Friday Thoughts: M.A.L.A.S.

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Muahahaha....mentang2lah hari ni hari Jumaat ye tak? Tremendously Gorgeous It's Friday! ("TGIF")... kita bercerita pula tentang malas.... He he he...Dan mungkin juga ada di antara uols yang minggu ni last kerja and next week dah x masuk office dah sebab bercuti raya, lagilah menjadi2 perasaan malas tu ye tak? *_^... Tak dinafikan setiap seorang dari kita memang x pernah lari dari sifat malas ada ketikanya ye tak? Tapi, rasa malas ni kalau x dilawan dan dilayan, makin lama makin menjadi2 dan akhirnya memakan diri sendiri... Oleh itu, ikutlah seruan yang kalau rasa2nya boleh pakai, sila pakai dan kalau tak boleh pakai sila abaikan yer... Tiada paksaan di situ...he he he...  Malas sekali sekala itu normal, dan biasa terjadi pada setiap individu tapiiii...kalau hari2 dah malas, itu apa pun x boleh uols... Hu hu hu... Jawapannya kalau hari2 malas, kerja tertangguh, satu apa pun tak jadi.... semuanya tergantung di situ aje... 

Antara sifat2 atau ciri2 orang yang malas yang dibaca dari SINI adalah....

1. Sering memberi alasan apabila orang lain meminta bantuan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial.

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang lain, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikatnya sebenarnya baju yang dipakai bertahun2 tidak dibasuh. 

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.

7. Setiap pagi wajah uols ke pejabat atau college tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood ajer.

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan. 

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan pelbagai alasan.

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.

15. Bercakap besar/lebih/gebang tetapi satu pun tidak diamalkan.

16. Orang malas tidak suka menjaga penampilan diri.

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.

18. Suka mengharapkan orang lain melakukan kerja.

19. Suka mengarah.

20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.

Hurmm...ada lagi ke? Ala, once a while occaylah kan...but kalau hari2 tu something wrong somewhere tu... SAY NO TO LAZINESSS! Wakakaka... tapi ngaku hari ni mood bekerja tu on and off... he he he... Habislah Pink Panther jerit ni karang (erkss? Pink Panther reti jerit ke? x der pun setahu saya, jenis yang soft-spoken...cumanya nanti adalah barang yang dihempas tu...he he he... occay2, cover line cover line... cakap pada diri sendiri jangan tunjuk sangat yang dah tak sabar jam tu nak struck 4.30 p.m...)... 

Apa2 pun, if kita semua rasa malas, jom kita sama2 ingatkan pada diri kita yang sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. Kuatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni... (erks...pesal semacam jer ayat ni...he he he..cam skema sangatttt....). Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada perkara yang sememangnya wajib dilakukan. So, if terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti. Bak kata skema yang terbit dari kotak pemikiran saya sekarang ni... berusahalah hari ini untuk nikmat hari esok.

DOA SUPAYA DAPAT MEMBAYAR HUTANG & JAUHI SIFAT MALAS


Maksudnya: 
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"

Again peeps...
Source Extracted from Google
Semoga berjayalah kita semua menjauhi sifat malas tu... he he he... again, kalau once a while tak per tau...jangan hari2... tak nak tak nak tak nak.... *_^

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum farah. thanks sharing. semoga dijauhkan sifat mazmumah, dikurniakan sifat mahmudah. insyallah :D

    ReplyDelete
  2. yaahh..tamau malas2..hari ni busy kena siapkan banyak keje..next week boleh rileks skit...hihi..

    ReplyDelete
  3. tapi hari ni dah malas nk buat keje...opppssss

    ReplyDelete
  4. betul tu kak. diikut kn sangat rasa malas, apa pun tak jadi..hihi

    ReplyDelete
  5. hahaha...sally belom mood raya lg...sebab duit raya dr company belum dapat :P

    ReplyDelete
  6. dah nak raya ...malas nak wat keje.....hehe

    ReplyDelete
  7. tu malas tahap kritikal tu hehehe

    ReplyDelete
  8. mood malas sebab nak beraya aje farah...huhuhu..harap2 yang kesemua 20 sifat tu mintak dijauhkan dalam diri...

    ReplyDelete
  9. 1stly, thanks a lot sbb sll post entri ke ruang komuniti akak. Senang akak nk bw bilakala terluang. 2. Yg nombor 5 tu, buat akak ketawa tp mmg pernah terjumpa org mcmtu. kikiki... mmg kelakar sikap camtu. 3. Doa tu mmg bagus utk diamalkan. Telah terbukti amat mustajab. Thanks ya :)

    ReplyDelete
  10. Kalau malas bersebab xpe ke k.farah?? Hehehe
    Btw mmg perkongsian yg sgt2 bagus..;)

    ReplyDelete
  11. nasiblah jumaat cik nor dah cuti..:)

    ReplyDelete
  12. Bila dtg sifat nib mmg lemau gak.. Huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !