Bila Anak Terlalu Manja... Are They The Boss???

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Ilmu parenthood ni meluas, dan sangat subjective... Bukan bermakna bila anak dah berderet kitalah ibu bapa yang hebat dan terbaik, dan bukan bermakna bila masih belum mempunyai anak, kita x perlu mencari ilmu tentang parenthood. Perangai dan sifat anak2 ni berbeza antara satu sama lain... dan cara kita sebagai orang dewasa untuk mendidik serta tackle anak2 tersebut supaya mendengar kata juga berbeza dari seorang ke seseorang yang lain... Yelah, manusia ni kan unik? Mempunyai sifat yang berbeza... Ada anak yang tak boleh dilentur dengan kasar, perlu dilentur dengan lembut, dan ada anak yang tidak boleh dilentur dengan lembut, perlu dilentur sedikit keras... I believe those yang dah berpengalaman mesti mengakui ada sedikit kebenaran di sebalik kata2 ini... (dah bunyi macam pakar parenthood pulak kan? tapi bukanlah nak kata saya pandai sebab saya sendiri masih menuju ke arah itu, cumanya itu apa yang saya perhatikan...kata mama, cakap tu biar berlapik dan beralas sebab kita tak tau lagi macam mana coraknya or bahagian kita dalam sesuatu perkara....takut2 nanti kata2 termakan kepada diri sendiri...)

Sedikit perkongsian dari pembacaan di FB dari seorang rakan... 

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri2 anak manja yang mungkin sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat. 

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak2 seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatkannya mereka inginkan sesuatu yang baru pula. 

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu yang sepatutnya.

Apa Yang Harus Dilakukan?

1. Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

2. Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

3. Apabila anak2 mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

4. Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

5. Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

6. Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

Ini adalah antara tips yang dicadangkan yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat kita semua, tapi sudah semestinya semua ibu bapa di luar sana mempunyai cara tersendiri masing2 dalam mendidik anak masing2 kan? ^_^... Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau dah jadi buluh memang susah sikit nak dibentuk... 

*Teringat diri sendiri, dan cara dibesarkan, even though I am the only daughter and the only child... frankly saya tidak pernah dimanjakan berlebih2an tapi sifat manja tu memang ada... ihiks...itu diakui... Nah nah nah, jangan ingat saya x pernah kena rotan, marah dan pukul semasa kecik sampai ke sekolah menengah... Apa jer yang tak rasa?  Hanger? Rotan halus? Segala bagai rasa occay? Ha cerita pasal only child ni, nanti sambung entry lain ek? 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice tips dear! Memang kadang2 kita merasa kita memberi terlalu banyak kelonggaran pada anak2. Sebab itu bagi Kenit, ketegasan juga perlu diselangi dengan penerangan dan kasih sayang :)

    ReplyDelete
  2. Agree.. Cara akak dibesarkan agak keras. Tapi akak akui ianya berkesan. Bila salah, memang kena sebat seadanya dan di hukum. Bila berjaya, diberi reward. So, akak apply cara yang sama untuk my only child. Can see it's working. Walaupun dia anak tunggal, but he's so independent. Sangat matang compared to other children his age. Alhamdulillah.

    Tapi kalau tengok anak2 orang yang liar dan menjahanamkan harta dan barang orang lain di rumah orang, akak rimas sebab parents nyer hanya memandang sambil hanya tersenyum. Subhanallah...

    ReplyDelete
  3. melntur buluh biarlah dr rebungnya..

    ReplyDelete
  4. @Kenit Cinonet:

    tu lah, pada pendapat Farah, tak boleh terlalu lembut dan tak boleh terlalu kasar...kena bersederhana...tengah2...garang pun tidak, lembut pun tidak... so that they know their borderline...

    ReplyDelete
  5. nice tips. anak2 skarang suka buat haluan hidup sndiri.

    ReplyDelete
  6. Ayah saya bekas anggota polis...jadi paham-pahamlah kalau disiplin anak polis ni macam mana...tapi ayah saya memang tak pernah sampai tangan kat saya...didikan disiplin penuh berhemah hehehe

    ReplyDelete
  7. @ Aziela:

    Kak, agree saya pun anak tunggal juga, the way my mother and my father didik saya memang agak keras and strict...Silap sikit jer memang kena marah dan ada juga kalanya kena rotan, but I'm thankful sebab cara didikan mereka membuatkan saya berada di tempat saya ada sekarang ni... hu hu hu...

    ReplyDelete
  8. tak boleh diajar manje dr kecik.nnti gitu la jd nyee..nk dgr ckp die aje

    ReplyDelete
  9. pengalaman melihat adik yang terlebih dimanjakan buatkan saya lebih berhati2 dalam memanjakan anak.

    ReplyDelete
  10. Great tips. suka entri ni. kata orang tua, sayang anak tangan2kan. tp jangan smp jadi kes dera cukuplah.

    ReplyDelete
  11. Manja beryempat xpe...lucky dania bkn jenis manja terlebih...if manja melampau...tangan mkn dia...haha

    ReplyDelete
  12. cakap pasal anak manja, i have one very manja niece. fae memang pemarah kalo dia buat salah. sometimes fae biarkan dia layan rajuknya sendiri coz if i interfere, takut i lost my temper.

    and today my niece buat kacau lagi. pheww i did both hard and soft way haha fae talked in soft way tapi tangan fae keras pegang badan my niece. tapi sambil2 tu fae pat pat manja her body so that she thinks fae x mad padahal fae memang geram sgt2.

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni farah, walaupun teman lum ada ank lagi, tapi dah terbiasa dengan situasi budak2 macam senarai kat atas tu.. hee.. anak sedara kan ramai.. semua macam2 pe'el.. heee..

    ReplyDelete
  14. anak yang dah dimanja dari kecik,,, mengeboskan diri sampai tua,,, benci betul

    ReplyDelete
  15. Nice tips...
    Aku pun selalu juga buat yg no 2 tu klu anak2 dah over sangat peelnya, tapi rasa kesian pulak dengar dorang nangis dalam bilik tu...huhu

    ReplyDelete
  16. mmg mencabar jd seorg ibu dan bapa ni...ayut nnt tak tahu la...adehhh...klu anak dh jd bos mahu angin jugak tu nnt :p

    ReplyDelete
  17. tips yg bagus nih dear..sbgi ibu bapa kite kne pndai mainakn peranan dan menangani sikap anak anak yg kurg elok spya tak terbawa smp besar nti

    ReplyDelete
  18. itulah waktu kecil lah kite kena corakkanya..^^

    ReplyDelete
  19. Bru upentry ni hari tu... Manja boleh tpi knalah pd tempatnya..

    ReplyDelete
  20. @Busyra Bt Takiyudin:

    kebanyakannya memang macam tulah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  21. @Adhie Sunan Saifuddin:

    didikan yang tegas tak semestinya kena naik tangan kan?

    ReplyDelete
  22. Kadang kita mungkin tak perasan kita memanjakan anak.....tp bila tgk anak org lain dan parent mereka manjakan mereka, kita pun jadi geram....
    Mcm okje .... marah jugaklah anak tu kalau dah mengada sangat!

    ReplyDelete
  23. Nice sharing. Nak tambah lagi, sebenarnya cara menangani masalah anak2 yg begini kadangkala perlu dgn cara psikologi. Kadangkala perlu dgn cara ketegasan. Yg pasti usah dgn cara bebelan. Mmg sukar mendidik anak2 zmn skrg ni sebab sumenya berpunca dari pemakanan. Jarang sangat parents dapat masak setiap hari dgn air tgn sendiri. huhu... nak buat mcmana...? parents perlu bekerja menyara anak2 dan keluarga

    ReplyDelete
  24. walaupun zara anak mnja mak..tetap kna rotan ..semua dapat rasa..penyangkut baju..rotan..getah paip..semua tu dah rasa..tpi itu budak2 dulu bleh la hukum cam tu.. budak skrg ni..cara len plk..cuma di modenkn je..heee..=D..
    tip kak farrah bgi terbaiklah..=D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !