Hidup Ni Jangan Jadi Hamba Duit!!!

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Sememangnya tidak dapat dinafikan duit tu perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup, tapi hidup ni janganlah sampai jadi hamba duit! Ada orang sanggup melupakan kehidupan peribadi, keluarga tersayang semata2 kerana duit. Ada orang sanggup buang semua dalam hidup semata2 kerana duit, sampaikan kadang2 tu saya tengok dah macam bertuhankan duit pun ada! Aduyaiii...manusia2...semakin alpa dan lupa akan sentimen2 yang nampak ringan tapi sangat berharga dalam hidup... 

Duit diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup, dalam zaman sekarang ni, majoriti manusia bila mana tanpa duit, hidup jadi haru biru, pegangan pun akan goyah dan kewarasan akal fikiran pun boleh hilang. Keadaan ini memang wujud dan berlaku dalam masyarakat kita. Boleh ke situation ni didefinisikan sebagai hamba duit? Boleh jadi ya dan boleh jadi tak...terpulang pada seseorang individu itu.

Kita hamba Allah SWT yang Maha Esa...Rezeki semua datang daripada Allah SWT. Secara fizikal secara luaran kita cakap jangan jadi hamba duit, tapi dalam hati tak siapa yang tau betul tak? Tanpa duit, kita semua nak makan apa? Pasir? Lagi2 dalam zaman sekarang ni, barang semua dah jadi mahal, minyak naik, gula naik, beras naik dan segala2nya naiklah...Bak kata orang nak survive... Kadang2 bukannya orang yang kurang berada atau berduit yang buat jenayah macam rasuah dan penyelewengan sebenarnya. Orang2 berada atau berduit pun sama aje... 2x5...Kenapa? Sebab adanya sifat tamak dalam diri.

Kalau bukan sebab duit juga, tak adanya immigrant2 nak datang kerja kat Malaysia ni. Bekerja kat tengah2 panas kat construction site. Semua tu sebab nak dapatkan duit yang halal buat sara keluarga. Orang Malaysia nak ke kerja kat bawah matahari terik ni? Ada tu memang ada, tapi bilangannya boleh dikatakan minoriti la kot? Majoriti semua dok pakat pilih kerja... Nak kerja dalam aircond, gaji x kurang dari 4 angka. Nak ada itu, nak ada ini...Kadang2 tak setanding dengan kelulusan yang ada pun....

Banyak perkara yang jadi dalam zaman sekarang ni, sebab keadaan hidup yang terdesak. Tak cukup duit. So sebab tu la semua duk berlumba2 cari duit. Cari duit banyak2 bukan bermaksud jadi hamba duit, bertuhankan duit. Allah SWT dah suruh dalam Al-Quran, ayat mana surah apa, x berapa nak ingat, tapi bunyinya lebih kurang cam ni la... "berusaha cari keredhaan Allah SWT untuk ke syurga, tapi habuan dunia jangan dilupa". Kita memang perlukan duit dalam hidup, semua perkara perlukan duit, tapi, janganlah sampai kita jadi hamba duit dan sampai lupa akhirat. Lagipun, hidup jadi hamba duit ni, nampak ajer macam menyeronokkan, tapi yang merasai lebih tau kot? Cam mana jadi hamba duit ni, sebenarnya lagi pecah otak memikirkan dari satu perkara ke satu perkara.

Manusia, hebatkan dunia sekarang, manusia berhambakan duit, kerana duit sanggup membunuh, kerana duit sanggup menipu. Begitulah penangan duit. Padahal duit bukan boleh bawa mati pun. Kalau tak kerana duit manusia takkan jadi tamak. Kalau tak kerana duit pemimpin akan berlaku adil. Kalau tak kerana duit semua orang takkan hidup dalam berhutang. 

Bak kata lagu M.Nasir...

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil bhat
Ada yang paggil rupiah
Semua ini duit, bikin orang belit 

Duit! Duit! Di mana kau duit
Duit! Duit! Hutangku membukit

Ada yang benci duit, ada yang cinta duit (bikin perut buncit)
Skandal sana sini, punca duit
Cari duit halal, agar jangan kesal

Duit! Duit beli duit
Duit! Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah, Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

Begitu jelas. Begitu terang maksudnya. Begitulah perihal duit. Nasihat yang berguna pada rangkap terakhir lagu tersebut. "Jangan jadi HAMBA duit, nanti musnah diri sendiri. 

DUIT ADALAH ALAT UNTUK HIDUP, BUKAN MATLAMAT HIDUP
BANYAKKAN BERSYUKUR DAN BERSEDEKAH, IN SHAA ALLAH, ALLAH PERMUDAHKAN KEHIDUPAN KITA -- #READ SOMEWHERE 

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. jangan terlalu jadi hamba duit ye...hehehe

    ReplyDelete
  2. Duit juga blh jadi dugaan utk kita.. biar tak kaya harta, asalkan kaya jiwa dan iman..

    ReplyDelete
  3. rezeki ada di mana-mana.. Rezeki tu Allah yang bagi.. :D

    ReplyDelete
  4. ye betul tu..terkadang kita pun lupa dan leka dengan harta dunia..
    duit kalau dicari takkan habis..tak sampai kemana pun nak bawa..nanti kita tinggalkan jugak..
    supaya kita tak lalai..

    ReplyDelete
  5. Kita la kena sentiasa beringat k.farah..jgn sampai jadi hamba duit..
    duit tak boleh bawak mati pun.. kena seimbang antara keperluan duniawi dan akhirat nanti.. ;p

    ReplyDelete
  6. Syukur dgn apa yg diperoleh..guna rezki tu untuk ke jln yg lebih baik..insyaALLAH..=)..Semoga kta semua tak jadi hamba duit..=)

    ReplyDelete
  7. semua itu betul..tp semuanya bersebab..xnk jd hamba duit tp terpaksa korban masa dgn fmly utk mcari rezeki lain juga..masalah setiap org kan x sama..

    ReplyDelete
  8. Betul..tp lain kisahnya kalau kita berusaha sendiri untuk maju dan mengukuhkan kewangan kita kan? Ada yg sggup jd gro semata2 jd hamba duit...keldai dadah..kan? Yg penting ikut landasan yg betul...

    ReplyDelete
  9. fasal duit adik beradik bergaduh....

    ReplyDelete
  10. setuju sgt2 dik ;)

    hidup kalau bergantung dgn wang entah kemana .. hayal duniawi semata .. minta dijauhkan

    ReplyDelete
  11. pernah juga kejar2 duit..tp mcm air jer dia pergi kan?mm lain kali nak beringatlah...yg xselamanya kita akan bertongkatkan dunia

    ReplyDelete
  12. huwaaa fae perlukan $ to buy a new laptop huwaaa

    hahaha semua benda perlukan $

    ReplyDelete
  13. terbayahg hattan ngah nyanyinlagu duit duit...

    ReplyDelete
  14. zaman sekarang mmg semu a berlumba2 carik duit utk hidup luxury....tapi adakalanya kalau terlalu taksub mencari duit kita menjadi hilang dan kekurangan nilai2 kekeluargaan dan kasih sayang... huhuhu..minta di jauhkan dari semua itu dan mahu happy dengna keluarga di samping menerima rezeki dariNYA seadanya..

    ReplyDelete
  15. duit skung nie dh jd pengerak segala perkara...fizi setuju dgn entry ini..

    ReplyDelete
  16. betul tu even x nafikan dlm hidup skang ni duit itu mmg perlu !

    ReplyDelete
  17. Tapi kebahagiaan tidak boleh dijual beli dengan duit.

    ReplyDelete
  18. Jangan jadi hamba duit. Duit banyak pun boleh buat orang bergaduh.. duit tak ada pun sama jugak. jadi, gunalah secara berkhemah dan bersyukur dengan apa yang kita ada..

    ReplyDelete
  19. Duit tu perlu...tapi jangan jadi hamba duit...tapi secara halusnya mmg kita dah jadi hamba duitkan ...

    Kadang tu sian tgk hubby yg kerja sampai malam hanya kerana nak gaji hujung bulan siannya

    ReplyDelete
  20. woo..betul2 xsangka dgn entri ni..makin byk dh yg jdi hamba duit ni..

    ReplyDelete
  21. kita tak perlukan duit kalau dunia ni tak mengamalkan sistem yg kaya semakin kaya yg miskin semakin miskin....tapi oleh kerana dunia ni "mereka" yg punya, kita kenalah cari duit....takde duit nak online internet pon tak dapat....

    ReplyDelete
  22. Setuju...memg kite perlukan duit tp jgn krn duit kite sgup wat ape sj smp membelakangkan agama

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !