Ubat Penyakit Sombong?

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Apakah yang dimaksudkan dengan sombong? Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Langkah2 untuk mengenalpasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan. Apakah tanda2 seseorang itu memiliki sifat sombong? 

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu leibh baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain2 lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan 2 hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih2 kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang 1 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala, dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih2. Iaitu, dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata2nya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya. 

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata2nya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi leader, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut2nya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya. 

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking2, diherdik, dikata2 atau dihina2. Di belakangnya diumpat2. 

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak mintak maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggu kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat2 diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat2 Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih,suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk2 meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak2 kaki atau berjalan mendada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan2 dunia atau kerana takut dengan orang itu. 

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan2 orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan2 orang lain dibesar2kan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat2 tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah. 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji2 atau menyebut kelebihan2 orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati. 

Senarai tanda2, riak2 atau sikap2 di atas rasanya dah banyak dah kot untuk kita cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenalpasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini. 

Occay, just nak share dengan uols, terbaca di SINI ... Macam mana nak UBAT penyakit sombong ni? 

1. Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita. 

2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih2 nanti mesti masih tak puas dan nak lagi. 

3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. Biasanya kalau dah fofular nanti pandang rendah terhadap orang lain. 

4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling menghormati. Biasanya kalau x ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.

5. Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langsung.

6. Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah SWT. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.

7. Selalu berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah SWT. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit 'syirik kecil'. Nauzubillah.

*Heran juga dengan sikap sesetengah manusia yang sombong, angkuh dan bongkak... Masalahnya perlu ke? Hurmmm... Sombong2 pun x ke mana, dalam dunia ni kita hidup berkomuniti dan saling bergantungan antara satu sama lain...sekadar menyatakan pendapat dan juga pandangan... Cheerios... *_^ 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak kalau jumpa orang macam nie...angkat kaki jalan...malas nak layan......

    ReplyDelete
  2. I love this article...sgt2 betul maksud setiap yg terpapar kat atas tu....

    ReplyDelete
  3. org cm nie mmg x ly wat kawan..mungkin dye rasa hebat di dunia..tp di akhirat terima lah balasannya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. thanks sharing dear. heeee :)

    ReplyDelete
  5. Diam je lgi baik lyn mnusia mcm nih...sbb klu ckp pun dia gak nk betul... Hmm..

    ReplyDelete
  6. perangai mcm nie
    mmg tak ramai la org nak dtg dekat

    ReplyDelete
  7. x perlu nk sombong sangat dalam hidup..sbb satu ms nnt kesombongan itulah yg akan membinasakan hidup seseorang tu..
    kan farah..hihi..:) :)

    ReplyDelete
  8. betul sgt2 tu..setuju..mmg org sombong ada ciri2 tu semua..selalu juga jmpa..dan sy pn minta dijauhkanlh dri sifat mcm 2..Alhamdulillah..nice sharing =)

    ReplyDelete
  9. orang yg sombong ni memang agak menjengkel kan +_+

    ReplyDelete
  10. saya tak sombong, tapi kadang kalau jumpa dengan orang baru mesti orang bilan Lia sombong, sebab Lia pendiam ... hahhaha..

    ReplyDelete
  11. salam farah
    Lawatan sejap ta sebelum gi tarawih

    ReplyDelete
  12. kalau cik akak somong..farah teguir tau...hihi...mana tau cik akak tersombong :)

    ReplyDelete
  13. Assalamyalaikum,

    terima kasih berkongsi...salam ramadhan..

    ReplyDelete
  14. tak pahamkn manusia mcm ni..kita sama2 maklukNYA tak de beza pn..nape nak sombong..nti bila kita dijemput kita tetap berpakaian putih..tak ada level pun..hmm..apa2 pun ingat kita ni maklukNYA..

    ReplyDelete
  15. paling tak suka dengan org mcm ni..dan selalu terjumpa spesies ni..farah kak mv tag farah http://msvelentine.blogspot.com/2013/07/giveaway-like-ja-bah.html

    ReplyDelete
  16. kalau banyak diam pun nanti org kata kite sombong :'(

    ReplyDelete
  17. kak intan memang x layan dah kalau org sombong mcm ni..teringat kisah dulu penah buat part time keja kat satu restoran segera…masa tu kak intan baru habis study..igt nak cr pengalaman…kak intan masuk just 3 hari sahaja..sebab ada sorang pompuan ni bertudung…staff biasa ja..dia punya eksen mengalahkan bos..kita tanya pon cam nak xnak jawab….kita n ingat nak bersahabat..tp dia bersahabat Cuma dengan budak-budak laki yg kononnya dia rapat sangat lah …hehehe ..kak intan blah camtu ja..buang masa org camni…

    ReplyDelete
  18. semua manusia sama je . jadi , x perlu sombong :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !