Menaiki Penerbangan Ketika Hamil

Farah Waheda Wahid
11
Source Extracted from Google
Hi hi hi, siapa kata preggy mummy x ley travel naik flight? (Ada ke yang cakap?)... Bunyi2 macam dah ada perancangan jer ye tak? Read on this book MAMA & SI MANJA dan just sharing some of the info here...

Setiap syarikat penerbangan mempunyai sekatannya yang tersendiri bagi wanita hamil dan ia mungkin berbeza antara penerbangan domestik dan antarabangsa. Sesetengah syarikat tidak akan membenarkan ibu hamil menaiki kapal terbang dalam tempoh 30 hari dari tarikh bersalin, manakala ada juga yang hanya akan menghadkan penerbangan kurang dari 7 hari dari tarikh bersalin. If uols preggy, ensure that uols inform dengan agent ticket uols, so that uols understand all those restrictions yang might arise later...*_^...Jangan dah terantuk baru terngadah yer... If x ada apa2 halangan yang perlu dirisaukan, bolehlah uols kemaskan luggage and enjoy another one holiday sebelum ketibaan baby uols... he he he... (yippie...bestnya...)

SEBELUM KE UDARA
Preggy mummy yang mempunyai kerumitan semasa kehamilan atau dianggap berisiko tinggi tidak seharusnya menaiki penerbangan. Ini termasuklah those yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal dengan baik, penyakit sel sabit, plasenta luar biasa, tekanan darah tinggi dan juga mereka yang berisiko kelahiran pramatang. Whatever peringkat kehamilan, it is better if preggy mummy yang nak naik  flight for holiday discuss holiday plan tu dengan gynae memasing especially before naik flight. Uols juga digalakkan untuk mendapatkan nota doctor yang certify uols cukup sihat untuk menaiki flight, terutamanya if uols berada di dalam trimester ketiga. Bukan semua syarikat penerbangan membenarkan preggy mummy menaiki flight but then it's better if uols ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kelewatan semasa uols menaiki flight. Uols juga perlu ambil kira tarikh due bila uols balik dari percutian.

MENAIKI PENERBANGAN DI AWAL KEHAMILAN
Menaiki flight pada trimester pertama lazimnya dianggap selamat. Faktor kerisauan utama berkenaan menaiki flight  during first trimester ini might be uols punya pregnancy symptom that is uols akan terasa lebih loya dan lebih kerap muntah2 (maybe kena bawa beg muntah yang berlebihan bersama). Lebih2 lagi, bila kita on air, hidung might be tersumbat. 

PERHATIKAN PEREDARAN
Pregnancy boleh sebabkan masalah peredaran pada kaum wanita. Ini merupakan isu yang tidak seharusnya diabaikan if uols preggy dan nak naik flight. Fakta bahawa masalah peredaran boleh membawa kepada darah beku sudah diketahui umum. Di sini ada beberapa langkah untuk melancarkan peredaran darah:
  • Pakailah pakaian yang longgar dan selesa
  • Belilah stokin tekanan, ia akan membantu peredaran darah dari buku lali ke jantung dan paru2.
  • Jangan menyilang kaki.
  • Minum air yang banyak dan pastikan uols terhidrat.
Perkara termudah yang boleh uols lakukan untuk memastikan peredaran darah berjalan dengan lancar adalah dengan bergerak. Pastikan uols melunjur dan menegakkan kaki, memusingkan buku lali dan menggerakkan jari2 kaki uols dengan kerap di sepanjang journey. Senaman ringkas seperti ini mudah dan boleh dilakukan di tempat duduk uols tanpa mengganggu orang lain. Jika uols bernasib baik dan mempunyai tempat duduk kosong di sebelah uols, gunakannya untuk menaikkan kaki uols!

SILA DUDUK!
Apabila perut uols menjadi semakin besar, keselesaan uols pula semakin berkurangan. Kebanyakkan tempat duduk di dalam flight tidak berapa selesa. Semasa uols mendaftar masuk, jangan segan silu untuk bertanya jika ada tempat duduk yang lebih luas. Tempat duduk yang bersebelahan lorong laluan biasanya lebih luas dan tidak ramai yang tahu bahawa bahagian tengah flight biasanya memastikan perjalanan yang lebih lancar. Tempat duduk barisan kecemasan juga biasanya mempunyai ruang kaki yang lebih luas.

BERSEDIA MENGHADAPI APA JUA KEMUNGKINAN
Ibu2 yang preggy biasanya tidak digalakkan menaiki flight di dalam trimester ketiga, tetapi jika amat perlu, ia masih selamat asalkan tarikh bersalin tidak terlalu dekat. Walaubagaimanapun, uols perlu bersedia menghadapi kemungkinan kelahiran pramatang. Pastikan insurans kesihatan uols dikemaskini dan kelahiran akan diinsurankan sekiranya uols bersalin di dalam flight. Mintalah nombor bantuan perubatan di destinasi uols dari doctor atau pakar kelahiran dan bawalah salinan rekod perubatan uols pada setiap masa.

If uols experience contraction dalam flight, uols kena inform cabin crew dengan segera! Jangan risau kerana ramai mummy yang pernah melahirkan baby dalam flight. Crew biasanya terlatih untuk mengendalikan kecemasan seperti ini tetapi captain  might be akan melakukan pendaratan kecemasan (muahahaha...exclusive tak?) di lapangan terbang yang berhampiran so that uols boleh mendapatkan bantuan perubatan.

MASALAH TEKANAN
Terdapat ramai wanita hamil yang risau tentang tekanan udara di dalam kabin. Penerbangan commercial pada masa kini mempunyai tekanan udara kabin yang seumpama tekanan udara di paras ketinggian 5,000 hingga 8,000 kaki. If uols berasal dari tempat yang beraltitud rendah, perubahan tekanan udara ini boleh memberi kesan buruk kepada uols. Degupan jantung serta tekanan darah uols akan bertambah untuk memastikan badan uols mendapat oxygen yang mencukupi. Ini akan menyebabkan uols berasa tidak selesa dan pening. Bagi kebanyakan wanita, ini bukanlah masalah besar. However, if uols mempunyai sebarang penyakit kardiovaskular, uols dinasihatkan agar jangan menaiki flight.

WAKTU TERBAIK
Trimester kedua dikenali sebagai peringkat yang paling selesa dalam pregnancy phase. Rasa loya2 biasanya bukan lagi satu masalah, risko keguguran juga telah merosot dan risiko kelahiran pramatang juga semakin rendah. Preggy mummy yang suka melancong akan mengambil peluang ini untuk pergi bercuti dan menaiki flight ke mana2 saja. *_^. 

LALULAH DENGAN SELAMAT
Soalan yang sering ditanya oleh preggy mummy adalah, "Adakah selamat bagi saya untuk berjalan menerusi pengesan logam di airport?". Jawapannya adalah... "Ya! Tentunya ia selamat!". Mesin ini bukan mesin x-ray dan ia tidak akan memudaratkan diri uols mahupun baby uols. Dengan itu, usah risau ketika melalui pusat pemeriksaan keselamatan di airport.  

*So, preggy2 mummy out there, supaya info ni dapat membantu uols sekiranya uols nak berjalan2 ke mana2 holiday while having your baby in your tummy! *_^.... Boleh naik flight during pregnancy tapi kenalah pastikan kita buat research dan dapatkan doctor's advise on this before anything...Jangan bertindak sendiri... 

**Wah boleh naik flight lagi ek? He he he... tetiba terfikir nak intai2 available package from the airlines...he he he... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wlupn sy lelaki..kena thu jugak ni =) in.shaa.Allah boleh dipraktikkan..kalau isteri sy, better duk rumah je kot he3..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. baru tahu. hehe thanks sharing :)

    ReplyDelete
  3. Sy xnk amik risiko... Sbb tu tlak je kursu yg dianjurkn di Langkwi bru2 ni... Sebab naik flight pun amt memenat bg ibu prgnant..tmbh2 yg de sejarah gugur..elakkan lah dr naik flight..

    ReplyDelete
  4. tips & info menarik ni fara !

    ReplyDelete
  5. oooo baru tahu.. thanks sharing kak ...

    ReplyDelete
  6. oo..info yg bagus ni..jemput cuci mata di sini..;)
    https://www.facebook.com/pages/Imaniiwani-kids-shop/1402985853249831

    ReplyDelete
  7. info yg menarik..hehe
    jom cuci mata di sini..
    https://www.facebook.com/pages/Imaniiwani-kids-shop/1402985853249831

    ReplyDelete
  8. masa preggy anak pertama, saya naik flight masa kandungan 4 bulan.sekrang ni tengah preggykan anak ke-2..ingat nak blk sabah tp kandungan dh nk msk 8 bulan.x berani nak ambil risiko.takut baby pra-matured.

    ReplyDelete
  9. better jangan naik kan. takut jadi apa2 nanti

    ReplyDelete
  10. tak pernah naik flight masa pregnant.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !