Source Extracted from Google |
1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa2, fikirkan tentang seseorang yang meminta2 di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak2mu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tapi belum mempunyai rezeki atau mengalami masalah mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang2 yang tinggal di jalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menempuh perjalanan dengan berkenderaan, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan di saat kamu penat dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
11. Sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seseorang pun yang tidak berdosa.
Maka bersyukurlah... Alhamdulillahi Rabbil' alamin...
Kredit: Pakar Diari Hati
kadang-kadang mmg niat taknak mengeluh tp termengeluh jugak..hehehe
ReplyDeletelupa kampung sama ek...nanti roger2..hehe..dah banyak kali mengeluh nie
ReplyDeleteinsya'Allah pesanan ni akan diingati sampai bila2 :)
ReplyDeleteTQ dear .. pesanan yg sangat bermakna ;)
ReplyDeletekekadang mengeluh tanpa sedar
ReplyDeleteacaner tuu
@TelingaBulat:
ReplyDeleteyang tu akak setuju... heeeee...
@Kisah Si Dairy:
ReplyDeletemengeluh kenapa kak?
@munirah :):
ReplyDeletesama2lah kita ingat yer... *_^
@ ieda immi:
ReplyDeletemy pleasure kak ieda...
@ izan mama mia :
ReplyDeletemengeluh tanpa sedar tu semua orang buat tu...hu hu hu...
Mengeluh bukan bererti kita menidak ketentuan Ilahi...tapi ianya hanya rungutan dari insan yg lemah dan tidak sempurna...Terima kasih kerana mengingati...Bersyukurlah
ReplyDeleteNice entry Kak Farah. Saya setuju kerana kita ni susah untuk bersyukur walau mulut sering mengucap Alhamdulillah tapi perlakuan kadang tak menggambarkan kata-kata
ReplyDeleteada masanya, tak perasan termengeluh..huhuuu..itu klu dah terover tension sis.
ReplyDeleteSebenarnya kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yg kta ada.. baru la tak dak perkataan mengeluh dlm diri kita.. :)
ReplyDeleteperingatan yang baik untuk semua..kadang-kadang kita ni banyak terlupa...
ReplyDeleteTgk dan lihat kesusahan org pasti tiada kluh kesah di hati..
ReplyDeleteSubhanallah.. hidup ni mmg kena byk muhasabah kan, bru lah kt dpt hayati erti kesyukuran. farah, selamat hari raya. lamanye mar x singgah sini. mar nk mtk maaf if slm kt knl ada wat frh terasa or apa2 ye. hee :)
ReplyDeleteBetul tu sebelum komplen pape, fikirkan ada yg lebih dho'if dari kita...huhu tp kdg tu terkomplen gak....nama pun manusia
ReplyDelete