La Tahzan ~ Rezeki ...

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Something nice to be shared... Something nice to read on... Shared by the frumpy babe of mine Aisya in FB! *_^ 

"Kau x kerja lagi? Kau grad setahun awal dari aku kan???"

"Belajar tinggi2, pakai kereta sama je macam aku yang belajar setakat sijil ni..."

"Gaji besar tapi aku lagi mewah...apa la kau ni..."

"Kau ni bila nak kahwin? Tengok aku dah masuk anak kedua. Kita sebaya kan???"

"Aku kahwin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. Kau x nak anak ke???"

****************************************************************************

Biasa x dengar ayat2 di atas peeps? Mengapa kita bertanya soalan2 sebegitu? Adakah si penjawab tahu apa akan terjadi dalam hidup dia? Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku kepada si penjawab? 

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit, maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik2nya meneruskan pelajaran, maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

*****************************************************************************

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana. Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya. 

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah, mungkin kita tidak bergaji besar, tapi kita mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih. Mungkin kita berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kita, tapi mungkin kereta kita tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka. Mungkin kita lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubungan kita dengan jodoh kita itu lebih panjang. Mungkin kita lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anak kita itu lebih membawa kegembiraan 1 hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kita di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kita di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing2. 

Semasa kita dilontarkan soalan2 macam ni atau semasa jiwa kita sendiri yang bertanyakannya, pejamlah mata kita...tarik dan hembus nafas perlahan2 sehingga kita beroleh khusyuk lalu sebutlah Allah...Allah... In Shaa Allah, kita akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapan kita, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambaNya.

Credit: Hamba Allah

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setujuuu,hehe..jom baca sini:
    http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/07/i-got-cirit-birit.html

    ReplyDelete
  2. Allah tahu yg terbaik untuk hmbaNya...

    ReplyDelete
  3. sometimes blh naik hangin kalo asyik kena tanya soalan camtu hehe

    ReplyDelete
  4. Saya suka entri akak ni. Reminds me to the current situation happened in my life. Bila fikir balik, Alhamdulillah kerana saya sentiasa didik utk sentiasa berfikiran positive

    ReplyDelete
  5. Betol tu farah...kalau Allah izinkan itu hak kita...insyaAllah...kita pasti memperolehnya :)

    ReplyDelete
  6. yakin pada rezki yang akan Allah berikan...hanya Allah yg tahu aper yg terbaik buat kita..

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn k.frh..semua tue ketentuan dari Allah S.W.T..
    Dia pasti dh ttpkan yg terbaik utk kita semua..cuma kta jer jgn cpt putus asa dh sentiasa berdoa kpdnya..
    take care k.farah..:p

    ReplyDelete
  8. soalan2 tu semua menyakitkan hati..Asyik pun tgh dlm dilema tau..kdg2 malas nak jumpa sedara or kwn2 sbb akan tnya soalan mcm tu lah..stress..bkn kita sengaja kan..huhu

    ReplyDelete
  9. Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. rezeki yang Allah SWT telah tentukan, siapa kita untuk menyoal begitu?

    ReplyDelete
  11. Rezeki allah yg tentukan..sama mcm akak..org duk sibuk ckp..bekas laki ko dh kawen dh ada anak2 dh..ko ni sampai bila nk menjanda..haaa..itu je soklan yg selalu akak dpt..sibuk betul.. kadang2 nyampah..tp fikir balik ..xde pekdah pun nk amik hati...

    ReplyDelete
  12. yer..sering juga di ajukan soalan yg tak keje tu..haha..

    tapi Allah lebih tahu apa yang kita buat..:)

    ReplyDelete
  13. apa yg Farah tulis dalam entri ini memang pernah dan senag dilalui teman sekarang ni.. namun teman setuju ayat "Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kita di satu bahagian" maka teman redha.. n percaya ada hikmah disebaliknya.. syukur ..

    ReplyDelete
  14. Haruslah sedih kalau org cakap gitu...tp nak buat camne sabau aje le

    ReplyDelete
  15. selalu kena marah bila komen kat kawan baru kawen...pastu kita suruh dia cepat2 pregnant..hahha

    ReplyDelete
  16. setuju ...kita tak tahu disebaliknya....

    ReplyDelete
  17. Allah yg beri rezeki, ada hikmahnya kenapa rezeki kita lain2.. mungkin ada yg lebih baik menanti :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !