![]() |
Source Extracted from Google |
Muahahaha....mentang2lah hari ni hari Jumaat ye tak? Tremendously Gorgeous It's Friday! ("TGIF")... kita bercerita pula tentang malas.... He he he...Dan mungkin juga ada di antara uols yang minggu ni last kerja and next week dah x masuk office dah sebab bercuti raya, lagilah menjadi2 perasaan malas tu ye tak? *_^... Tak dinafikan setiap seorang dari kita memang x pernah lari dari sifat malas ada ketikanya ye tak? Tapi, rasa malas ni kalau x dilawan dan dilayan, makin lama makin menjadi2 dan akhirnya memakan diri sendiri... Oleh itu, ikutlah seruan yang kalau rasa2nya boleh pakai, sila pakai dan kalau tak boleh pakai sila abaikan yer... Tiada paksaan di situ...he he he... Malas sekali sekala itu normal, dan biasa terjadi pada setiap individu tapiiii...kalau hari2 dah malas, itu apa pun x boleh uols... Hu hu hu... Jawapannya kalau hari2 malas, kerja tertangguh, satu apa pun tak jadi.... semuanya tergantung di situ aje...
Antara sifat2 atau ciri2 orang yang malas yang dibaca dari SINI adalah....
1. Sering memberi alasan apabila orang lain meminta bantuan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial.
3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.
4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.
5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang lain, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikatnya sebenarnya baju yang dipakai bertahun2 tidak dibasuh.
6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.
7. Setiap pagi wajah uols ke pejabat atau college tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood ajer.
8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.
9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.
10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.
11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.
12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.
13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan pelbagai alasan.
14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.
15. Bercakap besar/lebih/gebang tetapi satu pun tidak diamalkan.
16. Orang malas tidak suka menjaga penampilan diri.
17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.
18. Suka mengharapkan orang lain melakukan kerja.
19. Suka mengarah.
20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.
Hurmm...ada lagi ke? Ala, once a while occaylah kan...but kalau hari2 tu something wrong somewhere tu... SAY NO TO LAZINESSS! Wakakaka... tapi ngaku hari ni mood bekerja tu on and off... he he he... Habislah Pink Panther jerit ni karang (erkss? Pink Panther reti jerit ke? x der pun setahu saya, jenis yang soft-spoken...cumanya nanti adalah barang yang dihempas tu...he he he... occay2, cover line cover line... cakap pada diri sendiri jangan tunjuk sangat yang dah tak sabar jam tu nak struck 4.30 p.m...)...
Apa2 pun, if kita semua rasa malas, jom kita sama2 ingatkan pada diri kita yang sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. Kuatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni... (erks...pesal semacam jer ayat ni...he he he..cam skema sangatttt....). Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada perkara yang sememangnya wajib dilakukan. So, if terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti. Bak kata skema yang terbit dari kotak pemikiran saya sekarang ni... berusahalah hari ini untuk nikmat hari esok.
DOA SUPAYA DAPAT MEMBAYAR HUTANG & JAUHI SIFAT MALAS
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"
Again peeps...
![]() |
Source Extracted from Google |
Semoga berjayalah kita semua menjauhi sifat malas tu... he he he... again, kalau once a while tak per tau...jangan hari2... tak nak tak nak tak nak.... *_^
assalamualaikum farah. thanks sharing. semoga dijauhkan sifat mazmumah, dikurniakan sifat mahmudah. insyallah :D
ReplyDeleteyaahh..tamau malas2..hari ni busy kena siapkan banyak keje..next week boleh rileks skit...hihi..
ReplyDeletetapi hari ni dah malas nk buat keje...opppssss
ReplyDeletebetul tu kak. diikut kn sangat rasa malas, apa pun tak jadi..hihi
ReplyDeletehahaha...sally belom mood raya lg...sebab duit raya dr company belum dapat :P
ReplyDeletekak intan pon malas...huhu
ReplyDeletedah nak raya ...malas nak wat keje.....hehe
ReplyDeletetu malas tahap kritikal tu hehehe
ReplyDeletemood malas sebab nak beraya aje farah...huhuhu..harap2 yang kesemua 20 sifat tu mintak dijauhkan dalam diri...
ReplyDeletemalas kanns.,eHHee
ReplyDelete1stly, thanks a lot sbb sll post entri ke ruang komuniti akak. Senang akak nk bw bilakala terluang. 2. Yg nombor 5 tu, buat akak ketawa tp mmg pernah terjumpa org mcmtu. kikiki... mmg kelakar sikap camtu. 3. Doa tu mmg bagus utk diamalkan. Telah terbukti amat mustajab. Thanks ya :)
ReplyDeleteKalau malas bersebab xpe ke k.farah?? Hehehe
ReplyDeleteBtw mmg perkongsian yg sgt2 bagus..;)
nasiblah jumaat cik nor dah cuti..:)
ReplyDeleteBila dtg sifat nib mmg lemau gak.. Huhu...
ReplyDelete