Puasa Semasa Hamil

Farah Waheda Wahid
27
Source Extracted from Google
Seronoknya, x lama lagi dah nak sampai bulan Ramadhan...>_<... Peeps? Mana2 yang perlu ganti puasa tu dah habis ganti? Alhamdulillah, saya dah lama langsai dah... he he he... suka ganti cepat2, so last2 minute x adalah mengelabs nak ganti or terlupa nak ganti... Al-maklumlah kadang2 saya ni pelupa sikit... My bad... 

So sempena the upcoming Ramadhan ni, just wanna share something on fasting for preggy mommy... *_^

Adakah Selamat Untuk Berpuasa Semasa Hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.   

Walaubagaimanapun, berikut adalah beberapa perkara yang pasti:

1. Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
2. Kajian2 mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua2nya.
3. Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tiak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantu kepada faktor2 seperti:

1. Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
2. Kesihatan anda sebelum kehamilan dan sama ada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.

Bagaimana Dengan Wanita2 Lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Kajian menunjukkan sehingga 70% daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga boleh berpuasa terutama dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga dan jika and tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.

Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada') tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Sebelum Berpuasa?    

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.

1.Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadhan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini. (Yippie yeay...boleh balik pukul 4.30 p.m. ...tapi dengan mengadap traffic congestion lagi...sama jer...)
2. Persediaan awal seperti menyelesaikan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah Cara Terbaik Untuk Berbuka Puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.  

1. Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
2. Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
3. Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
4. Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadhan.

Apakah Tanda2 Bahaya Yang Perlu Saya Ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
1. Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
2. Anda loya atau mula muntah.
3. Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
4. Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuta. Ini adalah tanda2 penyahidratan.
5. Anda mengalami kesakitan seakan2 sakit bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
6. Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
7. Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana Cara Untuk Memudahkan Saya Berpuasa Semasa Hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang2 berat.
3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyahidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip2 lanjut tentang pemakanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan2 anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Masih Kurang Pasti Sama Ada Perlu Berpuasa atau Tidak. Apa Yang Perlu Dilakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

Reference & Sources: Baby Center

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. jnji rehat cukup...sahur jgn tinggal kn... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Msa prggy faiqah puasa tggl sehari sbb asma masa tu tpi dh trimester ketiga... Hbis puasa terus berslin.. Hehe...dapat la bdk merdeka raya tu... Heee... Tapi insha Allah akan ada kekuatan puasa tu sbb niat lillahi Taala.. Namun dlm Islam mmg beri kelonggaran utk berbuka puasa jika bimbangkan kesihatan anak dan diri sendiri...

    ReplyDelete
  3. cite pasal puasa ketika hamil ni mmg best..teringat k.el mula2 puasa time hamil anak sulung..time tu dgr org kata..nti bb dalam perut xmembesar lah x cukup zat lah..sok kekdahnya k.el xpuasalah..k.el just puasa selang seli..ha hambek 15hari x puasa..jenuh ganti..alhamdulilah ganti abis..pas2 anak no. 2..3 4 hari gak lah sbb nak2 ujung tu plak x daya..tp anak no. 3 mmg excelent..puasa penuh uolsss..hebad x hebad x hahaha...bangga xyah ganti puasa ok..so ikutlah kemampuan anda..lau rasa xmampu x larat jangan paksa..islam kan mudah :) boleh ganti hehe

    ReplyDelete
  4. ikut pada ibu jugak
    klu larat puasa teruskan
    klu tak larat jgn paksa diri

    ReplyDelete
  5. Saya pernah puasa masa trimister ke-3, elok jer bersalin dengar azan subuh n takbir raya, yahoo puasa penuh ... Bergantung pada kemampuan masing2, rase larat teruskan, kalau x larat x perlu paksa, pada saya lepas berbuka tu lagi x larat coz perut kosong peh tu isi macam2, memang ler senak rase nyer, klu layan baring mmg ler terbabas jawab nyer ... Ibu2 yang hamil semasa berpuasa kena kuat semangat ... Teruskan perjuangan ...

    ReplyDelete
  6. bile la fiza nk ader experience cm nie.. kne sabar tggu je la..

    ReplyDelete
  7. tak sabar nk smbut bulan puasa..:)

    ReplyDelete
  8. semoga akak dan baby sihat2 je selalu :)

    ReplyDelete
  9. 1st time kan preggy nie berpuasa..
    so,farah kalau rasa tak tahan jangan paksa diri takut memudaratkan pulak..

    ReplyDelete
  10. kak farah berpuasa with baby inside tummy lah ni yer ^^

    ReplyDelete
  11. satu perkongsian yg sangat bagus wahai adikku yg gojes :)

    ReplyDelete
  12. teringat mase pregnant anak kedua..mase bulan puasa..

    amalan yg tak pernah tinggal..

    1. sahur mesti makan nasi..
    2. makan 3 biji kurma
    3. air masak 1 liter
    4. supplement..

    Alhamdulillah..puasa tetap bertenaga walaupon hamil..boleh balik masak lagi utk berbuka..:)

    ReplyDelete
  13. apa2 pun elok dapatkan pandangan doktor dulu...hehe

    ReplyDelete
  14. nice sharing kakak..hihi...menambahkan ilmu pengetahuan ni..tak sabar nak dapat beby.opss.eh..kawin pun tak lagi.Gedik je..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah pulak ponteng puasa sebab hamil.... Syukur... Suka sebab tak yah ganti! Hehe

    ReplyDelete
  16. jangan lupa sahur :) take care kak.. tahun ni puasa ngan baby ^^

    ReplyDelete
  17. Wahh pose penoh la farah nnti kan..alhamdulillah...farah jaga kshtn ye..deqla doakan farah dpt berpuasa dgn lancar..in sha Allah...amin.. ;-)

    ReplyDelete
  18. selamt menyambut puasa dgn baby yekak...insya Allah selmaat....just prepare apa yg ptt ye mcm yg tertulis kat atas tu...at least klu nk buka nnt tak la flat sgt..sdiakan siap2x dan awal2x :)

    ReplyDelete
  19. akak pernah tak puasa sebulan masa twin baby dulu....huhu..jenuh nak ganti...

    ReplyDelete
  20. thanks kak untuk info..selagi boleh puasa ecah nak puasa..tak larat nak ganti balik nnti..hehe

    ReplyDelete
  21. Bagi mummies and bakal mummies yang nak cuba cara tambah tenaga di bulan puasa yg bakal tiba ni boleh ke blog di pautan ini ye. terima kasih semua ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !