Friday Thoughts: Cantik Salah! Tak Cantik Pun Salah!

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Salam Jumaat peeps! *_^... Reblog from HERE

"Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..."

Mungkin ungkapan itu pernah uols terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan. Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah.

Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.

Cantik

Muslimah pada zaman moden ini rata2nya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik. Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.

Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.

Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering mendapat godaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall. Tapi apakah itu semua adalah salah mereka? 

Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat? 

Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.

Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurnia Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya. Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik. yang harus dipersalahkan adalah orang2 yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.

Sementara itu, di sebalik dugaan yang melingkari muslimah2 yang cantik, mereka yang tidak cukup menawan wajahnya pula kadangkala terjebak dengan perasaan rendah diri yang teruk. Mereka berasa malu untuk bermasyarakat dan terlibat dengan aktiviti sosial. Selalu merasakan diri banyak kekurangan.

Diri terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan. Kurang cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang lain sehingga diri terasa begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya. 

Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan. 

Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak perlu merasa iri hati terhadap orang lain.

Setiap insan telah ditetapkan rezeki masing2 oleh Allah SWT, dan setiap kurniaan itu mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.

Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? Kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar. Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat. Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, In Shaa Allah segala kegelisahan akan terpadam.

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian" (HR Muslim)

Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedalaman iman kita. Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala amal agar ia lebih sempurna.

Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketaqwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya... 



*Jom kita renung2kan gambar ini... *_^ 

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. susah nk jd perfect nie :)
    x kesah cantik ker x..
    janji puas hati dgn diri sendiri:)

    ReplyDelete
  2. pernah dgr waktu kisah zmn nabi dulu,,ade seorang pemuda ini suka dengan seorang wanita yang cantik ni..wanita tu tanya,,kenapa kau suka aku??aku suka dengan mata kau yang cantik..keesokkan harinya,,wanita itu mengorek biji mata nya dan bagi kat pemuda tsebut....

    ReplyDelete
  3. @shark:

    no one is perfect in this world shark... betul, janji puas hati dengan diri sendiri dan cantik hati tu... kalau muka cantik hati busuk pun x guna, muka suci hati busuk pun x guna, muka x cantik, hati pun busuk lagilah useless....

    ReplyDelete
  4. @penyisir rambut:

    ye ke? saya tak pernah dengar lagi cerita tu.... boleh kongsi?

    ReplyDelete
  5. Semua wanita itu sememangnya cantik...tak dinafikan. Memandangkan org sekeliling yg memberi impak samada positif atau tidak, itu yg menyebbkan ianya jadik masalah...sedangkan sesiapa pun x berhak utk menghakimi sesiapa. Buktinya, tk semestinya yg bertudung itu baik dan tak semestinya yg tak bertudung itu jahat.

    Oleh itu, semua org perlu lebih terbuka pikiran dan cuba utk bersangka baik.

    Yakinilah bahawa setiap wanita itu cantik. Malah lebih manis jika bertudung. Percayalah...ceeewahahh.

    ReplyDelete
  6. manusia kan,,susah nak puaskan hati semua orang ..yang penting ape yang kite buat x melanggar akidah islam :)

    ReplyDelete
  7. tak nak jadi cantik la...jadi comel jer..mcm sally :)

    ReplyDelete
  8. cantik tu subjektif. bergantung pada penilaian masing. tapi kita sebagai wanita hargai kecantikan yang kita ada supaya tidak menjadi fitnah pada yang lain...

    ReplyDelete
  9. cantik tu for KA mmg subjektif lah.. kata org beauty is in the eyes of the beholders kan !

    ReplyDelete
  10. no one is perfect ^^ ada some people rasa malu pakai glasses coz nampak macam erd. rela diorang pakai contact lens. fae pakai glasses dari darjah 4 okay je :D kalo nak bergaya pun biar untuk laki je. kan kak? :D

    ReplyDelete
  11. beauty hold in the eyes of beholder . cantik itu subjektif and abstrak , everything is beautiful , perfect is beautiful , imperfection is beautiful . ianya bergantung pada sikap dan mentaliti org yg melihatnya.

    ReplyDelete
  12. Cantik itu subjektif.. Yang penting, bersyukur dengan diri kita seadanya.. Hihi

    ReplyDelete
  13. ni kisah tersebut...

    http://diarijihad.blogspot.com/2013/06/alhamdullilah-pagi-nie-sempat-melihat.html

    ReplyDelete
  14. @ Mohd Ridzwan Abdullah:

    tiba2kan saya suka dengan statement awak ni En Ridzwan...terima kasih kerana memberikan komen yang positif...

    ReplyDelete
  15. @eda shuid:

    betul tu yang penting apa yang kita buat x melanggar akidah islam... kalau dah langgar akidah tu dah lain cerita dah...ada orang sebab nak cantik sanggup bersusuk2 bagai...

    ReplyDelete
  16. @ Sally Samsaiman :

    Cantik tu anugerah Allah Sally, kalau Allah dah jadikan cantik kita kena bersyukur dan jangan lupa diri...he he he...

    ReplyDelete
  17. @Ibu Amirul:

    betul... tapi kesian mereka2 yang dah menjaga segalanya tapi still menjadi bahan fitnah...

    ReplyDelete
  18. cantik itu subjektif... dalil tu memang betull tapi jika nk dikaitkn dgn dialog teguran tutup aurat tu x kena juga... hmm.. sebab tutup aurat tu lain, cantik plak dari sudut yg sgt abstrak.. hmm.. apapun kecantikan sbnr mmg lahir dari hati dan akhlak yg mulia.. ambil sahaja Rasulullah s.a.w sbg idola.. baru tahu, macam mana cantik nya dalam Islam yg sebenrnya.. :)

    ReplyDelete
  19. @Kesuma Angsana :

    betul kak, beauty lies in the eyes of the beholder... *_^

    ReplyDelete
  20. @Nurfaezah Abdullah:

    Fae, yesh, niat nak bergaya untuk suami bukan untuk orang puji... *_^ I agree!!!

    ReplyDelete
  21. @ Anis Athia:

    yup Anis, bersyukur seadanya, x yah nak compare2 diri tu macam mana dengan orang lain kan... *_^

    ReplyDelete
  22. @Sukma Haron:

    yup kak, wasatiah yang terbaik...

    ReplyDelete
  23. @penyisir rambut:

    thanks yer awak, nanti saya gi baca...heee...now tengah kerja... *_^

    ReplyDelete
  24. @Maria Firdz:

    akak setuju sangatttttt... *_^

    ReplyDelete
  25. Cantik tu subjective. ..tp kalau dh x cantik pi heboh kat org/dunia yg dia cantik apa kes kan...pada akak nobody perfect in this world...syukur atas segalanya....

    ReplyDelete
  26. @Amanda Suria:

    Akak diva, itu namanya DASERS...kesian, kesian, trying very hard wannabe la tu... apa kes? jadi diri sendiri sudah.... x yah nak jadi copycattt sangatlahhh.... yup no one is perfect in this world and bersyukur atas segalanya...

    ReplyDelete
  27. @Wanie Zunidan:

    betul tu, akak sokong...

    ReplyDelete
  28. Manusia ni mmg tak bersyukurkan farah....
    Cantik tukan subjektif!

    ReplyDelete
  29. syukur ahmdlh nikmat yg allah beri

    ReplyDelete
  30. klu cantik ..perangai tak cantik..kn tak seimbang.. apa2 pun syukur atas kurniannya..yg penting kita pelihara sebelum di ambil olehNYA

    ReplyDelete
  31. setiap org ada kecantikannya yg tersendiri...kdg2x cantik tu dugaan bt diri sebenanrya...kdg2x jgk kekurangan itu ujian jgk bt kita.yg pasti kena bersyukur msih cukup sifatnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !