Blogging 101: Etika Penulisan Maya di Blog

Farah Waheda Wahid
7
Source Extracted from Google
Biasalah, budak baru belajar nak serious (macam ler serious benau kan?), mestilah banyak buat research dan pembacaan... Dan bila dah membaca dan mengetahui sesuatu tu, takkan nak simpan sendiri jer kan? Kita kongsi2lah mana2 yang patut... Dalam hidup ni, kenalah beretika, kalau tak beretika tu namanya 'kurang sopan' dan 'kurang ajar' ... ooopsss...but thats the fact... 

Blog now a days dah banyak digunakan oleh ramai pihak untuk menuangkan segala apa yang terlintas di kotak pemikiran. Para penulis maya yang menulis di blog disebut sebagai blogger (kitalah tu...he he he)... dan berasal dari pelbagai background. Di dalam blog kita biasanya 'menuangkan' segala bagai bentuk tulisan maya so that orang lain tau apa yang kita published. 

Kemunculan pelbagai komuniti2 blog pun memberikan kekuatan dan sokongan kepada blogger dalam menyuarakan tulisan2 maya mereka secara online. Bahkan blog yang bersifat academic mahupun ilmiah, telah banyak dijadikan rujukan untuk pelbagai purpose.

Tapi dalam menulis secara maya ni, untuk meningkatkan kualiti sesuatu blog dan tulisan para blogger itu sendiri, ada beberapa etika serta rules and regulation yang perlu dititikberatkan dan juga diambil perhatian. Ha, tentang rules and regulation tu dulu saya pernah kongsi entry tentang ini... Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia1998 ... Siapa2 yang tak pernah tau, or ambil sambil lewa or tak pernah nak ambil tau sila baca yer... ^_^... Sama2 kita menjadi blogger berilmu...

Melalui pembacaan di SINI dan juga di SINI antara etika penulisan maya di blog yang mesti kita ambil tau, ambil berat dan juga kalau boleh diamalkan adalah:
  1. Menghargai dan menghormati hak harta intelek dengan mengelakkan plagiarisme, pembajakan dan selalu mencantumkan sumber dengan mengutip karya orang lain.
  2. Tidak men-dis-kredit pihak lain dan selalu berkomitmen untuk menulis secara proportional.
  3. Tidak menampilkan tulisan atau gambar yang mengandungi unsur PORNOGRAFI.
  4. Selalu berkongsi pengetahuan dan kebaikan melalui blog masing2.
  5. Tidak berprasangka dan hanya menulis berdasarkan fakta yang diyakini boleh dibuktikan serta tetap dengan etika kesopanan dalam menulis.
  6. Tidak melakukan spamming melalui ruangan komen.
  7. Selalu menjaga kesopanan dan rasa saling menghormati dalam memberikan komen pada blog yang dikunjungi.
  8. Tidak melakukan 'hack' pada website atau blog lain.
  9. Menggunakan bahasa yang baik dalam menulis.
Di bawah ini, hal2 penting yang tidak tertulis tetapi saya rasa might be bloggerians mungkin bersetuju untuk melindungi diri mereka sendiri agar terhindar dari masalah yang tidak perlu atau remeh serta menyemakkan fikiran... 

MENCANTUMKAN SUMBER
Seringkali , kita mendapat informasi dari pelbagai media online lain masa kita nak menulis secara maya di blog. Secara kebiasaannya, mengutip beberapa wordings or info memang tak salah, dan masih termasuk dalam kategori yang disebut "Fair Use". However, secara etika dan moral, if kita nak mengutip, cantumkan sumber yang kita kutip, misalnya, nama penulis, atau alamat web atau blog di mana kita mengutipnya, haruslah kita backlink dan kredit pada mereka. 

MEMINTA IZIN
Kalau macam Bubblynotes ni, untuk tujuan kebaikan saya izinkan ajer...tapi backlink lah ek? Even though kita mengutip beberapa wording or info yang masih masuk dalam kategori "Fair Use", tapi kita takkan tau if pemilik karya asli akan keberatan berkongsi atau tidak serta mungkin menimbulkan masalah atau tidak. Meminta izin dari pemilik tulisan/gambar adalah lebih baik dan lebih beretika. Kita sendiri pun belum tentu suka jika karya atau idea kita dipakai oleh orang lain dan mereka claim itu karya asli mereka... *_^ 

BEBAS TETAPI TIDAK MELANGGAR HAK ORANG LAIN
Jangan disebabkan kita beranggapan blog ini adalah blog peribadi kita, maka kita bebas menulis secara maya dan "post" apa sahaja tanpa batasan... (tulisan, gambar, lagu) dan melanggar hak orang lain. Perlu kita sentiasa tanamkan dalam fikiran dan hati kita, bahawa pengunjung blog kita boleh menjadi siapa2 sahaja dan datang dari mana2 sahaja. Hindari hal2 yang melanggar hak orang lain. 
*Banyak lagi yang nak dipelajari tentang blogging ni dan sentiasa cuba menimba ilmu dna memperbaiki blog dari semasa ke semasa... terima kasih pada sifu2 yang ada... *_^... You're the best-lah! Awesome... siapakah? He he he... mungkin antara uols tau siapa mereka itu, dan mungkin antara uols yang tak tau... tapi mereka tau siapakah mereka yang diangkat dan dimaksudkan sebagai sifu itu... la la la la....

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hm ,bagus jugak kan tips yg akak dapat nih . boleh dipraktikkan oleh blogger lain jugak .

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang perlu ceduk idea sikit dari orang lain dan kita gubah balik dengan cara kita dan ucapkan tq pada blog berkenaan,,,,,,.......

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang berguna buat semua.

    ReplyDelete
  4. thanx share tips penulisan ni :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing... Ibarat mcm tulis tesis gak blog nih.. Jika sst yg ilmiah kena ada sumber rujukan.. .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !