The Confinement Story #2: Urut Mengurut Selepas Bersalin

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Mengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang2nya 3 hari berturut2; kalau boleh lebih, lagi baik.

FAEDAH URUTAN TRADISIONAL SELEPAS BERSALIN

Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah.
  • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung.
  • menaikkan rahim.
  • membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
  • memecahkan lemak.
  • mengetat dan membentuk tubuh.
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, program kesihatan posnatal Melayu juga merangkumi urut payudara. Ibu2 baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu. 

Ibu2 baru yang melahirkan anak mereka secara normal di hospital2 tersebut (unit T&CM ini tidak terdapat dalam mana2 hospital kerajaan yang lain pada masa ini) boleh menikmati urutan tradisional sebagai sebahagian daripada jagaan perbidanan.

SIAPAKAH YANG AKAN MENGURUTKAN SAYA?

Mengikut tradisi, bidan kampung yang berpengalaman dalam semua aspek penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin akan pergi ke rumah ibu baru untuk mengurutnya dan membantu beliau menjaga bayi.

Dalam persekitaran bandar hari ini, di mana banyak pasangan muda tinggal jauh dari keluarga masing2, sistem sokongan ini tidak lagi menjadi pilihan kebanyakannya.

Untuk mencari tukang urut yang baik, uols mempunyai beberapa pilihan.
  • Tanya ibu uols atau ibu mertua, rakan2 yang telah baru2 ini mempunyai bayi atau rakan sekerja jika mereka tahu sesiapa saja yang baik.
  • Perkhidmatan pusat2 rawatan bersalin dan penjagaan dalam pantang yang menyediakan pakej lengkap dengan urut, bengkung dan jamu.
Reference & Source: HERE

* Tengah survey2 tukang urut yang ada sekarang ni, choosing the best options with the most competitive price.... *_^

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yer betul.. mengurut lepas bersalin mmg perlu utk buat angin meroyan sama..nie org tua2 kata la..hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. dah lama tak urut badan..lega kalau dapat urut satu badan...

    ReplyDelete
  3. berurut tu memang besh, tapi ada satu bahagian dia urut, memang boleh bikin jerita ablasa!

    tapi demi kesihatan sendiri, rela jugak la serahkan bodi untuk di uli-uli...

    ReplyDelete
  4. Good info.

    Kekal aktif sepanjang Ramadhan dengan set makanan tambahan Shaklee pada harga istimewa.

    Jemput singgah di A Moment Like This untuk info lanjut.

    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. Yer...kena amik berat pasal urut mengurut ni..jgn jd mcm adik akak..ibu sikembar tu...lambat urutsbb kembar warded..masuk angin badan..

    ReplyDelete
  6. wahai sahabatku ketahuilah proses mengurut adalah saat terindah dalam proses berpantang muahahaha~

    Serious Kenit paling suka ialah masa diurut. Tambah kalau dapat mak bidan yang superbbb dan terer!hehehe. Terasa longgar kembali tulang temulang dan urat yang keras kembali menjadi lembut. Kepala pun segarrrrr je rasa. Selamat berpantang dan berurut sis (^^,)

    ReplyDelete
  7. kena amik tau nie.....wife dah tunggu hari nak bersalin jer

    ReplyDelete
  8. hu2.. teman geli org pegang teman.. acane kalau nak mengurut nanti yea? hihihi

    ReplyDelete
  9. bila ckp pasal bab mengurut pas pantang ni teringat kat makcik jihan yg el sllu pggey time masa pantang..dia urut best..tp yg x best tu dia urut tu lau boleh tulang2 yg keras2 ni terus jadi lembut..dah mcm gimnastik dah k.el time dia urut..kaki bersilang atas..tgn kepak bwh mcm2 lah...last dia urut tu kan sure dia suh meniarap..tgn naik atas sambil dia tarik tgn tu bdn kita dah lentuk pas2 dia kepak..perghhhhhhhhhh krukkrakkrukrak bunyi tulang hahaha time tu lah k.el menjerit..hehe

    ReplyDelete
  10. Betul tu Farah kena cari siap siap nanti tak sempat...
    Oleh kerana ceaser ...perut mmg tak usik masa mengurut dulu!

    ReplyDelete
  11. betul tu. mmg kebiasaan jgk org pmpn lps bersalin mengurut. mcm mak sy r

    ReplyDelete
  12. Dulu berpntg kt kg mmg de tukang urt turun temurun... Yg akn dtg mgkin kt kl.. Kna survey juga tukang urut area2 kl je nnt..

    ReplyDelete
  13. kena cari tukang urut yg betul-betul, akak ingat nak gi urut untuk kendurkan urat yg dah tegang nie....

    ReplyDelete
  14. teringat mama yg selalu berurut lepas melahirkan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !