Kedekut VS Jimat!

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Kedekut dan jimat tu adalah 2 perkataan yang berbeza ejaan dan juga berbeza makna... ekekeke...itu semua orang pun tau kan? *_^..Kedekut dan jimat juga berbeza kesesuaiannya mengikut keadaan seseorang itu... 

Ada orang yang just makan sekali sehari, sedangkan dia mampu makan 2 atau 3 x sehari. Dan fitrahnya, dia memerlukan makan 2 atau 3 x sehari. Apabila ditanya, kenapa tidak makan, dia menjawab... "Nak jimat!"... ^_^... Macam2 jawapan yang boleh keluar dari mulut seseorang manusia itu... Tapi pada hakikatnya, hanya dia yang tahu apa disebalik kisah makan sekali sehari dan makan 2 -3 x sehari itu... 

Berkemungkinan dia makan sekali sehari kerana dia memang betul2 berjimat kerana duit perbelanjaan yang ada walaupun memampukan dia untuk makan 2-3 x sehari, perlu digunakan ke arah lain yang lebih mempunyai kepentingan dan keperluan yang lebih tinggi dalam hidupnya... contohnya... dari dia makan berlebih-lebihan sedangkan makan sekali pun dah cukup, pada fikirannya adalah lebih baik dia makan sekali sehari dan duit untuk makan kali ke-2 atau kali ke-3 itu diberikan kepada anak-anaknya sebagai duit belanja sekolah? atau digunakan untuk memberi barang keperluan rumah yang lain? 

Dan berkemungkinan juga, duit seseorang itu terlebih cukup, tapi sanggup ikat perut sebab dia kedekut...takut duit habis! muahahahaa.... Sebab tu, saya kata, hanya orang tu saja yang tau apa sebabnya... 

Dalam Islam sendiri umatnya dididik supaya menjadi satu umat yang berjimat cermat. Membazirkan amalan syaitannnn... 

Kedekut adalah bilamana seseorang itu enggan mengeluarkan harta yang patut untuk kegunaan dan keperluan diri. Maksudnya, jika setiap hari seseorang itu memerlukan RM10.00 untuk keperluan dirinya, sebagai contoh, tetapi dia hanya membelanjakan RM 3.00 sahaja, sedangkan dia memiliki RM 15.00, maka itu dikira kedekut. Lain ceritanya jika dia hanya memiliki RM 3.00. Kesimpulannya, kedekut adalah enggan mengeluarkan harta pada kadar yang sepatutnya diperlukan.

Bila ada di kalangan manusia yang sebegini (pada mereka jimatlah kan) tapi sebenarnya salah guna konsep jimat. Mereka mengurangkan benda2 yang boleh dianggap penting dan juga keperluan asas. Contoh paling senang once again, adalah makanan. Occay, let say someone tu x makan nasi. Ermmm, if kita perempuan ni nak diet kurang nasi. Kalau student pula kurang nasi sebab nak jimat. Tapi ni langsung x sentuh nasi. Dalam seminggu nak nampak sekali pun dia makan nasi susah... Boleh imagine orang macam ni? (lain case orang yang alahan mengandung macam akak hari tu ek...wakakakaka...nakkkk jugakkkk....)

Nasi macam yang kita semua tau, makanan ruji orang Malaysia. Ini dia x sentuh langsung. Kalau sehari makan sekali, oklah. Orang ni memilih makan Maggi. Seperti yang kita tau, Maggi dalam kategori makanan segera dan banyak dah cerita Maggi ni mengandungi bahan2 yang boleh merosakkan tubuh. Antara penyakit yang boleh kita dapat andai berterusan makan makanan segera ialah strok, leukimia, serangan jantung. Janganlah menzalimi diri sendiri...hu hu hu...

Dengan macam2 penyakit yang mungkin timbul, jimat tu ada tang mana? Ada ke cakap kat mana2 yang kita perlu berjimat sampai ikat perut cam tu sekali sedangkan kita berkemampuan? Pada saya, tak... Jimat itu adalah membelanjakan harta pada kadar yang sepatutnya, pada tempat yang sepatutnya, pada waktu yang sepatutnya, oleh individu yang sepatutnya. Maksudnya, kalau kita memerlukan RM 10.00 sehari dan kita membelanjakan RM 10.00 itulah berjimat namanya. Kalau kita perlu makan nasi, dan kita membeli nasi, itulah jimat namanya. Kalau kita memerlukan nasi yang berharga RM 3.50 untuk sekali kenyang, kemudian kita beli makanan segera yang berharga RM 9.90, tetapi tak juga kenyang, itu boros namanya...hu hu hu... Kalau kita membeli makanan berlebih-lebihan itu membazir namanya. Kalau kita x membeli langsung hanya minum air kosong, itu kedekut... 

Berjimat bukan bererti mengongkong atau melawan fitrah, tetapi hanya sekadar mengawal diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu. 

*Jangan biarkan tangan kita terbelenggu di leher kita dan janganlah kita terlalu membukanya... berbelanjalah secara berhemah dan bersederhana... *_^ 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sy bab makan memang x reti nak kedekut dan jimat.. Hehe... Tapi bab lain mmg jimat... Jika ada yg murah dan berkualiti knp byr lebih kan... Heee

    ReplyDelete
  2. yuppp...tepat sekali...duit kdg2 mengalir mcm air...tau2 abis...

    ReplyDelete
  3. ada jugak yang mampu kak...bukan takat jimat jer tapi dah kedekut yang amat..nak makan sendiri pon berkira..geram plak rasa..

    ReplyDelete
  4. Orang yang kedekut tak semestinya berjimat, orang yang berjimat pulak tak semestinya kedekut.

    ReplyDelete
  5. yaya kalau untuk barang sendiri memang tak kedekut la..cuma kalau dah ada tu kene la jimat kan..tapi ada sesetangah orag, barang untuk diri mereka pun minta orang belikan..haish..sekali dua takpe..ni selalu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. heee sheila kategori orang yangg berjimat. hehehhehehe kadang2 terkandas gak ;p

    ReplyDelete
  7. mama bab berjimat no 1, yer lah.. banyak yang nak didahulukan.. hihi
    bukan kedekut tau..

    ReplyDelete
  8. hanya diri sendiri tahu mereka berjimat atau kedekut terhadap diri mereka sendiri...hahahahahaha!!!

    ReplyDelete
  9. emm susah nak kata jimat n kedekut ni...asalkan x susahkan org lain sudah la kan??

    ReplyDelete
  10. kalu bab mkn sy susah nk berjimat..tapi en.hubby kita boleh..haha..

    ReplyDelete
  11. kenalah kedekut baru boleh berjimat hihihi

    ReplyDelete
  12. sukanya saya baca entri akak ni.. memang banyak bezanya antara kedekut dengan jimat kak..tapi yang penting jimat bertempat kedekut pun kena pada tempatnya

    ReplyDelete
  13. semuanyer terbaik best2

    ReplyDelete
  14. Akak diva bab mkn mmg x reti nk kedekut...apa teringin mkn je...esok2 dh terbaring x dpt mkn...mkn bubur je..x ke haru....nk kedekut kat benda lain x pe...

    ReplyDelete
  15. kalau kita tak berjimat macam mana nak beli apa yang nak kita beli....

    ReplyDelete
  16. Kadang tu OKje datang jugak kedekutnya bila bab makan ni.... bukan
    kedekut macamana.... rasa kalau makan biasa biasa pun kenyang jugak nak buat apa keluarkan duit lebih utk makan yang mahal2 gitu...Eh relevan ke tidak dengan entri? hehe belasah ajelah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !