The Confinement Story #3: Jamu

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Jamu adalah dianggap sebahagian yang penting dalam amalan2 berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu2 baru mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan selepas kerja2 mengandung dan melahirkan anak.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin; dan
  • melawaskan ke bilik air
Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan. Segala organ, otot dan urat juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan mengempiskan perut.  

APA YANG BOLEH & X BOLEH SAYA MAKAN?

Ibu atau ibu mertua atau pembantu khas, akan menyarankan supaya memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak2 sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Ibu2 dalam pantang juga digalakkan berpantang dari:
  • mengambil buah2an dan sayur2an yang "sejuk".
  • memakan hidangan berminyak.
  • meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut akan kembang dan akan sukar mengecut.
DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN JAMU?

Mengikut tradisi, bidan kampung yang mengurut ibu baru dan menemani sepanjang tempoh pantang juga akan merumuskan jamu. 

Tapi sekarang ni, selain menempah jamu khas dari bidan kampung, ibu2 moden boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

If nakkan pandangan atau pendapat tentang jenama2 yang berbeza, atau x pasti mengenai pendekatan yang betul untuk berpantang atau hanya mahu beberapa tip tentang amalan2 pantang-larang, boleh mintak pendapat mereka2 yang berpengalaman kannn? *_^

*Nak minum air kunyit tu yang macam...gulpppp... sebab nampak pun cam x sedap jer...wakakakakaka....

Reference, Source & Credit: HERE

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dulu time dpt anak 1st..kemain nak mkn jamu lah kunun..tp tgklah x abis pun makan..last2 beli hat pil je senang nak telan haha

    ReplyDelete
  2. Air kunyit? sedap ke? tak pe sis, imagine macam minum fresh orange.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. hehhe..bau jamu pon iman dah uweeekkkk

    ReplyDelete
  4. Usshhh, jamuu.!
    eiqa dlu time sekolah menengah tgok org ckp elok jamu nie tapi tulaa x berani nak cuba menda-menda gini, hohoohoo

    ReplyDelete
  5. setakat beranak dua ni kenit belum pernah makan jamu sebab takut tak serasi ngan badan. Jamu kenit hanyalah sup ikan haruan ngan ubat gamat healin tu je haha.

    ReplyDelete
  6. jamu tu ai avoid masa dalam ari sebab baby ai kena jaundice agak teruks, lepas pantang baru la makan jamu...

    yang air kunyit tu dulu ai uwekkkks jugakkk, tapi bila kena bengkak breast, terpaksa minum utk lancarkan susu badan...'sedap' jugak la bila tgk susu melimpah ruah...agagagagagaga...mak ai buh asam jawa n gula + sikit garam...boleh la nak telan ngan satu napas...

    fuhhhhhhhhhhh, pjg komen ai...hehehehehe

    ReplyDelete
  7. beli mana yg patut dulu tak semuanya set jamu kita gunakan semasa bersalin....suka produk Nona Roguy...

    ReplyDelete
  8. lia nak minum jamu untuk release tension.. ada tak jamu sesuai ? hehehe

    ReplyDelete
  9. Masa akak dulu mkn jamu pil..huhu...

    ReplyDelete
  10. dulu zara dalam pantang mmng mk suh makan kunyit hidup ngan halia..makan ngan nasi..dan ambil jamu kampung dlm bentuk kapsul..=)

    ReplyDelete
  11. yaya makan pil jamu je je untuk remaja punya..alhamdulillah memang berkesan..

    ReplyDelete
  12. patut diamalkan ni semasa dlm pantang.Sue paling suka jamu buatan Indonesia

    ReplyDelete
  13. x prnh mkn jamu... huhu... amal supplement pun lpas ank setahun.. mmg amalkan pmknn seimbang je..

    ReplyDelete
  14. ayut pernah rasa air kunyit tu..hihihi..akak2x ayut bpantang ayut suke menyibuk :p tp skrg byk dh jual set berpantang kan kak farah...blh je guna.lg mudah :)

    ReplyDelete
  15. Masa first beranak makan jamu serbuk tu...tempah bidan kampung lepas tu makn kapsul jamu je hehe lagi senang!
    Air Kunyit tu pernah minum masa anak pertama

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !