Bangunlah Bersahur!

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Mentang2lah bulan puasa ye tak? Ceritanya pusing2 pasal Ramadhan jer...he he he... Since bulan puasa ni dah pun tiba dan dijalani oleh kita umat Islam... Pastinya semangat puasa sangat membara di kalangan kita bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Paling menyeronokkan (rasanya budak2lah paling seronok ye tak?) semua juadah mesti nak dicuba. Tapi ramai yang tidak merasa keseronokan yang sama ketika bersahur... Kenapa ek? Kenapa? 

MALASNYA NAK BANGUN SAHUR???
Pesanan Rasulullah SAW "Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Pesanan ini sangat jelas dan ringkas. Maka sepanjang bulan Ramadhan, kita perlu sentiasa berfikiran positif sebelum tidur dan berniat untuk bangun sahur di setiap hari... moga2 kita semua mendapat kurniaan nikmat dan keberkatan dari Allah SWT.

KENAPA PERLU BERSAHUR?
Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk memastikan tenaga kita mencukupi untuk berpuasa sepanjang hari. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Bersahur juga memastikan kita dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. If uols merancang untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tidak mengambil sahur bukanlah tindakan yang betul.

WAKTU MAKAN SAHUR YANG PALING IDEAL? 
Waktu sahur yang paling baik adalah lebih kurang 1/2 jam sebelum waktu Imsak.

APA YANG PERLU KITA MAKAN?
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan makan secara sihat untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan sihat walaupun berpuasa.

Sahur yang sihat mestilah mempunyai kriteria seperti berikut:
  • mampu membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa
  • membekalkan khasiat yang seimbang
  • memberikan air yang mencukupi untuk mengelakkan penyahidratan
Contoh makanan sahur yang baik adalah 1 cawan nasi, 1 cawan sup sayur, 1 ekor ikan goreng, 1 gelas susu rendah lemak, 1 biji buah pisang dan 1 gelas air kosong.

MAKANAN TERBAIK SEMASA BERSAHUR?
Semasa bersahur adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan oat. Memandangkan tempoh berpuasa yang panjang (melebihi 10 jam), makanan yang lambat dihadam seperti makanan yang TINGGI KANDUNGAN SERAT adalah digalakkan untuk mengurangkan rasa lapar. Contoh makanan yang tinggi kandungan serat adalah roti tinggi serat, roti mil penuh, bijiran tinggi serat, biji2an, kekacang dan sayur2an. Elakkan mcengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana ianya cepat dicerna dan menyebabkan kita cepat merasa lapar. BUAH2AN dan AIR juga perlu diambil dengan mencukupi sewaktu bersahur.

X SEMPAT NAK MASAKLAH!
Inilah keluhan yang paling kerap didengari. Disebabkan kesuntukan masa, kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan semula sewaktu bersahur. Tidak dinafikan amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Tapi, adalah lebih baik sekiranya uols menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana dikhuatiri lebihan makanan berbuka telah tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat dimakan. INGATLAH! Masakan yang baru dan panas lebih menyelerakan dan meningkatkan keseronokan untuk berpuasa! 

X ADA IDEA NAK MASAK APA NI? 
If uols hanya memikirkan menu yang ingin dimasak setelah bangun di awal pagi pastinya ia sangat meletihkan, terutama jika uols adalah ibu bekerjaya. Rancanglah menu untuk bersahur bagi kitaran seminggu. Ini akan memudahkan uols untuk merancang pembelian bahan masakan yang ingin digunakan. Rancanglah menu uols selewat2nya sebelum uols tidur dan siapkan bahan masakan terlebih dahulu, dan disimpan di dalam peti sejuk. Cara ini akan meningkatkan proses penyediaan hidangan sahur pada keesokan harinya.

BOLEHKAH MINUM KOPI / TEH KETIKA BERSAHUR?
Pengambilan teh atau kopi tidak digalakkan kerana kandungan kafein di dalamnya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Kafein boleh meninggalkan kesan diuretik iaitu menyebabkan kita kerap membuang air kecil. If uols nak minum minuman berperisa, gantikan dengan minuman bersusu yang rendah lemak, minuman bermalta ataupun jus buah2an. Walaubagaimanapun, minumlah air kosong dengan banyak sebab ianya merupakan pilihan yang terbaik.

BERSAHUR CARA ORANG BUJANG?
Bagi kebanyakan orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum masuk tidur terutama di penghujung Ramadhan. Mereka suka mengambil makanan lewat malam iaitu sebelum tidur sebagai pengganti sahur. Makanan seperti burger dan mee segera seringkali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah disediakan. Walaubagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya disebabkan diambil terlalu awal dan tidak seimbang. If makanan segera ingin diambil untuk sahur, pastikan ianya seimbang iaitu dengan menambahkan sumber protein seperti ayam dan telur serta sayur2an ke dalam masakan tersebut.

Tukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat dan tinggi kandungan serat. If uols malas masak di awal pagi, simpan pelbagai bijiran yang tinggi kandungan serat dan buah2an di rumah uols dan jadikan makanan ini sebagai makanan sahur uols yang berkhasiat.

Contoh sahur yang ringkas untuk uols... 1 cawan bijiran sarapan pagi, 1 gelas susu rendah lemak, 1 biji pisang (dihiris), 1 sudu makan kismis, 2 sudu makan walnut dan 1 gelas air kosong.

SUSAHNYA ANAK NAK BANGUN SAHUR!
Kebiasaannya anak bersemangat untuk bangun sahur pada minggu pertama bulan Ramadhan sahaja. Kian lama berpuasa, semakin sukar untuk mengejut anak untuk bangun sahur. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tips boleh dijadikan panduan: 

  • sediakan masakan yang panas untuk bersahur yang pastinya lebih menyelerakan.
  • masakkan makanan kegemaran anak2. Tanya anak terlebih dahulu apa menu yang diinginkan semasa bersahur.
  • pelbagaikan jenis masakan. Anak2 cepat merasa jemu dengan masakan yang hampir sama setiap hari.
  • elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
  • sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.
  • galakkan anak2 mengambil buah2an dan minum banyak air sewaktu bersahur.
*Jaga makan, jaga badan dan selamat bersahur! *_^

Reference and Sources: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.



Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah.. Smpt sahur... Msk yg simple2 hari ni... Kurma dan susu xleh lupa utk ibu mengndung dan menyusu..hehe

    ReplyDelete
  2. byasenk bgun sahur ni mmg agak liat...tp bila dh makan ok je..laju je..hee

    ReplyDelete
  3. betul sangat....sokong 200% hehehehhe...hai jom singgah dan follow blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. penting tu bangun sahur...jangan malas-malas...

    ReplyDelete
  5. Farah memang dari kecik diajar utk bgn sahur...rasa mcm tak lengkap pulak puasa kalau tak bangun sahur kan..;p

    ReplyDelete
  6. Nice sharing adik diva.. suka part menu org bujang tu...dan weejend suk part bersahur dgn keluarga...ni hari nitgh fikir nk masak apa...

    ReplyDelete
  7. kalau dah bangun untuk bersahur memang bercinta kalau yang tak biasa, so sebelum tibanya ramadhan akak dah mulakan dengan puasa sunat, maklum ler senang sikit nak praktis bangun awal takut tak sempat masak,.....

    ReplyDelete
  8. xpaham org yg bersahur awal mcm kul 11 and 12 tu..katanya malas nak bgn sahur 5pagi..caner diorg boleh bertahan..even dulu ms studi rmi student yg sahur awal2..el dulu siap bw rice cooker n perangat lauk dlm rice cooker bgn sahur ok..smpi skun mmg wajib bersahur..hehe

    ReplyDelete
  9. saya sekarang ni sahur makan cereal n granola bar je kak...cukup la sekadar lapik perut

    ReplyDelete
  10. InshaAllah akan berusaha mengamalkan bangun sahur hingga akhir ramadhan :)

    ReplyDelete
  11. kurma untuk sahur memang wajib hehe kalo x de kurma fae rasa x complete

    ReplyDelete
  12. gd sharing ni fara tq !

    ReplyDelete
  13. kalau boleh takmau miss sahur.....rugi....

    ReplyDelete
  14. Kalau ikutkan mmg malas sebenarnya nak bersahur ni...tp leh kerana nak dapatkan sunat dia....bangunlah jugak...hehe lagi pun anak pun nak makan
    Tapi Okje masak simple2 je Farah bersahur ni...goreng telur panaskan lauk semalam je



    ReplyDelete
  15. sally suka minum susu waktu pagi...baru tak lapar :)

    ReplyDelete
  16. dah jadi habit dah bangun sahur ni.. sebab mama marah kalau tak bersahur :P hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !