Cerita Baby In The Stroller... Jangan Biarkan Anak2 Anda Berseorangan Diri!!!

Farah Waheda Wahid
21
Source Extracted from Google
This incident happened lebih kurang dalam 2 minggu yang lepas sebelum bulan puasa dan apa yang saya nak kongsikan ni cumalah sebagai iktibar dan juga buat renungan kita semua. (bunyi cam serious jer kan? erkss...serious lah kan bila melibatkan tentang keselamatan anak2 kecil...)

Approximately 2 weeks ago di office, masa saya nak pergi ke Ladies... memang senyap sunyi Ladies tu, x ada orang... so saya pun masuk jer lah macam biasa jer kan... tiba2... apa yang saya nampak adalah satu stroller di depan salah sebuah pintu toilet yang tertutup. Ingatkan tak ada baby dalam stroller tu... so saya pun teruskanlah niat nak masuk ke dalam salah satu cubicle toilet yang bersebelahan cubicle yang tertutup pintunya itu. 

Nak dijadikan cerita, mata gatal jugak nak menjeling tengok kat stroller tu kan... tiba2... eh eh...ada baby girl yang sangat comel lah dalam stroller tu. Senyap jer dia... Tiba2 hati menjadi risau dan dalam hati terdetik... "Beraninya mak dia masuk dalam cubicle toilet dan biarkan baby yang comel tu sorang2 dalam stroller tanpa pengawasan dari mana2 pihak... alahaiii...bahayanya... zaman sekarang ni macam2 boleh jadi. Macam manalah kalau ada orang yang ada niat x baik? Nanti x pasal2 menangis x berlagu jer mak dia..."... Disebabkan risau yang amat sangat dan x sanggup nak biarkan baby girl yang comel tu sorang2 kat dalam stroller tu sementara mak dia selesai urusan dalam toilet tu, saya pun x sanggup nak masuk ke dalam toilet dan tunggu dulu sampai mak dia selesai. So, sementara tunggu mak dia selesai, saya pun main2lah dengan baby girl yang comel itu.... Bila mak dia selesai, baru saya masuk ke dalam cubicle toilet. Mak dia ucapkan terima kasih kepada saya. 

Bukan apa... yang buatkan saya risau adalah, office saya ni adalah bangunan yang bercantum sekali dengan shopping mall. Jadi disebabkan office saya di Level 3, toilet memang berkongsi dengan shopping mall punya visitors. Jadi, memang ramai orang yang akan keluar masuk. Macam2 boleh jadikan kalau biarkan baby sorang2 macam tu jer. Jadi sebelum jadi kejadian yang tak diingini eloklah saya tunggu jer baby tu.

Bahaya dan jenayah x kenal mangsa, umur mahupun jantina. Lebih2 lagi dengan banyaknya kes kanak2 hilang yang berlaku sejak kebelakangan ni kan? Bila peluang terbentang di depan mata, penjenayah meluru ajer menerkam mangsa tanpa mengira macam mana caranya hingga ada yang sanggup membunuh. Fokus utama jenayah ialah untuk memenuhi keinginannya.

Disebabkan tu, kita jangan percaya 100 peratus keadaan sekeliling even if berada di dalam rumah yang mungkin dianggap tempat yang selamat. Sekurang2nya ada perasaan risau agar kita sentiasa berwaspada dengan pelbagai situasi secara tiba2. Apatah lagi bila berada di luar, macam2 situasi x diduga boleh berlaku.

*Peeps, mungkin apa yang dikongsi dan berlaku ni kita boleh jadikan sebagai iktibar dan semoga kita semua x membiarkan anak2 kecil berseorangan diri. Safety First!!! Better Safe Than Sorry!!!

**Maybe memang x ada siapa nak tolong tengokkan baby tu, dan mak dia nak sangat pergi ke Ladies... dan cubicle toilet tu pula x muat nak bawa masuk stroller sekali, that's why, bila dah x ada choice the mother needs to just leave it outside for a while.... Hurmmm.... 

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bahaya.. mmg bahaya, jenayah ada je di mana2 kan kak farah.

    ReplyDelete
  2. Mungkin pasni boleh disediakan 1 toilet khas untuk mommy dan stroller boleh masuk sekali... :)

    ReplyDelete
  3. tinggi nya konsep tawakal dia kpd Allah... hmm.. tapi walaupun begitu tetap kena berwaspada kan.. huhu.. x berani nk buat mcm mak budak tu.. rela je dukung bby msuk toilet sekali...

    ReplyDelete
  4. bagus tindakn tu..klu zara pn akan bt macam tu..ishh!! mmng risaula tngok..klu jadi apa2 macam mnala nasib si baby tu..cian dia..ibu bapa harus peka dgn keadaan sekeliling..manusia rambut sama hitam ..hati lain2..hmmm

    ReplyDelete
  5. risiko ada di mana-mana sekarang ni. Kadang2 kita sangat berhati-hati tetapi persekitaran sekeliling membataskan kita untuk bergerak dgn lebih selamat, sekali gus mendedahkan kita dan family pada risiko jenayah.

    Aperpun, tindakan sis menemani baby itu sehingga ibunya selesai sangat bijak! (^_^). Semoga masyarakat kita lebih alert pasni kan ;)

    ReplyDelete
  6. bahayanya!!!

    tu sebab sesetengah mall patut ada toilet ibu & anak...ruang pun besar boleh masuk stroller...

    ReplyDelete
  7. Betul tu sangat bahaya...tp mungkin mama tu tak de pilihan lain kot ceri beri hehe

    ReplyDelete
  8. selalu tgok kejadian yang sama di shopping complex ..

    ReplyDelete
  9. boleh pulak maknya tinggal cam gitu..

    tak pernah lagi zee buat camni..kalo berdua jer ngan anak memang tahan la nak terkucil pon..risau

    ReplyDelete
  10. Bahaya ada di mana2...pehal ls mak dia berani tinggalkan anak tu....kalau akak...akak dh sound dh...

    ReplyDelete
  11. kita jdkan ikhtibar bersama..cth sifat farah..hehehe..
    jgn melulu je tuduh mak dia x prihatin ye..kita xtau masalah org..

    ReplyDelete
  12. tahniah Farah tolong jagakan baby tu kejap,,,tu yg kadang-kadang kalau keluar then pergi toilet takut tinggalkan baby @ anak kecil di luar toilet...

    ReplyDelete
  13. Bahayanya.....tak sangguplah tinggalkan baby gitu sorg2.....klu terpaksa sangat, bawa jaklah baby tu masuk sekali....huhu

    ReplyDelete
  14. Tak tahan sangat kot sampai sanggup ambil risiko tinggalkan anak kat luar ... Ape perasaan mak tu bila dia bukak pintu tgk anak dah takde ... Hmmm ... Nauzubillah, mintak dijauhkan ...

    ReplyDelete
  15. bahaya sungguh tu !

    ReplyDelete
  16. mungkin ibu baby tu tawakal je tinggalkan anak dia, sebab dah terdesak kan.apa2 pun, kalau kita nak keluar, bawak anak kecik, elok la berteman. bukan apa, bila jadi kes macam ni, tiba2 hilang anak, sapa yang susah kan..

    ReplyDelete
  17. sungguh berisiko...... harap2 perempuan tu tak ulangi lagi...anak hilang kat mana nak cari......

    ReplyDelete
  18. aduh bahaya buat camtu...kalau toilet ada yg org cacat punya elok masuk yg tu sebab saiz dia besar sikit....tapi yg terbaik takyah lah berdua dgn baby kalau nak jalan2...elok ajak lg sorg sebagai peneman...

    ReplyDelete
  19. tulah kan.. slumber je.. klu anis lah kan, klu muat stroller tu dlm cubicle toilet tu.. bwk masuk je skali.. huhuhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !