Home » , , , , , , » Kejutan Di Tengah2 Malam atau Pagi?

Kejutan Di Tengah2 Malam atau Pagi?

Source Extracted from Google
Huarghhhhh! Yawning... masih dalam mood kemengantukkan akibat tidur yang tidak berapa lena malam semalam..erkss... eh pagi tadi... Hu hu hu.... Lebih kurang dalam pukul 2.31 a.m. pagi tadi, di kala semua orang sedang lena dan asyik tidur, menikmati keindahan malam dan diselimuti selimut serta bertemankan bantal dan katil yang comfy.... Cik Puan Bubbly terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi ketukan pintu ibarat macam nak roboh pintu tu dikerjakan oleh jiran Cik Puan Bubbly di sebelah kiri rumah.... Hu hu hu.... Mungkin isterinya dah tidur lena bersama 2 orang anak kecil mereka... Dan si suami ni bukan saja mengetuk pintu rumah macam nak pecah (itu tandanya sangat kuat....) tetapi juga membuat bunyi bising yang teramat.... Hurmmm.... Bukan kali pertama terjadi incident macam ni... tapi pernah terjadi beberapa kali dulu...

Di dalam hati, terfikir sejenak.... ermm...kenapa x bawa kunci spare? ataupun telefon isterinya? Instead of buat bunyi bising yang mendatangkan gangguan kepada jiran sekeliling? Kesian jiran2 lain di kiri kanan serta yang lain berhampiran yang mungkin sedang tidur nyenyak dan terjaga akibat bunyi bising itu.... Dan tekaan saya mungkin tepat bila saya tengok melalui tingkap...jiran depan rumah dah buka lampu dan memandang dari bilik masing2.... dan jiran di sebelah kiri beliau juga telah keluar dari rumah untuk melihat sekiranya ada apa2 yang berlaku.... Ye lah, risaulah jugak kan...kalau ada apa2 yang berlaku...

For me, it's all back to the common sense.... betul tak? Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita.Bukanlah nak mengadu domba pasal jiran saya ni, cuma saya rasa, perkara ni boleh diperbaiki dan dielakkan daripada berlaku lagi di masa akan datang...hu hu hu.... Dalam Islam sendiri dah dituntut supaya seseorang itu hendaklah sentiasa sabar dengan kerenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya.

Just that, hidup bermasyarakat ni, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita selain dari keluarga kita, dan hormat menghormati sesama jiran itu memang perlu. Sebab kita ni semua hidup dalam komuniti bukannya hidup sorang2. Bila sakit pening atau kita dalam kesusahan di rumah, siapa lagi yang paling dekat yang nak diharapkan kalau x jiran tetangga yang ada sekiranya x ada sesiapa di rumah ketika kejadian2 itu berlaku? 

Macam insiden tadi ni, sekali dua mungkin la kita rasa biasa jer...Tapi bila dah kerap sangat berlaku? Selesa ke? 

Apa pun dalam mengharungi serta menjalani kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita dan menjaga adab berjiran adalah satu kemestian dan amat2 dituntut di dalam Islam.

*Hopefully next time, si suami tu bawalah kunci spare or duplicate. Kalau si isteri dah tidur mati pun, still boleh masuk jugak or else, no choice dari mengganggu jiran... kalau saya, I'd rather sleep in the car... Hu hu hu.... 
Terimakasih telah membaca artikel Kejutan Di Tengah2 Malam atau Pagi? . Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

18 komentar:

  1. bukan setakat menyusahkan isteri, tapi mengganggu ketenteraman org awam. adoiii sabar jelah kan

    ReplyDelete
  2. sabo je lah klu jiran mcm ni..tpi jiran kt kawasan umh zara ..alhmdullilh..=)

    ReplyDelete
  3. Hari nie dia amik sick leave farah.penat katanya..hehe

    ReplyDelete
  4. Hantar jer surat layang akak mintak dia buat kunci spare tue..jiran mcmne kena tegur..kalau tak depa tak sedar yang perbuatan depa tue dah mengganggu ketenteraman orang..apapun sabar jer la kak..hehehe ;p

    ReplyDelete
  5. Kena halau dari rumah kot, tu yang terpaksa ketuk mintu nak masuk. Haha.. Isteri pulak terpaksa je bagi masuk, sbb semua orang dah bgn. Hihi.

    ReplyDelete
  6. kena saling menghormati jiran tetangga..:)

    ReplyDelete
  7. eya.. Lai setuju.. hormatilah jiran anda... hehehe ..

    ReplyDelete
  8. kenapa lah dia x bawa kunci spare

    ReplyDelete
  9. betol tu...hihi...pelik juga tak bawa kunci memang nak mengacau orang tidur...hihi

    ReplyDelete
  10. ha sama la mcm jiran bawah bk.dah la ada baby kecik lepas 2 ketok pintu kuat2

    ReplyDelete
  11. huhu memang mengganggu ketenteraman jiran mcm gitu

    ReplyDelete
  12. entahnya.. bawa lah kunci spare dan call bini tu.. pelik betul

    ReplyDelete
  13. kalau dh selalu mengetuk pintu pg2 tu mmg kira menganggu la tu...apa slhnya bwk kunci spare kalau dh tahu nak balik lewat..huhu jiran2

    ReplyDelete
  14. hehe biasa la tu...ada je yg jenis malas nak bawak kunci ni....

    ReplyDelete
  15. hmm.. pernah hidup dikejiranan mcm gtu., skrg dh pindah, aman dunia...

    ReplyDelete
  16. Farah hubby Okje pernah tidur luar gara gara tak bawak kunci hehe...
    tapi ni bukan bergaduh dan saja tak bukak pintu hehe...no no..no... syurga dibawak tapak kaki suami hehe

    ReplyDelete
  17. jiran begini menyebabkan kita terlalu prihatin dengan sikapnya...kawasan kejiranan akak macam-macam benda berlaku...sabar jer ler....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.