Cerita Susuk! Nauzubillahminzalik....

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Bila teringat filem SUSUK... Terpanggil pula nak berkongsi tentang susuk ni... Huuuu.... Scary betul bila bercakap pasal susuk ni, azab kot nak mati besok? Tapi, sekadar sebagai pengetahuan...jangan cuba!!! Bersyukurlah dengan kurniaan Allah SWT seadanya...

Susuk adalah 1 istilah yang merujuk kepada pemakaian atau penggunaan bahan2 tertentu yang digunakan secara batin, yang juga dikenali sebagai "ilmu rahsia diri", untuk tujuan2 tertentu yang kebanyakannya lebih mengkhusus untuk keperluan diri. Ada orang yang menggunakan susuk supaya kelihatan cantik dan orang ramai suka memandangnya, untuk memikat seseorang, mengekal kasih seorang suami, supaya disayangi oleh majikan dan teman2 sekerja. 

Selain untuk tujuan di atas, susuk digunakan, dikatakan untuk menghindarkan diri daripada gangguan orang yang dengki, daripada sihir, digunakan untuk pelaris bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan yang dilakukan oleh pengusaha kedai makanan, oleh pelakon2, penyanyi2 agar diminati oleh penonton atau orang ramai, malah susuk juga ada digunakan oleh pelacur agar sering dihuni oleh pelanggan.

Ada juga susuk yang digunakan supaya badan menjadi kuat, kebal tidak lut senjata, untuk penggerun, penunduk dan lain2 tujuan, yang ada kaitan dengan ilmu kebatinan, termasuk susuk yang digunakan untuk menguatkan tenaga batin.

Setiap susuk digunakan menurut kaedah yang digunakan oleh orang2 tertentu yang terlibat melakukannya, yang menggunakan bahan2 tertentu menurut keperluan, yang selalunya disusuli dengan kaedah2 khusus, juga pantang larang yang berlainan yang mesti diikuti, tidak boleh dilanggar sama sekali.

Bahan susuk yang popular dan digunakan oleh kaum wanita ialah susuk daripada bahan emas, berlian atau intan. Susuk jenis ini dimasukkan di bahagian muka disertai dengan cara2 tertentu termasuk jampi mentera. Dipercayai dengan berbuat demikian, muka akan menjadi cantik berseri, seperti sifat emas, intan atau berlian, bersinar dan menambat hati orang2 tertentu, atau setiap orang yang memandangnya.

Susuk jenis ini juga dikenali sebagai "susuk pengasih" di mana caranya ialah dengan memasukkan susuk, iaitu serbuk emas ke muka, atau menusuk emas ke pipi kanan dan kiri. Sebelum diperlakukan sedemikian rupa, air ramuan yang terdiri daripada pelbagai bahan termasuk beberapa kuntum bunga direndam selama sepuluh hari. Bahan ini disimpan dalam molor (bekas kaca). Setelah tiba tempoh air itu dituang sedikit ke dalam piring seramik dan sebutir emas tulin diasah sehingga sebati dengan air tadi.

Sedikit kapas digunakan untuk menggaulkan ramuan dan kemudian ditutup untuk beberapa ketika sehingga air dan bahan tadi terserap dalam kapas. Bedak sejuk bersama ramuan yang terserap pada kapas disapu ke pipi dan seluruh muka sehingga kering. Orang yang berkenaan tidak boleh mandi sehinggalah esok hari. Ketika ini, ramuan susuk telah menyerap sebati dalam kulit. Pemakai susuk dikehendaki berbedak sedikit, sebelum keluar rumah, yang didahului dengan bacaan jampi yang diajar oleh orang yang memasukkan susuk tadi.

Kaedah lain ialah dengan menanam 2 buti emas sebesar biji sawi melalui kaedah batin di kedua2 belah pipi, sebutir di pipi kanan dan sebutir lagi di pipi kiri. Ia dilakukan pada waktu malam ketika bulan mengambang dengan cara2 tertentu, yang disertai dengan jampi mantera. Perbezaan pada wajah seseorang itu dikatakan boleh berlaku pada keesokan harinya.

Bahan susuk lain ialah jarum emas, yang dimasukkan dalam tubuh dengan kaedah batin juga. Semakin banyak bilangan jarum yang dimasukkan, dipercayai akan lebih berkesan hasilnya. Jarum2 ini dimasukkan di bahagian muka, buah dada dan bahagian kemaluan. Kebanyakan pelacur gemar memasukkan susuk di bahagian kemaluan dan buah dada bertujuan supaya buah dada sentiasa tegang dan sentiasa segar melayani pelanggan, serta dapat memberi kepuasan.

Tidak dapat dipastikan secara khusus bahawa susuk boleh menyebabkan muka seseorang itu pastinya lebih cantik, tidak makan tua, tidak berkedut, digeruni, dikasihi, menjadi kebal tidak mampan senjata atau tenaga batin menjadi kuat, tetapi apa yang jelas amalan susuk, atau yang berkaitan dengannya adalah termasuk dalam kategori amalan yang melibatkan sihir, iaitu melibatkan iblis dan syaitan, ataupun jin2. 

Amalan susuk adalah rahsia, yang tidak didedahkan kepada umum, untuk difahami rahsia2nya. Tidak dapat diterima oleh akal, bagaimana seseorang yang dimasukkan pada mukanya, serbuk berlian, serbuk emas, jarum emas dan sebagainya, di bahagian kening, bawah dagu dan sebagainya menyebabkan muka seseorang itu dilihat begitu cantik, termimpi2 waktu tidur dan berkhayal ketika hendak lelap.

Semuanya tidak akan berlaku pada pengamatan umum. Tetapi ia boleh berlaku dengan penglibatan iblis dan syaitan, di mana dengan adanya iblis syaitan yang dipanggil menggunakan jampi mantera dan serapah dan sebagainya menyebabkan apa yang dilihat oleh manusia itu boleh berubah.

Mata manusia boleh terpesong atau tersihir, akibat penglibatan iblis dan syaitan itu menyebabkan sesuatu yang buruk, yang normal itu kelihatan cantik, seperti yang berlaku ke atas mereka yang dimasukkan susuk. Itulah di antara ciri sihir di mana sesuatu yang berlaku itu sebenarnya bukan hakikat, tetapi tipu daya belaka atau "khayali," yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, yang diistilahkan sebagai "khariqu 'l-adah" (mencarik adat atau berlaku di luar adat kebiasaan).

Jelasnya pandangan yang cantik, menawan, menakutkan atau menggerunkan menyebabkan orang yang memandang itu tunduk berlaku kerana adanya penglibatan iblis dan syaitan. Setiap perbuatan atau tindak tanduk yang disertai atau disokong oleh makhluk ini, ia dikategorikan dalam amalan sihir. Sihir termasuk dalam kategori amalan dosa2 besar yang boleh membawa syirik, satu dosa yang tidak diampuni. 

Fenomena seperti ini sama seperti yang berlaku di kalangan pemain silap mata, yang mencari nafkah di tepi2 jalan atau di tempat pertunjukkan eksklusif. Di tepi jalan raya pemain silap mata menusukkan pisau tajam menembusi leher kanak2 yang dibawa bersama dengannya, yang dilihat dengan jelas oleh mata zahir. Tidak lama selepas itu, selepas pertunjukkan itu tamat, kanak2 tadi kelihatan berlari2 atau mengemas barangan yang ada padanya tanpa ada bekas luka atau darah di lehernya. Apa yang berlaku bukan hakikat, tetapi mata melihat jelas adanya tusukan pisau di leher.

Adapun amalan atau bacaan yang terdiri daripada ayat2 al-Quran, zikir2 ataupun amalan2 lain yang dilakukan oleh orang yang memasukkan susuk atau orang yang dimasukkan susuk hanya merupakan unsur2 Islam yang diselit2kan di celah2 amalan kebatinan Melayu, yang sama sekali tidak memperlihatkan atau membuktikan bahawa amalan susuk itu salah satu daripada ajaran Islam.

Walaupun demikian apa yang berlaku iaitu dengan adanya unsur2 Islam tadi, ia menjadi satu alasan untuk menyatakan bahawa penggunaan tersebut membuktikan amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, salah satu daripada usaha yang dilakukan selaras dengan kehendak Islam. Demikianlah, kecelaruan yang wujud dalam amalan kebatinan Melayu, apabila unsur2 Islam itu diselitkan dalam budaya hidup manusia.

Allah memberi amaran, seperti yang termaktub dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi orang yang beriman. Dalam keadaan apa sekalipun, makhluk ini hendaklah dianggap sebagai musuh, tidak kira sama ada makhluk jin ini boleh menyebabkan seorang itu kelihatan cantik, muka sering berseri, disukai ramai, dipandang manis digeruni, badan menjadi kebal atau tujuan-tujuan lain, untuk kepentingan diri sendiri atau untuk ramai.

Makhluk ini, dalam keadaan apa sekalipun hendaklah dianggap sebagai musuh. Orang yang memasukkan susuk dalam tubuh, dengan cara yang dijelaskan, adalah orang yang mengundang, memasukkan makhluk iblis dan syaitan dalam tubuh. Sayangnya manusia menjadi keliru apabila meneliti amalan zahir yang dimasukkan dalam tubuh ialah serbuk intan berlian atau jarum emas, padahal Allah memberi amaran supaya setiap orang itu menjauhkan diri daripada makhluk ini.

Allah meminta setiap orang itu memohon perlindungan kepada-Nya, memang ada di kalangan manusia yang memohon perlindungan daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan sesuatu, selain daripada lebih menyesatkan.

Tidak mudah bagi syaitan itu menguasai diri seseorang, tetapi apabila syaitan itu diundang masuk, meresap dalam diri seperti melalui amalan susuk, maka bagi syaitan itu jalan-jalan yang luas lagi mudah lalu akhirnya ia akan menyesatkan, menyakiti jasad manusia itu hasil daripada kesilapan diri manusia itu sendiri, biarpun hanya untuk bersuka-suka mengikut apa yang dilakukan oleh kawan ini.

Credit: HERE

*Janganlah sekali2 terlibat dengan benda2 yang boleh menyekutukan Allah... Masalahnya perlu ke nak bersusuk bagai? Haihh... x faham betul lah dengan manusia ni, semakin maju dunia, semakin orthodox kepercayaan dan pemikiran manusia.... Nauzubillahminzalik... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. takut terkena kalau pakai susuk nie...

    ReplyDelete
  2. @Sukma Haron:
    seriau la kak... sangat seriau...

    ReplyDelete
  3. Cantik tapi syirik... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. @Maria Firdz:

    Cantik kat dunia jer Maria, lepas tu seksa kat sana...

    ReplyDelete
  5. @Eraz Fadli:

    Memang kena sama sekali jauhi benda2 macam ni... Nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete
  6. pakai susuk ke, sisik ikan ke, sisik ular ke. hidup ni cuma 60-70 tahun je. terimalah hakikat umur 40 keatas bermulanya hari kendur mengendur.

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah....
    Lepas tu yang AJ selalu dengar pakai susuk ni banyak pantang larangnya...
    Tak boleh lalu bawah ampaian baju, tak boleh makan satay, lepas tu ade sayur yang tak boleh makan....
    Takutttttt....
    Tapi tu la, ade juga yang sanggup amik risiko...

    ReplyDelete
  8. @Carlos Santiago:

    orang2 jenis macam ni, jenis yang tak boleh terima kenyataan hidup...

    ReplyDelete
  9. @AJ:

    Manusia AJ, sebabkan nak puaskan hawa nafsu dan hati sanggup buat apa saja...macam tulah sikap segelintir manusia...

    ReplyDelete
  10. terus je teringat cerita susuk tu.
    muka buruk pun cantik kelihatan.
    guna susuk pun bahaya kan kak..

    cantik luaran pun x guna kalau dalaman tu amalkan benda2 karut.
    ehh..hehehe

    ReplyDelete
  11. yang pakai susuk tu langsung xde keyakinan diri.

    ReplyDelete
  12. asal hati puas kan...tp dia x fikir..seronoknya sekejap jer...balasan allah tu dia x fikir..kan?

    ReplyDelete
  13. Minta di jauhknlah..mcm2 ni..jangalah sampai nk cantik sanggup melanggar ajaran islam..

    ReplyDelete
  14. ish.. seram gak susuk menyusuk ni.. hehe

    ReplyDelete
  15. Biarlah tak cantik pun,....kerepot pun tak pe ...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !