Source Extracted from Google |
Selalunya kan, kita tau pantang larang masyarakat Melayu semasa hamil... dan bagi orang perempuan memang biasa sangatlah dengar pantang larang ni dari mulut2 mak2 kita, makcik2 kita, nenek2 kita dan mereka yang telah berpengalaman dan veteran... Dan pantang larang turun temurun ni telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi... Dari dulu sampailah ke zaman sekarang ni... ye tak? Erks...ke x ye?
PANTANG LARANG KAUM MELAYU
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai2 murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Antara pantang larang kaum Melayu semasa seseorang perempuan itu hamil adalah:
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana2 haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. (Ibu mertua jer? Ibu sendiri? Apa2 pun memang x elok bergaduh dengan orang tua... Nauzubillahminzalik...Moga2 dijauhkan...)
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur... (erks...apakah yang dimaksudkan mata Garfield?)
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengah hari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
13. Dilarang potong haiwan nanti anak lahir x cukup anggota (terpotong2 macam haiwan tu?)
14. Dilarang bunuh haiwan nanti anak bakal meninggal macam keadaan haiwan tu mati.
15. Dilarang keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
16. Dilarang mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
17. Dilarang duduk di tangga nanti bersalin susah.
18. Dilarang siang ikan nanti anak sumbing.
19. Dilarang tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Ada lagi ke? Those yang experience or siapa2 yang tahu...bolehlah tolong tambah ye... *_^
PANTANG LARANG KAUM CINA
1. Dilarang makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim, tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu, ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
PANTANG LARANG KAUM INDIA
Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang ibu yang hamil.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam.
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan2 buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih haiwan dan sebagainya.
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja2 yang berat.
Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut2 mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.
Reference & Sources from HERE, HERE and HERE
*Perghhh...banyak betul pantang larang ek? Ekekekeke....
*Perghhh...banyak betul pantang larang ek? Ekekekeke....
banyak betulkan pantang larangnya..tapi xpelah..untuk kebaikkan si ibu dan si anak..
ReplyDeletemasih amalkn juga pantang larang org tua2..
ReplyDelete1. xboleh menjahit..takut terbelit tali pusat
2. menyeksa haiwan/binatang
3. elakn tgk benda2 yg pelik2..
petua my mom xboleh mkn sebarangan ubat terutama panadol even demam..:)
Hmmm.. Ikut mana yg rasa releven dan x bertentang dgn syarak... Bru tulis entry ni..tp lum publish... Huhu
ReplyDeletenice entry..dapat ilmu ni..=)
ReplyDeletebunda tak ikut sangat... ambil yg logik jer..
ReplyDeletebanyaknye pantang , apa pun jgn sampai lupa Allah
ReplyDeletehehe..byk yg auta dari fakta...mcm mana nak masak,kalau takleh menyiang ikan,kan...lain lah kalau dok bersama keluarga...
ReplyDeletelagi satu takleh guna kain kaler kuning utk sarung bantal,tilam baby..nanti kena penyakit kuning hehe..
banyak sangat pantang larang, ada yg boleh diikut dan ada yang mesti difahaminya....masih ikut lagi....oppss...dah tutup kedai...huhu
ReplyDeletecongratz sis! dah masuk dalam bloglist blog 3 dalam 1!
ReplyDeletehehe orng tua2 dulu mmg bnyk pntng larang..klu besalin nnti lagi bnyak..;)
ReplyDeletepntang larang ni kdg ada betul jgk..byk bnda kna jga kan.
ReplyDeleteDilarang potong haiwan nanti anak lahir x cukup anggota (terpotong2 macam haiwan tu?)
ReplyDeleteyes! tak payah masak!! hahahah
melayu dan india pantang bab perbuatan. kalau cina pantang bab makan ek. macam2. kena jaga2 masa mengandung :D
ReplyDeleteMemang banyak pantang larang sebenarnya tapi itu untuk kebaikan ibu dan anak yang dikandung...
ReplyDeleteTapi kadang2 aku pun terlanggar juga pantang larang tu...hehe
ada kebaikan semua pantang larang ni esp utk long term. tp tu la, leceh sket kan... hehehe
ReplyDelete#rindu ngan k.farah jugakkkkkkk....muahh3x
mmg waktu hamil ni plg byk pantang larang yg kdg2 sampai x masuk akal...
ReplyDeleteDulu masa preggy dania akak x suka ngan anak india depan rumah...selalu la marah kat dia..x leh tgok tau..tgok sure sakit hati...terus lahir2 je fania kulit agak gelap sampai la skrg...hihihi
ReplyDeletebanyak pantang larangnya kan kalau perempuan mengandung ni....
ReplyDeletebyknya..takut nk mengandung
ReplyDeleteTp kan Farah... Walaupun hanya pantang larang takut jugak okje nk buat masa ngandung dulu....
ReplyDeletePantang larang sama je...yg mana x baik tu kita cegah...
ReplyDeleteTak boleh siang ikan nanti anak sumbing? Betul ke???? Ada sape2 kt sini yg ada pengalaman tak?
ReplyDeleteSaya siang jew..bnyk2 kn tawakal,jng trlalu fikirkn sngt..insyaallh x de pape...dh hidup sndiri kn nk wat cm mana...alhamdullilah bby sy lahirkn ok...comel lg...
DeleteTa bole belit tuala pada leher dan rambut ketika hamil tuh mmg btul,ta bole memancing(bg y suami mahupun isteri)..nnt bayi sumbing atau kecatatan..true story about my cousin..
ReplyDeleteTa bole belit tuala pada leher ktika hamil tuh mmg btol..ta bole memancing bg y suami atau isteri,nnt sumbing atau kecatatan..true story about my cousin..
ReplyDeleteMak sy pesan klu siang ketam jgn potong jari ketam nnti jari kudung...hu3
ReplyDeleteJgn mandi waktu maghrib n malam nnt kembo air...
Mak sy pesan klu siang ketam jgn potong jari ketam nnti jari kudung...hu3
ReplyDeleteJgn mandi waktu maghrib n malam nnt kembo air...
Mak sy pesan klu siang ketam jgn potong jari ketam nnti jari kudung...hu3
ReplyDeleteJgn mandi waktu maghrib n malam nnt kembo air...
Salam . Err , kembo air tu mcm mana cik merah jambu ?
DeleteByk nya pantang larang
ReplyDeleteTak tahu la betul ke tak masa awal pertama preggy.. keluar jalan jalan kat mall sampai malam..banyak tidur.. memang tak ikut pantang larang sangat.. tidur siang.. siang ikan.. kadangw dok kat tangga.. Hmm. Tapi lahir alhamdulillah okay je Anak.. tapi yang kedua ni siap bercucuk tanam tidur.. cepat emosi. Suami asyik jadi mangsa gadoh je huhu
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete