Friday Thoughts: Jangan Mengharapkan Simpati Orang Dengan Masalah Kita

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Semua manusia memiliki masalah. Setiap masalah pasti adalah berbeza untuk setiap orang dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar dari masalah orang lain.

Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega ketika orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada kenyataannya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati? 
"Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan2 yang menimpa kita. Adalah lebih baik kita mencuba untuk menyelesaikan masalah2 itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah2 tersebut untuk mendapatkan simpati dari orang lain."
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata2 simpati berkali2 hanya untuk berbasa basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat x tau dan tidak ingin menghabiskan waktu untuk bersama2 dengan kita.

Menharapkan simpati.... kita lupa bahawa setiap orang pasti memiliki masalah yang boleh menyakiti perasaannya. Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada berbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan2 tersebut, tanpa berusaha untuk mencari solusi yang positif. Kita juga berpura2 buta terhadap keistimewaan dan nikmat2 yang ada pada diri kita.

Tidak ada manusia yang terhalang dari segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia saja, tetapi juga di akhirat.

Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya. Dan pada saat yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu mengeluh dan menuntut kehidupannya penuh dengan kejenuhan dan ketidakpuasan.

Dari terus membahas hal2 yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulai hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan. 

Selalu merasa optimis dan gantilah kata2 kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuat kita merasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain merasa nyaman dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
"Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa depan yang lebih baik menanti..."
Kehidupan ini adalah perjalanan singkat. Jangan pernah sia2kan hidup untuk sebuah penderitaan yang tiada guna. So be happy peeps! *_^

Credit: HERE

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak suka bercerita mslh dgn org. Diam dan fikir jalan pnyelesaian...

    ReplyDelete
  2. betul tu akak syg..
    kdg2 ada org yang akan ambil kesempatan atas diri kita..kita kene berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. As salam Akak..

    Saya suka baca entri ni. Betul tu, setiap insan akan ada masalah. Jangan kita lihat dia hidup senang tapi takde masalah kerana seperti yg dinyatakn, setiap org masalah berbeza. Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif dan cubalah cari penyelesaian terbaik

    ReplyDelete
  4. sentiasa cuba menjadikan sesuatu masalah itu sebagai satu peluang.. bukan utk meraih simpati semata-mata

    ReplyDelete
  5. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.- Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)

    ReplyDelete
  6. True. Tak salah share masalah tapi jgn mengharapkan simpati. We gotta work on it!

    ReplyDelete
  7. biar kita menjadi pendengar yang berhemah daripada jadi pengumpat yang tak tahu menjaga hati orang....

    ReplyDelete
  8. tak suka mengharapkan simpati orang :( rasa macam kita ni incapable je :(

    ReplyDelete
  9. Benar Farah. Setiap orang ada masalah tersendiri cuma kita sahaja yang seringkali beranggapan hanya kita yang ditimpa masalah dan orang lain sentiasa bahagia. Fikiran begitulah yang menyebabkan kita sering menagih simpati dan melarikan diri drp cuba menyelesaikan masalah yang ada.

    ReplyDelete
  10. Betul tuh dear...stuju dgn entry nih...

    ReplyDelete
  11. setiap org dlm dunia pasti ada masalah, sbb ikan pun ada masalah, ayam pun ada masalah.. tapi cara menyelesaikan tu je yg berbeza. ada irg selesa mengharapkan bantuan org lain, some of them prefer solve sendiri. apa pun masalah kita, let we handle ourself. jgn bebankan org lain andai kita sendiri mampu selesaikannnya.. kan kak farah

    ReplyDelete
  12. kadang2 bercerita bukan utk meminta bersimpati jauh sekali untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah.... hanya menumpang beban derita yg ditanggung! Tak gitu Farah huhu

    ReplyDelete
  13. Berkongsi masalah x salah but harus dengan org yg betul yang kita percaya..tp apa citernya if org yg kita kongsi tu x amanah kan...berkongsi bkn nk simpati..tp lebih kepada meringankan beban fikiran..even x menyelesaikan masalah tp sekurang2nya beban kurang sedikit kan...jgn mcm ada sesetengah org tu...dia x alami...so pandai ckp je la....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !