The Confinement Story #5: Mandian Herba & Akar Kayu dan Amalan2 Lain

Farah Waheda Wahid
21
Source Extracted from Google
1 komponen yang penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu yang baru bersalin ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
  • mengembalikan kecergasan
  • membuangkan angin
  • menghilangkan bau hanyir
  • merawat urat yang terputus
MENYEDIAKAN MANDIAN HERBA

Kebiasaannya ibu-ibu yang baru bersalin akan membeli set rumusan untuk dimasak di rumah. Uols boleh membelinya dari pusat2 penjagaan pantang (juga dipanggil sebagai pusat rawatan bersalin).

Set mandian herba juga boleh dibeli sebagai sebahagian pakej yang termasuk penjagaan selepas bersalin, produk herba dan makanan tambahan, semua tersusun dan dijarakkan mengikut amalan2 dan jadual berpantang 44 hari. Beberapa pakej boleh merangkumi perkhidmatan bidan urut dan persediaan amalan-amalan pantang yang lain.

AMALAN2 BERPANTANG YANG LAIN

Terdapat beberapa amalan pantang-larang yang jarang diikuti hari ini, lazimnya kerana ibu-ibu yang baru bersalin di kota dan bandar kekurangan struktur sokongan dan masa untuk membolehkan mereka memerhatikan setiap aspek berpantang dengan sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, ada juga pakej dari pusat2 penjagaan pantang yang merangkumi amalan2 ini:
  • cucian untuk bahagian sulit yang bertujuan untuk membersih,  membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal.
  • ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.
  • minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain2 tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.
  • lulur digunakan untuk melicin, melembut, mencerahkan dan memutihkan kulit.
Lain2 amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden disebabkan oleh kekangan tertentu.

Credit, Reference and Source from HERE

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalamualaikum. wah banyak rupanya amalan ketika berpantang yeee. sheila belum ada experience lagi. hehehe btw thanks sharing dear :)

    ReplyDelete
  2. Confinement ni la mase nak pampered diri kite dengan mandian herba, lulur, urut dan sebagainya. after confinement nnt dah bz dgn hal2 lain family n kerja. xde masa dah nak pampered diri.

    ReplyDelete
  3. masa saya berpantang dulu bengkung je tak dapat pakai... cesarean kan... tapi yang lain2 tu semua buat.. yang mandian tu mak mertua carikan daun2 herba yg berkenaan. actually skang ni dah ada jual dah mandian herba tu.. saya beli kat 'Bengkung Moden'. senang sikit sbb dalam uncang. so tak payah nak tunduk kutip daun2 yang bersepah dalam bilik air... huhu

    ReplyDelete
  4. bab2 ni satu kemestian for KA hehehe

    ReplyDelete
  5. Best mndi akr kayu.. Segar bdn... Sy aml dr zmn ank dara lagi.. :-)

    ReplyDelete
  6. Bagus la akak dh buat persediaan awal..nnti tak de la baru nak kalut2 cari information kan.. ;)

    ReplyDelete
  7. bagus mandi nie .. org tua2 cakap mandi utk segar

    ReplyDelete
  8. @ Sheila Salim :

    satu hari nanti Sheila akan experience juga, In Shaa Allah... *_^

    ReplyDelete
  9. @Hamdan Ali:

    kenalah study dan bersedia awal2, kan dah kena train dari dulu, hidup kena ada planning...wakakakaka...

    ReplyDelete
  10. @Normi Nieza:

    nampak gayanya begitulah Cik Nor...

    ReplyDelete
  11. @lucd007:

    pampered diri sendiri memang best kan dear?

    ReplyDelete
  12. @Ayumieka:

    yang dalam uncang tu memang lagi mudah rasanya...Farah pun rasa nak dapatkan yang dalam uncang tu... thanks for sharing your experience dear...

    ReplyDelete
  13. @Kesuma Angsana:

    wah, mesti kak KA vogue the vass ni sebab pandai jaga badan...

    ReplyDelete
  14. @Maria Firdz :

    oh ye ke Maria? Wah, boleh diamalkan lah kalau macam tu yang Maria cakap...

    ReplyDelete
  15. @♥ Mrs. Secretary ♥ :

    Farah, akak memang kena buat persediaan awal, biasalah akak ni dah biasa jadi survivor, semua buat sendiri, tak suka nak harapkan siapa2... *_^

    ReplyDelete
  16. @ ieda immi:

    kak ieda, ramai yang cakap, mandi akar kayu dan herba2 ni boleh segarkan badan, memang nak test juga keberkesanannya tu...

    ReplyDelete
  17. akak paling suka mandi herba...terasa serai wanginya.....

    ReplyDelete
  18. Wah dah ready yeh Farah.... bagus...bagus nanti tak kelam kelibut hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !