Jangan Lupa Zakat Fitrah... *_^

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Disebabkan musim2 raya nak menjelma kembali ni kan? Kita cerita pasal zakat fitrah occay? ^_^... Selalu duk sebut2 pasal zakat fitran especially time2 nak dekat raya...just to freshen up some memories dan juga knowledge... X salah kalau kita sama2 beringat kan? Walaupun masih ada beberapa minggu lagi nak raya? (semangat berkobar2 pula nak raya...wakakakakaka....)

APA ITU ZAKAT FITRAH?

Zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Fitrah (Aidilfitri). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.

HUKUM ZAKAT FITRAH? 

Wajib occay uols!!! It's a no no to skip.

HIKMAH DIWAJIBKAN ZAKAT FITRAH?

1. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu' Abbas RA.

2. Sebagai bantuan untuk orang miskin; iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar mereka dapat bersama2 bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari raya. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu' Umar.

SIAPA YANG WAJIB BAYAR ZAKAT FITRAH?

Wajib ke atas semua individu sama ada lelaki atau wanita, kecil atau dewasa. Bagi orang yang belum mempunyai sebarang tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya sendiri. Bagi orang yang telah mempunyai tanggungan, dia wajib menyempurnakan zakat fitrah bagi dirinya sendiri dan juga orang2 yang berada di bawah tanggungan nafkahnya, merangkumi:

1. Isteri
2. Asal-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek, hingga berikutnya ke atas)
3. Zuriatnya
4. Hamba yang dimiliki.

KALAU SESEORANG ITU ADA BANYAK TANGGUNGAN DAN TAK MAMPU NAK BAYAR ZAKAT UNTUK SEMUA2 SEKALI? 

Bayar zakat untuk diri sendiri, dan sebahagian tanggungan mengikut keutamaan di bawah:

1. Isterinya
2. Anaknya yang kecil
3. Bapanya
4. Ibunya
5. Anaknya yang telah dewasa

WAKTU / TIME FRAME KENA BAYAR ZAKAT FITRAH?
 
1. Waktu Wajib: Akhir Ramadhan sehingga terbit matahari.
2. Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
3. Waktu Makruh: Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal
4. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal. Ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada'. Sekiranya masih dilengahkan maka akan bertambah dosanya.

So, jangan lupa uols bayar zakat fitrah bagi sesiapa yang bertanggungjawab dan diwajibkan bayar zakat fitrah...*_^

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Baru jer citer td kan? ? Insyaallah akak dh biada bayar sendiri..dh 8 tahun dh pun...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, t.kasih menggatkan ..ada yg lupa tu , pcl biasanya bayar sehari sebelum raya.

    ReplyDelete
  3. selamat membayar zakat fitrah sis.. heheh

    ReplyDelete
  4. insyallah..xkan lupa tentang zakat nie,,

    ReplyDelete
  5. selamat membayar zakat .. hihi
    nice sharing... :)

    ReplyDelete
  6. betul tu.. jangan lupa bayar zakat.. :)

    ReplyDelete
  7. hihi...mesti ingat nie farah..wajib tau bayar zakat :)

    ReplyDelete
  8. selamat berzakat,,,xpernah bayar zakat,,,sbb dl ayahda yg bayar,,,sekarang hubby pulak,,

    ReplyDelete
  9. Thanks 4 sharing k.farah..Alhamdulillah setiap tahun husband tak pernah lagi lalai menunaikan tanggungjawab dia..;)

    ReplyDelete
  10. in Shaa ALlah x lupa farah !

    ReplyDelete
  11. in sha Allah,,xkan lupe pade yang memerlukan :)jomlah singgah blog kite edashuid.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  12. insha Allah.. x pernah lupa bab tu.. terima kasih mengingatkan... :)

    ReplyDelete
  13. wajib kita membayar zakat fitrah ni..

    ReplyDelete
  14. Alhmdullilh..setakt ni mr Z..tak pernah lupa lagi..time kcih ye tentang ilmu ni..=)

    ReplyDelete
  15. Tak pernah bayar sejak hidup! hehe...masa anak dara dulu abah je yg bayau!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !