Friday Thoughts: Adab Bersalaman Di Dalam Islam

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Masih lagi terselit entry2 yang berkaitan dengan raya dan entry ni sebenarnya bukan hanya boleh digunapakai ketika bulan Syawal sahaja... malah dalam kehidupan kita sehari2 pun... Cumanya, terlintas dalam fikiran tentang perkara ni. Yelah, time2 raya ni, memanglah kita ramai jumpa sahabat handai serta saudara mara dan semestinya kadang2 tu kita terlupa or tak sedar dengan siapa yang kita bersalam atau bersentuhan kulit ke kulit kan? (dalam konteks ni salam...jangan fikir lain occay?)

If menurut rancangan Tanyalah Ustaz TV9, pernah dibicarakan bahawa bersalaman atau berjabat tangan dalam Islam bukan sekadar adat tetapi juga sebagai satu ibadah.

Antara adab yang perlu kita jaga semasa bersalaman atau berjabat tangan dengan orang lain adalah:
  • TANGAN memegang erat, bukan hanya bersalaman dengan hujung jari.
  • MATA memandang tepat ke mata orang yang disalami.
  • BIBIR mengukirkan senyuman.
  • LIDAH melafazkan selawat.
  • HATI mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat orang yang disalami.
Turut dibincangkan bahawa, seandainya bersalaman itu diberi dengan 10 kebaikan, orang pertama yang melepaskan tangan akan mendapat 1 kebaikan manakala orang terakhir yang melepaskan tangan akan diberi 9 kebaikan.
 
Masa raya2 ni macam yang saya cakap kat atas tadi, dalam x sedar kadang2 terlepas juga kita bersalam dengan yang bukan mahram, hukum bersalam dengan bukan mahram seperti ramai maklum adalah haram. If family yang ahlinya kecil mungkin mudah, kalau ramai mesti confuse sama ada orang yang kita bersalam itu mahram kita atau bukan. Dapat dari SINI ... dan kongsikan dengan uols...jom kita tengok ringkasan dari peta ranting di bawah...


Selepas tengok peta ranting kat atas ni, at least sedikit sebanyak kalau sesiapa yang menjadi mahram dan bukan mahram kepada kita dapatlah kita berhati2 dalam bersalaman ketika ziarah menziarahi or in any other event occasions kan?  Semoga, sedikit sebanyak dapat membantu kita semua...

*Ayat poyo tapi kenyataan... he he he...saya cuma salam dengan suami, mama, papa, aunties, kawan perempuan... sekadar berjaga2 dan berhati2 memandangkan takut tak sedar tersalam yang bukan mahram kan? Unclessssss and mana2 lelaki lain selain dari suami dan papa, memang saya tak hulurkan tangan...sekadar senyum jer... ^_^

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Info berguna ni sebab skrg banyak open hse...

    ReplyDelete
  2. samalah..akak pun..takut jugak tersalah faham..tetapi kekadang customer kat sni jenis hati batu..nak jugak salam ngan pompuan...larikkkk

    ReplyDelete
  3. Nice sharing kak....
    Kalau tengok pada peta tu, ada yang kita tak bape faham kan....

    ReplyDelete
  4. Nice one.. Hari tu Vee ada jumpa cousins masa raya then ada bf cousin Vee kat situ. Masa balik tu mmg Vee tak nak salam ngan dia, sbb Vee tau Vee bukan mahram dia. Tapi dia hulur jugak tgn and kalau Vee geleng nanti lain pulak rasanya kann. Sambut je la. Huhuu. Dia terlupa kott..

    ReplyDelete
  5. tenks for sharing..em slalu trlepas pndg maib salan je sape2.sy jnis kalo org tua je yg dah pngkat pacik2 sume sy slam.ikot kan ade yg kte leh slm ade x kan..da trbiase pulak..tpi sdng cube perbaiki..hehe

    ReplyDelete
  6. info menarik...tapi kalau org tak paham bab salam ni yang payah...lagi lagi masa raya hehehe

    ReplyDelete
  7. alamak,masa raya tempohari dah bersalam-salaman dengan bapa saudara suami.. tapi kalau tak salam,kata sombong pula..humph...

    ReplyDelete
  8. pernah tgk carta tu sebelum ni.so, skrg ni memang salam dgn yg mahram je ;)

    thanks farah share ;)

    ReplyDelete
  9. info yg menarik farah...buat masa nie..tak salam dengan laki...

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang tersalam gak belah-belah my hubby nie.....

    ReplyDelete
  11. kdg2 kita terlepas pandang semua benda kan

    ReplyDelete
  12. Kita cuba untuk menjaga tapi kalau official susah betul nak elak..especially dengan foreigners..malaysian dah ok sikit..

    ReplyDelete
  13. memang kena jaga adab bersalam.. takut tersalah salam kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !