Bedak Sejuk Tradisional... Rindunya Pada Arwah Tok

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Bila teringatkan arwah tok, teringat bedak sejuk... Siapakah arwah tok? Arwah tok adalah baby-sitter saya sewaktu kecil dan juga guru mengaji saya dari primary sampai ke secondary school... Al-Fatihah... Tapi antara kenangan2 yang tidak pernah saya lupakan selain baby-sitter dan juga guru mengaji, sesuatu yang sangat significant dengan arwah tok adalah bedak sejuk! Yup, arwah tok sangat suka buat bedak sejuk beras tradisional dengan sendiri... Saya sangat suka pakai bedak sejuk yang arwah tok buat... Mana nak lupa, bau bedak sejuk yang menyengat hidung semasa dititik dan juga bekalan bedak sejuk yang banyak secara percuma antara kenangan terindah serta termanis zaman kanak2.... Kadang2 bila tinggal berdua dengan arwah tok, saya rajin juga tolong (tolong menyibuk) arwah tok titik bedak sejuk atas kain... ye lah, budak2 kecik kan, bila nampak sesuatu yang menarik di mata dan perhatian tentulah nak eksperimentasi... 

Bedak sejuk adalah bedak tradisional yang berasal dari Banjar, Kalimantan. Bedak ini digunakan dari zaman nenek moyang dulu sampailah sekarang. Yang popular sekarang adalah Bedak Sejuk Tanaka ye tak? *_^. Bedak ini berfungsi:

1. Menyejukkan kulit wajah akibat terkena sinar matahari yang menyengat pada siang hari yang terik.
2. Dapat menyejukkan badan bayi dan juga orang dewasa.
3. Bagi orang2 yang sudah berusia lanjut, dengan penggunaan bedak ini seharian, kebanyakan memiliki kulit wajah yang masih segar dan tidak keripot sehingga dipercayai dapat membuat awet muda.
4. Dapat menyembuhkan sakit ruam, demam atau penyakit lainnya pada baby.
5. Merawati jerawat atau luka bekas parut campak.
6. Melicinkan kulit muka.
7. Memberi kesegaran pada kulit.
8. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit.
9. Menanggalkan sel kulit mati.
10. Membersihkan dan menegangkan wajah.

Source Extracted from Google
Inilah gayanya dan caranya menitik bedak sejuk di atas kain
BAHAN2 PEMBUATAN BEDAK SEJUK
1. Beras yang berkualiti elok dan bersih.
2. Air daun pandan.
3. Bunga melur, tanjung dan cempaka.
4. Akar2 kayu dan bahan alam semulajadi seperti cekur, jintan manis, jintan hitam, semoyee (bentuk macam kulit kayu manis), ghanti (atau boleh diganti dengan biji gani), albe, kapas hantu, pulau sari, bengklai (dari buah), jeringau, kunyit, tahi angin (macam jala) dan daun aroda.

CARA2 PEMBUATAN BEDAK SEJUK
1. Beras direndam di dalam air pandan 3 hari 3 malam.
2. Bunga melur, tanjung dan cempaka ditabur di dalam rendaman beras supaya aromanya menyegarkan. 
3. Semasa merendam, bekasnya ditutup dengan kain jarang supaya serangga seperti kutu, semut, agas, nyamuk, lipas tidak dapat masuk kerana serangga yang mati di dalam rendaman akan menyebabkan penyakit kulit. 
4. Kemudian, rendaman akan diletakkan di bawah pokok agar air embun menitis ke dalamnya. Selepas 3 hari, beras yang sudah kembang dan wangi digiling halus2.
5. Akar2 kayu dan bahan semulajadi dicampurkan juga. (Bahan2 ini semua ditumbuk lesung dan kemudian digiling halus (boleh diblender). Ramuan ini perlu ditapis lagi, untuk mengambil yang ramuan yang halus saja.)
6. Ramuan itu dicampur dengan sedikit air sedikit demi sedikit sambil mengulinya, supaya tidak terlalu cair.
7. Titik campuran tadi ke atas kain untuk berbentuk bulat2 dan dijemur selama 3 hari sehingga benar2 kering.

Sepanjang proses membuat bedak sejuk, tidak boleh terkena air hujan walau setitik pun. Maksudnya, beras yang direndam hanya boleh mendapat air embun, bukan air hujan, dan sekiranya dijemur kemudian dibasahi hujan bedak tida akan menjadi terlalu lembab. Bedak sejuk yang terkena air hujan akan berbau dan jika tetap dipakai, ia akan memberi kesan buruk seperti jerawat dan kulit yang kering. 

Cara nak pakai? Ala semua orang pun tau kan? Ambil jer beberapa butir bedak seju, dan campur sedikit air, lepas tu tempek/sapu kat muka. 

Bedak sejuk tradisional x sama dengan bedak sejuk kat kedai2 yang telah dibotolkan. Seriously, saya lebih suka pakai bedak sejuk tradisional. Tapi manalah nak cari sekarang ni kan? Sangat susah... Hu hu hu... Tapi apa nak buat, disebabkan dah susah sangat nak jumpa bedak sejuk tradisional (this is where membuatkan saya bertambah rindu pada arwah tok...hu hu hu) pakai jugaklah bedak sejuk yang kat bawah ni.... hu hu hu...

Source Extracted from Google
Setiap malam memang tak tinggal pakai bedak sejuk ni... Kecuali pada waktu2 tertentu la...he he he... Bagi saya, nak menjadi cantik x semestinya kena guna barang mahal betul tak? Yang penting hati yang bersih dan boleh bersihkan segala2 kekotoran yang ada pada diri masing2... *_^

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak pernah pakai bdak sjuk..:)

    ReplyDelete
  2. saya pernah pakai bedak sejuk tapi lagi kerap guna bedak batu kak..bedak batu tu arwah jiran yg buatkan..batu tu import dari china. fungsi pun lebih kurang bedak sejuk juga rasanya

    ReplyDelete
  3. mak mertua kenit pernah buat bedak sejuk tradisional macam kat atas tu. Kenit pun lebih suka pakai yang biji2 tu tapi susah dah nak dapat. Sumenye bedak sejuk air je hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau mak mak dulu... baby mmg kena lumur ngan bedak sejuk ni, baby sekarang je beruntung hehe

    ReplyDelete
  5. Masa zaman remaja dulu selalu pakai bedak sejuk ni....nyaman jak bila tempek kat muka..hehe

    ReplyDelete
  6. nenek akak masih pakai lagi ;)
    sedapp bedak nie .. sejukk aje .. pernah cuba .. kenangan betul kan

    ReplyDelete
  7. eiqa kadang-kadang pakai, kadang-kadang tu takkk, ehhee Selalu lupaa.

    ReplyDelete
  8. mak mertua nory rajin buat bedak sejuk sendiri...
    nory plak tak rajin nak pakai, sebab kalau pakai time tido, bangun tidur habis kena cadarr n bantal..ehehe

    ReplyDelete
  9. dulu-dulu memang pakai bedak sejuk,,,,dah lama tak pakai, bila pakai time nak tidur bangun pagi sure bantal ada kesan putih bedak sejuk...hehe

    ReplyDelete
  10. Nenek akk pun dulu buat sendiri. Akk la yg tukang dok titik bedak sejuk tu. buat bulat bulat je. Cantik.

    ReplyDelete
  11. Bestnya...mn nk cari lg ni erk....yg ada jual kat pasaraya tu x sama mcm yg kg punya....

    ReplyDelete
  12. Kat kg mmg ada bdk sejuk... Msa bby dlm pntg dipkaikan bedak sejuk time tgh hari sbb bg sejuk bdn... Mak mmg buat dan sy pun tahu buat bdk sejuk... Mmg best pkai bdk sejuk...

    ReplyDelete
  13. mase kecik2 dulu rajin gak pakai.tp dh tua2 ni dh xpakai dah..ehehe :)

    ReplyDelete
  14. teringat arwah nenek...dulu nenek suka buat sendiri...jenuh menolong nenek menitik bedak sejuk tu..... nak cepat siap buat besar2...he3

    ReplyDelete
  15. teringt at arwah nnek n zaman buas dlu , mlm je kne tmpek ngan bdak sejuk , dah bsar2 nie nk pkai pon malu.. haha ;P

    ReplyDelete
  16. Selalu ade rasa kalau pakai bedak sejuk tu nak putih tapi x putih2 jugak last2 tepek ikut mood,skang cume rajin pakai bedak sejuk cecair ataupon bedak sejuk nona tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !