The Confinement Story #1: Bengkung

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Salam pagi Isnin peeps! *_^... Cerita hari ini dimulakan dengan cerita hal ehwal berpantang... Dan yang pertama dalam siri The Confinement Story ini adalah bengkung... a.k.a. corset/binder....

Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. He he he... Nak tanya uols yang dah ada experience, betulkah? *_^ Ceciter... Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami. Wah gitewww.... tapi ada kebenarannya kan? 

Terdapat beberapa amalan2 berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama. 

DI MANAKAH MENDAPATKAN BENGKUNG? 

Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Sekarang ni, uols boleh jer beli bengkung ni dan x perlu nak jahit2 macam dulu lagi. Boleh beli secara online and kedai2 tertentu cam kedai jamu mesti ada punya kan? *_^ 

Uols boleh pilih antara 3 jenis bengkung:

1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak2.
2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat beselang-seli dari bawah ke atas.
3. Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.

PEMAKAIAN SEMPURNA

Uols perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (tapi dengar2 khabarnya ada wanita yang pakai hanya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari...hu hu hu).

Pastikan ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara (ooopsss sorry words obscene sikit).

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

1. Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun2an seperti daun pandan atau lengkuas.
2. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
3. Jika sukar mendapatkan daun2an herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

FAEDAH BERBENGKUNG

"Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot2, tulang, urat, sendi dan lain2, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar."

Ia juga dipercayai bahawa berbengkun juga boleh membantu:

1. Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
2. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
3. Mengetatkan perut dan otot2 yang longgar semasa kehamilan
4. Memecahkan lemak dan selulit
5. Mencegah dari makan berlebihan

Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amalan2 lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

*Tengah survey2 bengkung yang ada di pasaran. Setakat ni yang saya tau, Bengkung Sendayu Tinggi tu la... Any suggestions peeps? (Those yang dah ada experience lah... *_^)

Reference & Sources: HERE

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak semua bersalin tak pakai bengkung masa dalam pantang, lepas tu ada pakai.... tapi cer try bengkung http://www.bengkungmoden.com/

    ReplyDelete
  2. mmng kna guna barut dalm berpantang..mengikut pengalamn sendiri..satu lagi ..klu nak badan kembali semula..brikn susu badan untuk baby.tak mo susu tin ye..hee.insyaALLAH..=)

    ReplyDelete
  3. ai pakai bengkung moden brand autumnz jer, serius besh! tayah ikat-ikat, cuma perlu cangkuk jer...
    :)

    ReplyDelete
  4. errr xtau nk komen bab2 pompuan ni...ehehe

    ReplyDelete
  5. bengkung? pernah nampak org pakai je. hee

    ReplyDelete
  6. Masa bersalin Okje tak pernah pakai bengkung Farah sebab ceaserkan... so perut mmg cantik le...hehe ( cantik le sangat)

    ReplyDelete
  7. Saya tak rajin berbengkung masa pantang dulu...tak selesa...hehe

    ReplyDelete
  8. rindu nak pakai bengkung hehe :D

    ReplyDelete
  9. TQ dikk
    akak x pernah pakai punn sbb operate tiga2 anak kan ;)

    ReplyDelete
  10. Tak lama dah tu nak pakai bengkung ni. Dah beli ke belom..

    ReplyDelete
  11. Akak merasa pakai bengkong tp bukan yg mcm dlm gambar tu..giler sendat pakai...tiap kali pakai mak yg tolong pakaikan... rindunya nk pakai bengkong...

    ReplyDelete
  12. X pkai pun bengkung..sbb berpntg cara mak... Mak kata x pkai xpe tpi kna kerap bertungku.dan jaga makan...

    ReplyDelete
  13. kalau lepas bersalin...kena benkung elok2.......berpantang dan bertungku...baru habis pandang kembali bertenaga kan kak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !