Semuanya Salah Orang Lain!

Farah Waheda Wahid
25
Source Extracted from Google
1. Dia lupa beli hadiah untuk saya...
2. Kereta depan itu buat saya marah...
3. Dia tu x faham apa yang saya order...
4. Saya balik lapar, isteri x masak...
5. Pelajar itu buat saya geram....
6. Boss saya tu x munasabah
7. Kawan saya itu x ingat janji...
8. Dah seminggu plan nak pergi picnic, tiba2 hujan...
9. Jiran itu x nak tolong, x bertimbang rasa...
10. Orang tu x percaya cakap saya...

Boleh kesan apa persamaan situasi di atas? SEMUANYA SALAH ORANG LAIN, tapi tiada yang salahkan diri sendiri. 

Untuk mengelakkan marah, kita harus memahami mengapa kita berasa marah? Apa yang timbulkan perasaan marah. ^_^

Mudah sahaja - biasanya bukan apa yang berlaku yang menyebabkan kemarahan kita, tapi apa yang diharap2kan/disangkakan/jangka berlaku/dapat tetapi tidak berlaku - itulah punca kemarahan kita.

Sebagai contoh mudah:

1. Uols letih dan lapar...balik rumah, tengok meja tiada makanan, uols tersinggung mengapa isteri tidak masak, kerana kita harapkan apabila balik rumah dapat makan.

2. Uols sampai di rumah, letih, hanya ingin menyemak kerja rumah anak2, tapi mereka belum menyiapkan lagi, kita marah bukan kerana mereka tidak menyiapkannya lagi, tapi kerana kita sangka mereka sudah siap tetapi belum siap.

3. Ketika memandu di lebuhraya, kita terasa nak tukar laluan... kita sangkakan kereta tepi laluan itu akan bagi ruang, akan tetapi dia tidak...kita sangkakan dia berhemah, tiba2 dia hon dan flash light...kita marah...tapi masalah bukan kat driver tersebut,tapi kerana kita menyangka bahawa dia adalah seorang pemandu baik tetapi tidak.

Ingatlah ramai yang tidak berfikiran seiras selari dengan kita, maka banyak sangkaan kita akan tidak menjadi realiti. 

Untuk kehidupan lebih tenang dan aman, dan emosi yang tenteram - dan kurangkan perasaan marah, petuanya mudah iaitu kurangkan buat sangkaan pada apa2 termasuklah dari manusia, dunia termasuklah cuaca...kerana kita akan juga tersinggung apabila matahari keluar tatkala kita hendakkan hujan... 

Ingatlah Allah dan firmanNya pada orang yang dapat menahan kemarahannya.

(Quran 3:134)
"Iaitu orang2 yang dapat mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang2 yang menahan kemarahannya, dan orang2 yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang2 yang berbuat perkara2 yang baik."

Apabila marah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri apakah 'expectation' (jangkaan) kita yang tidak tercapai sehingga menyebabkan kita marah...


*Marilah kita sama2 muhasabah diri... *_^ tengah muhasabah diri jugak ni... 

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul! kita dah terbiasa menyalahkan orang lain, tapi tidak diri kita kan..

    ReplyDelete
  2. biasala kak..manusia..memang macam tu..suka salahkan orang lain.. kuman yg jauh nampak kuman depan mata buat2 tak nampak..(*peribahasa yg songsang..huhu..)

    ReplyDelete
  3. bila dah tertekan kita jarang mengaku kesilapan sendiri, lepas tu letak kesalahan pada orang lain

    ReplyDelete
  4. bila kita mengharapkan sesuatu tetapi tak kena ngan apa yang kita harapkan..tu yg kdg2 jadi marah..sedangkan kita tahu ape yang terjadi adalah rancangan Allah..dia hanya ingin menguji..so, sabarlah wahai hati..cewahh..haha..

    ReplyDelete
  5. Bila marah..syaitan mula mnghasut..
    semoga kita di kuatkn iman..Amin..=)

    ReplyDelete
  6. Sy dh mls nk mrah.. Kalau time memandu mmg dh tahu ada pemndu mcm tu.. Sebelum drive zikir je byk2... Sbb dh gtu sikap manusia kn.. Kita tak leh ubah org tapi kita boleh ubah diri kita...

    ReplyDelete
  7. kadang2 bila marah kita hilang pertimbangan..tetapi bila sudah sejuk..baru renung kembali apa yang kite telah buat..^^

    ReplyDelete
  8. lately nie mmg ada perasaan mcm tu...
    eemmm...

    ReplyDelete
  9. Nice sharing..akak pun tgh muhasabah diri...akak jenis baran...

    ReplyDelete
  10. ya..kita harus muhasabah diri kita..

    ReplyDelete
  11. saya setuju! saya pun jenis yg kadang2 suka salahkan org lain & keadaan. rasanya kena muhasabah diri lagi. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. aku pn asyk mrh kat org lain je...kena muhasabah ni..

    ReplyDelete
  13. hehe kena lebih cool dan positif

    ReplyDelete
  14. Ohhh setuju Farah...memang tak lari dari salahkan orang
    So lepas ni kena positive...positive....

    ReplyDelete
  15. betul tu.. anis setju sangat-sangat.. tak semua berfikir macam kita.. tanggapan tu tak salah kalau di -ve kan sket.. xdela baran tak tentu fasal nanti.. hehehe

    ReplyDelete
  16. hehehe KA setuju sgt !

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing kak...

    ni sebab akak la ni...hahaha :P

    ReplyDelete
  18. rumusannya jangan salahkan orang lain.....

    ReplyDelete
  19. dulu selalu gak panas baran, tapi bila dah besar ni byk belajar sabar n tak cepat melenting.. bila tak melenting, kita takkan rasa nak salahkan org lain :)
    #tapi kalau rasa nak marah gak tak payah salahkan sesiapa, kasi pukul org tu terus (ayat gangster) haha..

    ReplyDelete
  20. Lumrah kan...perasaan mudah nk mrh tu yg buat kita pun mudah nk menyalahkan org lain..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !