Membazir???

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Selamat berpuasa yang pertama today peeps! Pagi tadi sahur apa uols? Cik Puan Bubbly bersahur dengan juadah yang sesimple boleh... Sahur2 ni x lalu nak makan banyak2 sangat.... Makanya, pagi tadi bersahur dengan lasagna, fresh orange dan air suam sahaja.... Hu hu hu, nak makan nasi memang x boleh lah kan? Allergic lagi... Haih.... entah bilalah allergic nasi ni nak hilang...wakakakakakaka...rindu nak makan nasi wo.... tapi apakan daya, perut tak boleh nak menerima dan proses.... 

Bulan2 puasa ni, memang sinonim jugak dengan kata asas "bazir"... 

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia, antaranya:

1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan
Iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran Amalan
Iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.

3. Pembaziran Kekayaan
Iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.

4. Pembaziran Hati
Iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran Tubuh Badan
Iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran Cinta
Iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah SWT atau melebihi cinta kepadaNya.

7. Pembaziran Masa
Iaitu membazir jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.

8. Pembaziran Akal
Iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Pembaziran Zikir
Iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Dalam sedar x sedar, mungkin kita semua ni terlibat sama dalam pembaziran2 yang dinyatakan di atas kan? Jom kita sama2 muhasabah diri... 

Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang2 yang membazir itu adalah saudara2 syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya".

*Lagi satu uols, jangan gi bazar Ramadhan cam nak borong jer satu bazar Ramadhan tu... nanti x habis makan membazir jer.... ekekekeke...sayang makanan tu dan sayang duit yang telah dibelanjakan untuk beli makanan tu...bukan murah pulak tu.... hu hu hu... takut2 lastnya ke tong sampah.... Masak pun sama, kalau masak juadah berbuka puasa tu, x payahlah sampai tak cukup2 meja....jangan ikut nafsu sangat... nanti x habis makan pun membazir namanya... *_^.... Memanglah Ramadhan setahun sekali...tapi janganlah amalkan pembaziran ek? Sikit2 sudah.... 

Reference and Source: HERE

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wowowowow...nape tak ley mkn nasi??diet ke?

    ReplyDelete
  2. As salam akak.. Selamat berpuasa
    Alhamdulillah..saya cuba elakkan diri daripada sikap suka membazir. jarang sgt pergi bazar ramadan sbb lebih suka berbuka puasa dgn masakan emak je

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum farah...betul tu jgn membazir itu semua amalan syaitankan..;)

    ReplyDelete
  4. tak payah membazir...ikut cam akak..tiap2 tahun tak pernah tukar langsir hihihi

    ReplyDelete
  5. salam ramadan & selamat berpuasa..:)

    ReplyDelete
  6. Save money utk raya :D Sedihnya kita jauh kak, kalau boleh kan vee nak visit semua rakan blogger masa raya aidilfitri. Sedihnya sbb jauh :((

    ReplyDelete
  7. tu lah..s alah konsep.. bila puasa borong byk2.. sbnrnya bulan puasa nk ajar kita hidup sederhana dlm segala sudut.. iaitu lebihkan akhirat dan lupkan dunia... :)

    ReplyDelete
  8. X leh mkn nasi sbb baby ke sbb mommy ni? Huhuhu...x per la...dh abih Simptom2 tu boleh la terima nasi tu nanti...kan?

    ReplyDelete
  9. jgn risau k.el sekeluarga bkn hantu bazar...sebulan puasa tu 1kali je kut pernah..tu pun en. hb yg pergi beli..k.el lebih suka masak dirumah even kuih2 pun msk sendiri..sbb jiran ramai..jiran suka bagi..so adatlah kita membalas..lau beli mahal satu hal..skit pulak tu..so bila masak byk boleh sedekah kt masjjid ngan jiran betul x kwn2 haha
    slmt berpuasa fara

    ReplyDelete
  10. 1 ramadhan dah ari ni !

    ReplyDelete
  11. semoga kita bukan di kalangan owg yg membazir..=)

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan....semoga Farah sihat first puasa with baby.....

    ReplyDelete
  13. hehe,...nampaknya sejak 2 hari pose ni...belum lagi okje membazir semuanya habis kecuali pagi tadi seketul donat kena buang!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !