Adat Melenggang Perut

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.

Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul2 telah genap 7 bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap 7 bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut adalah seperti berikut:
  • 7 helai kain yang berlainan warna
  • 1 gantang beras
  • 1 biji buah kelapa
  • Beberapa urat benang
  • Sedikit minyak kelapa atau minyak urut
  • Beberapa batang lilin
  • 1 tepak sirih, yang lengkap dengan isinya
  • Pengeras wang sebanyak lima suku (RM 1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan or mak bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula2 tok bidan/mak bidan membentangkan ke7-7 helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapiasan2 kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan2.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling2kan secara perlahan2 di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak 7 kali dan pada kali yang ke-7 itu, kelapa itu akan dilepaskan serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan/mak bidan itu. Tok bidan/mak bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan/mak bidan akan memegang 1 hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang 1 lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang2kan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ke7-7 helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan/mak bidan bersama2 dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil2an yang akan dihadiri oleh orang tua2 dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Credit, Reference and Source: HERE

Menurut sumber dari SINI

Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut. Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya. Ada usaha yang perlu digerakkan bagi menjelaskan kekeliruan antara adat dan agama.

Manakala dari sumber di SINI melalui Arkib Soal Jawab JAKIM....

Soalan:

Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika saya enggan melakukannya? 

Jawapan:
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.

*Me??? Tak buat pun dah namanya pun x wujud dalam Islam... Despite, never plan for it... Doa pada Allah itu lebih mustajab kan?

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Noey pun tak buat adat lenggang perut ni even both keluarga pihak Noey dan suami ada adat ni. masa ngandung AniqFiras,mak mertua buat +
    kenduri doa selamat dan baca Yaasin.lagi elok kan..

    ReplyDelete
  2. memang tkde dalam islam pun, lebih baik amalkan baca 3 surah yang sepatutnya- surah lukman, surah yusuf dan surah maryam

    ReplyDelete
  3. Adat tu orang sekarang tak buat.. Lebih baik buat solat Hajat..

    ReplyDelete
  4. judt utk ibu2 mengandung shaja..:)

    ReplyDelete
  5. mcm pelik adat ni kan. xde pulak dlm syariat atau sunnah hehe. pastu ade lilin? api and asap kan makanan syaitan.. wallahu'alam :)

    ReplyDelete
  6. tak buat pun takpe...janji baby kat dalam tu sihat kan..tu kan adat orang2 lama..nak ikut boleh taknak ikut pun xde masalah...

    ReplyDelete
  7. ngarut2 je .
    tak tahu apa tujuan utama diorg buat ni org dedulu kan?
    xdla. buat knduri tolak bala ada dgr?
    sama jgk mcm lenggang perut ni tp just mommy tu xd la di bring kan mcm tu :)

    ReplyDelete
  8. kalau elok buat...tp kalau tak berapa perlu or wajib..better xyah pun xpe kan..? lgpun adat...

    ReplyDelete
  9. Mmg x buat pun.. Kami kt utara pun pggil adat lenggang perut... Sbb dh thu bertntgn dgn syarak.. Tpi dh jarang dgr kt Malaysia buat. tpi sumatera de g buat mcm nih..

    ReplyDelete
  10. Dh mcm bomoh pn ada..
    Siap ada pengeras..
    Mesti skit time buat ni.

    ReplyDelete
  11. Akak x buat...just kenduri doa selamat je

    ReplyDelete
  12. yg penting baby kat dalam sihat.. dia pun kata xpelea mama, takyah buat lea.. baby sihat ni.. x sabo nk kuo.. heee

    ReplyDelete
  13. akak tak pernah buat pun.............

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya farah :)

    mmm, baca utk tambah ilmu je. nak buat mmg tak la

    ReplyDelete
  15. emak sy anak 9 org..semuanya beranak di rumah..tp seingat sy tak pernah tengok dia buat melenggang perut.

    #baru kali ni dengar 'kirim perut'.

    ReplyDelete
  16. Ooo..Mcm tu ye melenggang perut..pernah dengar cuma tak pernah tngok atau buat..

    ReplyDelete
  17. budak blogspot bertandang kat sini, jom baca artikel baru

    Tips Mengatasi Hilang Mood Untuk Update Blog

    http://www.budakblogspot.com/2013/08/tips-mengatasi-hilang-mood-untuk-update.html

    ReplyDelete
  18. nama pun adat kan..tak de la wajib laksanakan, kan.. terpulang pd individu tu sendiri..

    ReplyDelete
  19. Masa zaman kakak okje ada le....zaman okje dah tak de .....

    ReplyDelete
  20. ada juga terbaca pasal lenggang perut ni.. mintak jauh la kita terjebak ngan perkara khurafat/syirik camni :(

    ReplyDelete
  21. amalan,pmkiran org dulu dn skrng tak sama,tanpa doktor, kedai ubat, jdi pantang larang, petua, alam flora jdi perubtan dan panduan mreka. klo kta hidup dlm zaman dulu, pasti terikut sama juga.

    ReplyDelete
  22. dlm bidang perbidanan, adat dan amalan kita jauh lebih menarik dri bangsa lain, cuma org Melayu yg ada bidang urut sebelum dan sesudah bersalin, bngsa lain copycat dri kta

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !