Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Meh sini nak share sikit hasil pembacaan di muka buku (FB) Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil (link x sempat nak copy pulak, tapi uols boleh search di FB yer untuk Page ini yer...)... 

1. Daging Merah
Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia.
2. Kacang
Kacang almond mampu meningkatkan "keinginan" wanita (occay akak tutup mata sambil taip, percaya x? ooopss..tiada niat untuk berlaku obscene di sini sekadar perkongsian ilmu) serta boleh melindungi embrio dari keguguran.
3. Tiram
Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.
4. Kentang Panggang
Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E ditemukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sihat.
5. Buah-Buahan Segar
Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kehebatan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat penting untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, mangga atau strawberry.
6. Kacang Brazil
Ia benar2 baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu menngkatkan hormon testosterone.
7. Bawang Putih
Ramai akui bawang putih boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki. 
8. Air
Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Disarankan untuk minum 8 liter air dalam sehari semalam.
9. Sayur-Sayuran Berwarna Kuning, Oren dan Merah
Ia mengandungi banyak vitamin and antioxidant untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioxidant yang penting untuk kesihatan dan kesuburan. Folik penting untuk penetasan telur yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran. 
10. Cabbage, Carrot, Brocolli, Kacang Hijau, Keledek Merah
Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar2 baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.
11. Papaya, Jambu Batu, Buah Naga, Semangka, Buah Limau Nipis
Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan. 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh terbaik info ni.. thanks syg :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear...thank you :)

    ReplyDelete
  3. kak farah,tq for sharing. sgt2 berguna wlopon belom berkawen, ^_^

    ReplyDelete
  4. kentang panggang dgn kacang brazil jarang mkn...sllu jugak mengikuti page nie...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah info baru dapat :) thanks kak

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing..boleh la p suh kawan yg tgh pregnen baca..kekeke

    ReplyDelete
  7. sesuai untuk ibu-ibu yang pregnant.......hehe

    ReplyDelete
  8. @NURSHAKIRA ABDUL HALIM:

    my pleasure dear...

    ReplyDelete
  9. @Lieya Von Jay:

    my pleasure dear, ilmu pengetahuan kan tiada batasnya... heee...

    ReplyDelete
  10. Nice info.. Tapi klu terlbih subur kna pndai2 lah cover.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !