Source Extracted from TANAMERAPOSTNATAL |
Semasa blogwalking hari tu, ada terbaca di blog brother Alams Legacy tentang Set Bersalin Tanamera yang brother Alams Legacy belikan untuk isteri beliau... Dan hati pun jadi tertarik juga bila membaca review tersebut... Memang pun sekarang ni tengah survey dan buat comparison dari one product to another product... Ye lah, dalam membeli sesuatu product ni kita kenalah survey betul2 ye tak? Takkan nak main beli pula... Jadi... bertitik tolak dari pembacaan di blog brother Alams Legacy... saya pun pergilah merajinkan diri untuk melawat ke website tanamerapostnatal di SINI.
MENGENAI SET BERSALIN TANAMERA
Kulit merupakan organ yang terbesar dalam badan kita. Apa saja yang kita sapukan pada kulit akan diserap dan diproses oleh pelbagai sistem dalam badan kita. Ini adalah asas bagaimana produk2 semulajadi TANAMERA membantu menguatkan dan mengukuhkan pemulihan ibu2 yang baru melahirkan dalam masa yang singkat.
Set Bersalin TANAMERA mengandungi 11 produk untuk penjagaan semasa mengandung supaya mudah bersalin tanpa koyakkan faraj dan semasa berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera.
- Ia dirumus berdasarkan tradisional orang Melayu, Cina dan Ayurveda untuk memudahkan pemulihan sepenuhnya dalaman dan luaran, seimbang fizikal dan hormonal.
- Dibuat dari bahan2 100% semulajadi, dengan penggunaan herba tropika dan pati minyak. Tidak mengandungi pewarna tiruan, pewangi, pengawet, bahan kimia toksik dan tiada 'jamu' yang bahaya kepada bayi.
- Direka untuk penjagaan semasa mengandung untuk membantu memudahkan proses melahirkan anak dan penjagaan semasa dalam pantang untuk membantu ibu2 baru pulih sepenuhnya, agar segar dan langsing seperti sebelum hamil (yang ni I loikeeee! ^_^) dalam masa yang singkat.
- Mesra untuk ibu2 menyusukan bayi dan mempunyai kesan aromaterapi untuk menenangkan ibu2.
Set Bersalin TANAMERA dijual dengan harga runcit RM360 (Semenanjung) dan RM 375 (Sabah & Sarawak) termasuk harga pos.
Antara produk2 dalam Set Bersalin TANAMERA adalah:
PRODUK KEGUNAAN SEMASA MENGANDUNG & LEPAS BERSALIN
- Minyak Kelapa Dara
- Sabun Herba
- Minyak Urut Herba
- Air Bunga Lavender
PRODUK UNTUK KEGUNAAN SEMASA BERPANTANG
- Herba Pembersih Wanita
- Mandian Herba
- Teh Herba
- Tapel
- Bengkung
- Pilis
- Lulur Badan Herba
*Interesting... ^_^... dan masih juga survey tentang produk2 atau set2 bersalin yang lain...
bagusla byak barang2 bersalin dlm tu..mng di perlukan dlm berpantang..
ReplyDeleteSy pun dok survey2 juga nih..wlaupun jauh lagi perjalanan...
ReplyDeleteBagus jugak prodyk nih..sy dlu gne mustika ratu je
ReplyDeleteset tanamera ada kat tempat kami juga..hehehe
ReplyDeletemmg set khas utk ibu mengandung dan bersalin eh kak
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteSebab dah tak beranak lagi kan ...so dah tak ambik kisah pasal benda ni hehe
ReplyDeleteakak paling puas hati guna produk nona roguy...minyak herba dan lawas buang air besarnya sangat mujarab...
ReplyDelete