Masih lagi musykil sebenarnya. Tapi kalau betul, alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Ros pun ada terbaca jugak pasal ni .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !