![]() |
Source Extracted from Google |
Isu peminjam PTPTN yang ingkar membayar semula pinjaman ni memang dah bertahun2 dah lamanya, dan rasanya dah macam2 jalan or kaedah yang pihak PTPTN offer untuk cuba membantu selesaikan masalah ni... Agaknya, jumlah peminjam yang menyambut tawaran2 pembayaran balik yang PTPTN offer tu, gagal menarik perhatian para peminjam untuk bayar kot? Hurmmm...dan semalam saya dapat tau bahawa PTPTN nampak gayanya dah melangkah setapak lagi dan mungkin agak drastik dan keras juga keputusan ini iaitu... peminjam PTPTN yang ingkar akan disenaraikan di dalam senarai CCRIS... Waduhhh... payah ni...
Apa itu CCRIS? CCRIS adalah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang individu. Ia dikawalselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana2 bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.
Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang2 yang dikenakan. - Credit HERE
Pastinya ramai yang tak puas hati bila PTPTN mula menyenaraikan para peminjam mereka di bawah senarai CCRIS.... I think they do it because they have to and they got no option...from my own perspective lah... Might be dah tak ada cara lain lagi nak dapatkan payment dari para peminjam... Dengan kata pendek dah habis ikhtiar... hu hu hu...
Kalau dah nama kita dimasukkan di dalam CCRIS ni, harap maklum, silalah bayar mengikut flow yang telah ditetapkan...If not, pembayaran x smooth confirm2 susah nak buat loan dan mungkin nama uols akan disenaraikan dalam CTOS. Tang ni lagi payah... macam2 masalah yang akan timbul kemudian...
Saya tak pernah jadi peminjam PTPTN sebabnya saya under MARA Scholarship dulu... Pinjam RM29K masa kat Uni dulu dan cuma perlu bayar balik RM 5K sahaja sebab pembiayaan saya adalah pembiayaan bersyarat pada ketika itu yang mana if saya dapat Dean List atau CGPA yang telah ditetapkan 3.4 and above... tak perlu bayar balik pinjaman tu secara keseluruhan...cuma perlu bayar RM 5K sahaja... So, not really sure macam mana kaedahnya pinjaman serta pembayaran PTPTN... Masa mula2 dulu memang nak apply for PTPTN... but then bila MARA offer lagi better dengan interest yang lebih rendah dari PTPTN, saya terus opt for MARA Scholarship tu.... hu hu hu....
Menurut SUMBER ...
Perlaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. Pada masa yang sama, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap Bank. Peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat2 yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM 49.9 billion.
Bagi peminjam2 pula, yang tak mampu nak membayar balik tu mungkin mereka ada sebab2 yang tersendiri as example, nilai duit kita yang semakin mengecil dan komitmen lain yang tinggi lebih2 lagi yang dah berkeluarga..might be nilai pembayaran balik tu terlalu tinggi bagi mereka.... dan bagi yang mampu atau terlebih mampu pula, tu sajalah tu x nak bayar... hu hu hu... Apa pun, saya pasti perkara ini pasti ada penyelesaian buat peminjam dan para peminjam masih boleh berbincang dengan pihak PTPTN mengenai pembayaran balik ni... Tak ada masalah yang tak boleh selesai kan? Betul x?
*Alhamdulillah, genap lebih kurang 4 tahun bekerja selepas graduate, saya dah langsai bayar jumlah RM 5K yang perlu dibayar kepada pihak MARA... so x payah nak pening2 kepala memikirkan hutang belajar lagi dah... hu hu hu... Syukran kepada Allah kerana memudahkan... Kawan2 yang mungkin menghadapi masalah dengan PTPTN ni, cepat2 contact dan berurusan dengan mereka yer... saya doakan supaya segalanya dapat dipermudahkan, mencapai kata sepakat dan dapat diselesaikan... In Shaa Allah...Amin...
of course la dah pinjam kena bayar balik..Kerajaan nak pusing pulak untuk yang bakal melanjutkan pelajaran pulak.kenalah beringat ye..
ReplyDeleteKita nak dapat keja dalam tahun yg sama grad pown bercinta nak dapat keja...
ReplyDeleteMungkin kena wat cara laen untuk peminjam...Syarat sebelom nak bagi haruslah diperketatkan...
cik nor dah bayar walaupon tak banyak..:)
ReplyDeletewahh sng la kaka da abis byar..nk lari oversea pon xpe xde owg tahan..5k je..perghhbest btol
ReplyDeletebestnya dapat pinjaman Mara... :D
ReplyDeletehari ni dah cerita baru farah, PTPTN dah say no to CRISS coz ramai membantah. Sebenarnya ada pro and cons, pada yang berkemampuan tapi tak nak bayar tu memang tak fairlah coz kita ada ramai lagi yang perlukan bantuan. tapi pada yang memang tak mampu tu its ok. find ways to resolve that...
ReplyDeletesalah seorg peminjam juga..dlm proses bayaran balik coz baru dapat keja tetap..alhamdulillah dah pinjam haruslah bayar kan..hutang tuu..
ReplyDeletehas no comment...bagi saya kalau dah hutang, sila bayar...hutang tetap hutang...mcm adik sy w/pun kerja biasa2(xsepadan dengan kelulusan) dia masih committed bayar tiap2 bulan w/pun sikit dan kurang dr jadual yg diberi..dan sy juga masih gigih membayar hutang tiap2 bulan...haiiii bile la nk abih byr hutang ni T_T
ReplyDeleteTak perlu risau...cadangan ini tidak akan dilaksanakan. Baru je KJ umumkan. Tapi yg xbayar tu, cepat2lah aktifkan pembayaran...
ReplyDeletenasib baik akak sekolah pondok jer...so tak der berhutang bagai....hehe
ReplyDeletetu laa, samalaa.. nasib guna MARA je kan kak.. susah PtPtN nie.
ReplyDeleteSy pn peminjam ptptn...byr tak ikut flow pun..kalo de lbih duit sy byr lbih..pling byknsy byr 2k pling sket 50hengget..janji byr kan...
ReplyDeleteX slh ptptn.. Ni pengajaran utk pengingkar tegar..yg mmg xnk byr ptptn.. Nama pun pjm wajib lh bayr..mna2 hutang pun wajib bayr.. Byr lh sikit..jgn smpai x byr lgaung.. Alhamdulillah.. Pkra ni sy settlekn dulu lpas berkerjya dulu..
ReplyDeletenasib baik MARA tak buat camni.. even elaun asyik lambat masuk, bila tiba part nak bayar sikit aje.. asalkan gred dan pointer tu jaga.. untung2 MARA hantar sambung Masters/Ph.D kat overseas :)
ReplyDelete