Getting Ready/Prepared #1: Delivery Packages

Farah Waheda Wahid
16
Bila dah nak masuk ke minggu yang ke 20 ni, precisely 19 weeks 4 days... macam2 perkara yang dah mula muncul dalam kotak pemikiran saya... And sebenarnya, delivery packages ni saya dah survey seawal lebih kurang 2 months ago dan perbincangan dari hati ke hati telahpun dilaksanakan... (ahakss, x menghingat perbincangan dari hati ke hati...)...Yup... haruslahkan? Berbincang dari segi costing... Dalam kes dan hal delivery saya, frankly informing to uols yang my company do not cover for any maternity cost... So, kena pandai2 berkayuh sendiri yer uols... Dalam erti kata yang lain, sila sediakan duit di dalam bank dan pocket yang mencukupi untuk segala costing for baby... dari delivery dan segala2nya...

For delivery sebenarnya x adalah susah sangat nak buat comparison in terms of places and costing, sebab ramai kawan2 and colleague serta bosses yang rajin sangat memberi pendapat serta pandangan mereka kepada saya dan apa saja pendapat dan pandangan yang diterima ni, kemudian dibincangkan bersama dengan betterhalf. Anak pun sama2 kan? So kenalah sama2 merancang dan berbincang...takkan nak ikut kepala sendiri jer kan? Or one way communication...sorang bercakap, sorang lagi macam dengar x dengar...he he he... Nama pun tanggungjawab bersama... *_^

Pemilihan tempat dan juga package telahpun di-decide oleh kami. Dan tempat yang kami pilih ni adalah berdasarkan reputation dan juga facilities yang disediakan. Dalam masa yang sama, one of the doctor in my office memang refer dan recommend saya pada gynae yang merupakan Medical Director that place dan juga ex-classmate dia dulu masa belajar Medic dulu, his best friend. Faktor jarak dan masa travelling pun iya juga, x terlalu dekat, dan x terlalu jauh. Yang sedang2 aje. Enough time untuk sampai dari rumah ke medical centre masa sedang sakit nak bersalin (errm... ni pun penting juga...kalau terlalu jauh karang terberanak dalam kereta pula...hi hi hi... choiii... minta2 dijauhkanlah... In Shaa Allah, doa2 semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah).

Delivery package yang disediakan oleh medical centre ni merangkumi delivery procedures, ward rounds, paeditrician services including newborn screening, injections for BCG + VIT K + HEPATITIS B (first dose only), nursery charges and routine discharge medication (kalau caesar package akan plus dengan medication - pain killer/antibiotics/laxatives dan juga LSCS - excluding additional medication/procedures/complications). Dan ini semua adalah package untuk 2 hari 1 malam... Hari ke-3 sila balik rumah yer...wakakakaka.... For normal delivery package bermula dari RM 1,399.00 ++ sehingga RM 1,699.00 ++ dan for LCSC delivery pula package bermula dari RM 3,699.00 sehingga RM 3,999.00. Phewww... hopefully secara normal la... LCSC tu berpeluh2 akak nak keluarkan duit uols...wakakakaka... (semua orang pun harap supaya dapat delivery normal ye tak?)...

Itu cuma untuk delivery package sahaja, tak termasuk optional procedure such as epidural (RM 750.00), antenatal detailed anomaly scan & scan (3d/4d) (RM 180.00), antenatal detailed anomaly scan (RM150.00), circumcision for baby boy (RM 600.00), circumcision for baby girl (RM 50.00), forceps delivery (RM 220.00) and vacuum delivery (RM 280.00)...

Apa2pun, anak tu anugerah dan rezeki Allah SWT, kita terima seadanya dan jangan mengeluh and entry ni pun bukannya bertujuan nak mengeluh (nak kena explain, karang kang ada pulak yang tersalah assumption)...just sharing what the costing looks like and at least to the bride to be and father and mother to be, uols boleh estimates costing and get the picture on delivery costing and charges. This is the place, I mean the medical centre that we chose and pick.. Might be ada tempat lain lagi yang lebih murah charges dia kan? Who knows? Setiap orang ada preference dan pendapat masing2... Dah namanya anak tu anugerah dan rezeki, In Shaa Allah, rezeki junior murah... mummy x adalah pressure sangat pun pasal costing tu, adatlah tu kan bila nak bersalin dan juga ber-anak ni... Have to be prepared and get ready for whatever that coming our way as parents... 

*Just terfikir jer sekarang ni, ahaks... mummy boleh drive x sendiri bila dah sakit nak bersalin tu untuk sampai ke medical centre tu? Manalah tau kot2 abah x available at that point of time sebab ada tuntutan dan tanggungjawab lain... Kalau boleh dan sampai dengan selamat kat medical centre tu... hurmm..mummy rasa memang kena bagi award kat mummy ni... memang betul2 supermummy la mummy junior ni... He he he... Junior pula time tu, jangan nakal2 sangat, bagi mummy sempat sampai ke medical centre dulu... baru la nak keluar kepala ke apa segala bagai yer??? In Shaa Allah, semoga dipermudahkan oleh Allah SWT.... Amin...

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ayat yg last tu x menahan...eh wife kesayangan nak bersalin x kan ur betterhalf xde disisi kan...x patut...x patut....tanggungjwb tu....x kan tgh sakit nk biar adik drive sendiri....

    ReplyDelete
  2. besar jugak costing tu ye farah..mesti hospital swasta tu kan..sbb klu kerajaan tak sampi cost macam tu..harap-harap mommy smpi ke mdical centre tepat pada waktunya..insyallah..semua selamat...

    ReplyDelete
  3. dah rasa debaran dah tu.. hehe... sy pun pikir dah... sebab kali ni bersalin kt KL je.. x blik kg.. hubby jaga sepnuh masa... so, tgh pikir gak.. maybe g kerjaan je lah.. x mmp nk g swasta kot.. huhu... walaupun ada pakej yg murah..sbb sama je kn.. murah klu normal bersalin, klu de mslh cas lain.. huhuu...

    ReplyDelete
  4. fuh! memang bopoluh den dongar kos ribu riban tu hahaha. Kenit tak terfikir plak pasal delivery package ni dulu. Yang Kenit tau kalau dah nak beranak pi spital terus hehehee.

    Apapun, semoga proses kelahiran sis berjalan lancar. Jangan putus mengucap doa tau, itulah 'ubat penenang' kita dalam labor room nanti (^_^)

    ReplyDelete
  5. Semangat je Lia baca tau pasal nak beranak bagai nie.. hehehe... apa pun, Lia doakan semoga akak selamat melahirkan si junior..

    ReplyDelete
  6. pregnant juga ehh..tahniah..bru tahu...sma la kita..just pilih hosptal kerajaan ja..BUt nak bersalin di kg..xtahu la sempat ke tak balik kg..hehe

    ReplyDelete
  7. wah,,,seronoknyeeee..semoga semuanya baik2 ajaa..aminnnn

    ReplyDelete
  8. hospital swasta rupanya..terbeliak sue nengok pakej bersama RMnya sekali..apa pon persediaan segalanya untuk anak jugak

    ReplyDelete
  9. persediaan sangat2 penting kan kak..kewangan, mental, fizikal sume la..
    bestnya akk dah nak ada bby.. :)
    doakan tuk kita jgk ye after mried cpat ada bby.. :)

    ReplyDelete
  10. jgn la nak drive sendiri
    harap ada teman masa nak bersalin nnti

    ReplyDelete
  11. akak deliver kat hospital kerajaan jer....tak mampu ehhh....

    ReplyDelete
  12. bagus. survey awal2 kan. byk guna duit ni. so mmg ptt kena cari dan sedia awal

    ReplyDelete
  13. Pilih tempat yg selesa dan dekat ngan rumah....tapi dulu OKje HUKM je hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !