Teduhan Kasih

Farah Waheda Wahid
14

Lama dah x buat review novel kan? To those yang dah lama singgah di bubblynotes ni dan masih singgah sehingga ke hari ini, memang tau kan, saya sememangnya selalu jugak walaupun dalam jarak2 masa yang agak jauh, share or review novel2 yang pernah saya baca bersama uols... Antaranya....


Dan kali ini kembali dengan novel Teduhan Kasih... cerita yang saya x pernah miss lagi setakat ni setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam di TV3... Rasanya...ramai yang suka cerita ni kan? 

Sedikit sinopsis dari novel...

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" Ryzal.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. 

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa2 lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah2 persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar2 kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana2 lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." - Ehsan

Aku benar2 terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu, hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Antara petikan novel yang saya suka adalah....

Aku ketuk perlahan bilik bacaan Ehsan. Selepas pulang tadi, dia pegang Adam sekejap saja dan katanya ada kerja yang mahu dia selesaikan segera. Aku memahami keadaannya, jadi aku tidak mengganggunya. Tetapi kali ini aku wajib meminta kebenaran daripada Ehsan.

"Abang," Aku pandang wajah Ehsan. Wajah sibuk yang seperti saja tidak cukup dengan masa. Baru aku sedar dia seorang lelaki yang sibuk. Mungkin aku tidak menyedarinya sejak mula. 

"Ya..." Ehsan tidak angkat muka. Masih tekun dengan kerjanya. Jujur aku tak terasa walaupun tidak berapa diendahkan. "Malam ni malam Jumaat...". "Ya, abang tahu." Ehsan masih begitu. "Iffa nak minta izin daripada abang". "Minta izin? Minta izin untuk apa?" Akhirnya Ehsan angkat muka juga. Dia pandang aku tepat.

"Iffa nak baca surah Yasin. Nak sedekahkan kepada arwah mak dan arwah ayah Iffa." Mataku masih lagi menatap wajah Ehsan. Ingin sekali mendengar jawapannya. Kalau Ryzal dahulu, izinnya bermula dengan maki hamun yang membuatkan aku patah semangat. Izinnya bersulam sindiran, sudahnya aku tidak jadi sedekahkan surah Yasin untuk mereka.

"Iffa, kenapa nak minta izin daripada abang? Kalau perkara2 begitu, Iffa tak perlu minta izin daripada abang."

"Abang, setiap perbuatan seorang isteri, harus melepasi izin suaminya. Andai suaminya reda, Tuhan juga akan reda. Andai sebaliknya, semuanya bakal tergantung sehinggalah suami reda akan dirinya," jelasku. Mungkin Ehsan sendiri tidak tahu menahu akan perkara ini.

Takkan lah saya nak cerita kat sini sampai satu novel kan? Yang seterusnya kenalah baca ye uols...he he he...Sedikit clue...something happen to Ryzal dan something juga happen to Ayu...Apakah? Jeng jeng jeng.... Kalau malas nak baca novel yang setebal 575 muka surat ni... Tunggu jer siri Teduhan Kasih ni sampai habis kat TV3 tu...Lagipun dah tak lama lagi dah nak habis tu...dah nak sampai cliche'nya tu... 

*Psst... lagi satu nak gi tau... Ehsan ngan Iffa dapat baby twins tau... baby girl... *_^ ...Oopsss terlebih sudah... nanti I kill the fun for uols pulak yang belum baca novel ni dan masih menanti ending cerita ni... Sorry... Hu hu hu...  

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yana xpernah bca novel nieyh ag, , tgk drama lm tv jew, , best jugak drama :)

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaa.. rajin dia yea baca novel.. n wat review lagi tu.. hu2.. best baca novelni tp teman risau masa teman abes kat novel j seahri suntuk.. semata2 nak abeskan satu buku tu.. hi3

    ReplyDelete
  3. hehe.. smpat lagi bernovel.. sy mmg x sempat dh nk baca2 novel lpas khwin ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  4. memang best cerita ni. tapi tak baca pun novelnya...

    lakonan adi putra memang best!

    ReplyDelete
  5. lol siap kasi spoiler....hehe nasib sy tak follow citer ni...

    ReplyDelete
  6. fuyohhh² tak sabar plak kan nak tunggu cerita ni habis!hehe

    ReplyDelete
  7. teringat novel2 yang disayangi entah ke mana...pinjam tapi mereka tak pulangkan sampailah sekarang..

    ReplyDelete
  8. tak pernah baca dan tengok lagi Teduhan Kasih ni.. tak berkesempatan.. mood nak layan anime aje.. hehe :D tapi sinopsis menarik ^^

    ReplyDelete
  9. tak blh bc buku nnt tertdo..haha

    ReplyDelete
  10. dah abis baca novel ni. sedih, tp dlm novel tu iffa sgt kuat dan kental berbanding iffa dlm tv

    ReplyDelete
  11. Atenya teman pun tak tau nape teman tak nengokya ci farah oi.... jeling jeling gitu aje.... itu pun tak selalu

    ReplyDelete
  12. tak tengokpun tapi org cakap best hehehhe

    ReplyDelete
  13. Terbaikkk...deqla tgk drama je ....hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !