My Weird Craving: Telur Pindang Oh Telur Pindang

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Cerita hari ini dimulakan dengan cerita tentang telur pindang... ^_^... 

Telur pindang adalah telur ayam yang direbus bersama2 dengan pelbagai jenis ramuan termasuk beberapa jenis herba untuk mendapatkan kulit telur berwarna coklat kehitaman yang enak dan pada saya sangat yummylicious. Telur pindang ini popular di kalangan orang Johor dan merupakan identiti untuk makanan tradisional bagi Negeri Johor. Saya memang sangat kenal dengan telur pindang ini semenjak zaman2 kecik lagi dan telur pindang adalah salah satu favourite dish saya. Disebabkan x makan telur kuning, saya makan yang putih jer lah... :P... 

Apa yang saya tau, antara ramuan yang diperlukan untuk masak telur pindang ni adalah garam, kicap, jintan putih, jintan manis, ketumbar, kulit bawang merah, kulit bawang putih, serai, daun lengkuas, isi lengkuas, daun senduduk, daun pokok manggis, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai. 

Rasa memang awesome! *_^... Lama gila dah tak makan telur pindang ni... Erks? Apakah...tiba2 cerita pasal telur pindang? Hu hu hu...sebenarnya tengah kepingin sangat nak makan telur pindang ni... Sungguh! Yummy...kalau dapat makan telur pindang ni... Dekat KL atau Selangor ni payah nak dapat or jumpa orang yang tau buat telur pindang...sebab khabarnya nak cari ramuan serta bahan tu payah...Nak masak pun leceh katanya... Kawan papa yang berasal dari Muar, Cik Mat tu pulak sekarang dah uzur dan dah tak buat telur pindang lagi... Kalau tidak dah lama dah order kat Cik Mat tu... Biasanya kalau papa orderkan...memang antara 30 - 60 biji sekali... (2 papan telur)... Ye lah, setakat makan anak beranak jer kan? Nak banyak2 sangat buat apa... (kat rumah ni, saya jer la yang makan telur pindang ni paling banyak kalau ada)... Hu hu hu... Tapi itu cerita lebih kurang 8 tahun dulu... Huwaaa... sekarang mana nak cari telur pindang? 

Kenduri kahwin kat KL dan Selangor ni, sangat jarang kebarangkalian nak dapat telur pindang ni... telur rebus biasa pun dah jarang kan? Dunia dan teknologi dah berubah, trend pun dah berubah... Goodies pengantin x der yang bagi telur lagi dah (ada tapi bilangan sangat sedikit)...banyak kepada souvenir dan juga gula2 or other things such as kuih bahulu ke.... he he he... Kalau nak beli kat supermarket yang selalu claim itu adalah "telur pindang"... toksah! rasa tak sama langsung... dan manis pun ada... hu hu hu...

Cik Puan Bubbly ni Google2 jugak nak tengok kan kot2 boleh order secara online...muahahaha... untuk wedding event bolehlah kot? takkan nak order beratus2? Siapa yang nak makan? Nak makannya sikit jer... Dapat 10 - 15 biji pun cukuplah... Adehhh... my weird craving! 

*Ada siapa2 ke yang boleh buatkan or dapatkan 10 - 15 biji telur pindang ni? wink wink... kalau ada...sila tampilkan diri uols...muahahaha...pas tu nanti ai bayarlah... ^_^... Kaylah2... 30 biji pun boleh... takut2 10-15 biji tu sikit sangat kan, tak balik modal nak masak...ekekekeke....

**Bukan nak makan sekali 10-15 biji tau... he he he... sehari dapat makan 1 biji pun occay dah... Just teringin jer... 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Telur pindang?

    kakak saya duk johor nape dia tak pernah bagitau pasal masakan ni ek? orang jawa punya ke? hehe..

    Anyway, salam kenal dari mama_ka0ri

    ReplyDelete
  2. Assalam dear! Hmm ngidam telur pindang yer? Hmm Mak Lady x pandai buat tp slalu beli kat kdai seysey. Kalau kat KL kkdg kena cri btul2 cara masak nye. Anyway, klu yg tradisional, telur pindang ni boleh je dpt di JoHor. Tambah klu ada kenduri kendara. Cuba la tanya kwn2 yg asal sana. Mana tau ada yg nk hadiri kenduri kahwin nnti. Bleh la kirim .. :)

    ReplyDelete
  3. pelagi carik bukak mudah.com..he3

    ReplyDelete
  4. tak lalu nak makan.. kat johor popular telur ni... mmg mknn org jawa lau x silap...

    ReplyDelete
  5. seriously kenit tak pernah santap lagi telur pindang ni. Dengar dah banyak kali. Tapi, telur ni memang popular di kalangan mak-mak hehe.

    ReplyDelete
  6. Anis tak pernah lagi rasa... Dkat klantan takde yg buat telur ni... Huhu

    ReplyDelete
  7. kalau kat Ipoh, perak ni lagilah tak jumpa telur pindang ni

    ReplyDelete
  8. ishhh baby nak telur pindang yer??alolo sianya..moga jumpa yer kak..

    zee tak pernah makan pon..xreti nak makan plus tak suka sangat bau dia..macam ubat pon ade..huhu

    ReplyDelete
  9. kat johor selalu boleh jumpa..tak tahan baunya..tp telur ni tahan lamakan..

    ReplyDelete
  10. hri tu cuba ckit..tak lalula hee..tpi mak zara suka mkn..=)

    ReplyDelete
  11. pernah dengar pasal telur pindang ni.. tapi tak pernah lagi merasainya.. kasihannya mengidam, tak dapat menolong.. huhu..

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah makan..huhu.. baru tahu ada ya telur pidang..

    ReplyDelete
  13. telur pindang? sedap ke kak? tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
  14. sama seperti komen2 di atas, sy pon tak tahan baunya...hehe

    ReplyDelete
  15. Kalau dah nak membeli tu maksudnya memang fanatik tu...hehe
    Walaupun ai org johor you... tapi ai biasa2 aje le..tak delah sampai teringin haha...
    Apa tah lagi buat! ( nasib tak reti kalau tak, mesti tak sampai hati tengok mak buyung teringin hehe)

    ReplyDelete
  16. X pernah rasa lagi dan jarang2 dgr pasal telor ni..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !