Sebelum Bercuti Panjang...

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Wah gitewww.... long holiday lagi... kemain lagi kan? Well, untuk kami2 yang bekerja ni memang ler seronok kalau dapat bercuti panjang kan? Awesomeness! Tapi, bila kita bekerja ni kita terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan bila ada kesedaran yang kita ni pekerja makan gaji jerrrr.... So kenalah bawak2 sedarkan diri ye tak? *_^... Cuti panjang memang seronok, tapi part yang tak sanggupnya bila tak ada orang replace tempat kita dan buat tugasan2 hakiki kita ye tak? Sok2 bila balik office... hamik ko... melambak2 kerja yang menanti... Tapi, kalau ada orang yang temporary cover kerja2 kita lain pulak ceritanya kan? 

So, wahai pekerja2 di luar sana sekalian... before taking your long break for the year either for vacation or what so not reason yang uols ada... Silalah ensure some of the things listed below...

#1: Settlekan Semua Outstanding Task Uols
Apa ajer kerja yang masih pending atau x clear, silalah clear-kan dengan segera sebelum kita bercuti yer... Reason being adalah supaya boss2 kita semua x merentan sebab kerja2 yang kita tinggalkan separuh jalan ibarat rumah tak siap, lepas tu kelam kelibut mencari orang untuk settle-kan kerja2 kita... kesian boss tu... x pasal2 tambah stress dan risiko dapat penyakit darah tinggi...darah tinggi takper lagi, kalau2 kot kot kena heart attack, nyaya jer... hik hik hik... siapa yang nak responsible? lainlah kalau uols saja jer nak majal-kan boss tu sebab geram ngan depa kan? Tapi x baik buat macam tu... Kalau kerja tu boleh tunggu sampai kita balik dari bercuti tak apalah... dibuatnya kerja tu mesti diselesaikan or urgent... kesian pulak kat colleague2 kita yang mungkin terpaksa jadi mangsa siapkan kerja2 kita... x pasal2 kita dah aniaya orang... balik pada cuti terus kena sumpah ngan colleague, x pun colleague tu bengang jer ngan kita lepas tu start ignore kita... dah hilang satu kawan kan? So ensure tau siapkan semua outstanding task... 

#2: Organize Everything
Organize segala yang berkaitan dengan kerja kita...maksudnya macam, kalau file2 or softcopy documents kita park under share folder ataupun centralized database, sila pastikan semuanya berlabel dan teratur, supaya senang orang nak cari apa2 info yang mereka perlukan dalam share folder tersebut... x derlah kelam kelibut dan terkapai2 diaorang mencari... bila semua dah tersusun dalam share folder or centralized database... senang orang nak carik...tak pun paling tinggi, diaorang akan call untuk tanya kita kat mana kita park all those documents... so bila dah organize share folder kita... senang orang nak carik according to our instructions..tak derlah jenuh nak geledah satu2....

Filing pun sama, ensure filing kita up to date.. kemas, susun, teratur, berlabel, berindex lengkap... supaya memudahkan orang lain ketika ketiadaan kita... 

#3: Task Listing / Important Notes
Jangan lupa sediakan senarai task2 harian kita satu persatu and sedikit guideline apa yang perlu dibuat kepada orang yang temporarily replace buat kerja2 kita... Supaya, kerja tetap dapat dilaksanakan walaupun kita bercuti dan supaya ianya x akan mewujudkan satu keadaan yang akan menyusahkan orang lain... kalau kita ada simpan apa2 kunci pejabat yang penting...jangan lupa letak pada satu tempat yang selamat dan inform pada colleague or orang yang temporary replace kita kat mana nak cari or ambik kunci tu... 

Hurm... bagi siapa2 yang bekerja rapat dengan bosses pulak, jangan lupa bagi tau apa yang perlu dilakukan pada waktu pagi sesampai ke office as example...masuk bilik boss dulu ke, jumpa boss for discussion or pada mereka2 yang bergelar seksitery/sexatary or PA... jangan lupa bagi tau or buat notes dalam task listing tu... pagi kena buka pintu bilik boss ke, buka lampu ke, susun kerusi dalam bilik boss ke, kemas bilik boss ke, buat air boss or what so not yang boss perlukan la... 

Important contacts jangan lupa inform kat mana senarai dia kita letak...sama ada dalam bentuk softcopy ke atau dalam log book ke... supaya senang nak contact mereka2 yang berkenaan semasa ketiadaan kita... 

Ermm...setakat ni, tu jer lah yang boleh terjangkau akal fikiran saya ni, ke ada lagi yang uols nak tambah? Haaaa.... bila dah lengkap semua ni barulah rasa tenang nak bercuti tanpa sebarang gangguan kan? Kalau kita tinggalkan kerja separuh jalan, surely cuti x tenang dan aman...pertama dari perspektif perasaan/jiwa sendiri kerana dibelenggu dengan rasa tanggungjawab yang masih x lepas or kedua... sebab asyik kena kacau jer dengan phone call through our mobile or email... hik hik hik...mesti x bestkan cuti cenggini...x pasal2 kena bekerja sambil bercuti... spoil the fun occay? Kalau yang jenis hati kering tu, memang depa matikan telefon jer la...ekekekeke... sebab x nak gangguan... tapi boleh ke tahan matikan telefon tu? (ekekeke...ikut timing kot matikan telefon...office hour matikan, after office hour bukak...ho ho ho.... x baik tau! dibuatnya boss kita kepala dia memang gila2... memang dia x kira masa akan call jer... x keysah apa pun... pas tu... kengkawan office macam lah tak tau mobile number kita dan x save number kita kan? dalam phone mereka).... 

Jadi, pastikan sebelum bercuti panjang... kita buatlah perkara2 di atas...supaya kita tenang dan aman bercuti  serta orang lain pun senang...

*Cerita2 pasal cuti panjang a.k.a. holiday ni...apakah? he he he.... *_^

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setuju tu farah...tapi kalau akak cuti xde orang nak ambil alih tugas akak..

    ReplyDelete
  2. nak g merehatkan minda ke kak?good.hehe.jgan lupa bawak balik ole2 kat CikYna tau.hehe:)

    ReplyDelete
  3. bilelahh nak bercuti panjang bawa anak2 holidayy huhu

    ReplyDelete
  4. paling suka nak bercuti panjang... seronok dapat bermesra dengan keluarga...

    ReplyDelete
  5. alkisah bekerja shift, operation 24h, so everytime datang dan balik kerja, kitaorang selalu turnover kat shift lain.. so tak der masalah kalau cuti panjang.. balik rumah pun chill, tak payah fikir pasal kerja.. aman..

    ReplyDelete
  6. ofkos kak.. kna buat sgla mcm tu.. tmbh2 cikgu... mcm2 kn pikir.. klu nk cuti brsalin lagi kalut...

    ReplyDelete
  7. sally kalau cuti pon bos tetap call =,="

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...Farah,

    Bila cuti pjg aje macam2 nak kena buat kan...

    mselim3

    ReplyDelete
  9. erm..betul tu.. tp setakat ni kalau ada kje pnting kita bereskan.mana kena pos, buat cpat2.. tp kalau kata kesian pd orng yng akn ambik alih tu, kalau tmpat kita ni mmng xde la..hahaha.. kalau kita cuti seminggu, bos pun kdng xdatang sama..

    ReplyDelete
  10. betol tu...hihi....kena lengkapkan dulu keja baru bercuti...hihi :)

    ReplyDelete
  11. k.el pun lau nak bercuti lama make sure keje2 semua siap..xsiap pun make sure lain2 staff dah tahu mn keje kita save bagai..nti nak cari sng..take out semua brg2 yg urgent yg sllu on going hehehe..xnak nti holiday...kring kring eloooo ehhh mn u letak file ni file tu eeehhh malas lah spoil mood holiday ok hahaha

    ReplyDelete
  12. Confirm dapat Bonus banyak kalau gitu punya kerja farah...

    ReplyDelete
  13. bestnya kalau dapat cuti panjang.. hehe :D Hana baru habis cuti 3 bulan sebelum masuk praktikal ni.. hee :D

    ReplyDelete
  14. selalunya camtulah.. takkan tinggalkan kerja utk stuff yg handle nanti.. tapi yg x syok ada jgk kwn yg tinggalkan kerja berlambak sebelum cuti.. huhu..
    #ehem ehem, mau bercutikah? :P

    ReplyDelete
  15. Deqla x prnah lg cuti pjg..tp kalo cuti sehari pun mmg settle keje bg abis dulu..x suka sshkan org...huhu

    ReplyDelete
  16. Wah! Detail tips yang Farah bagi ni.. Sangat berguna untuk panduan mereka yang bekerja & nak pergi bercuti.. =)

    ReplyDelete
  17. seeloknya rancang perjalanan dan percutian elok2..=)

    ReplyDelete
  18. wah ni persedian utk cuti 3 bulan nanti ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !