Menyambut Kelahiran Dalam Islam

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Objektif:
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada para suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada di samping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti:
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat2 Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat2 akan melahirkan anak, lebih2 lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat di samping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taala dalam Surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yang demikan) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan dan Iqamah Di Telinga Kiri
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Aku melihat sendiri Rasulullah SAW mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan penzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekan (ditahnikkan) di langit2 bayi tersebut dengan membaca ayat 36, Surah Ali-Imran:

Maksudnya: "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap2kan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara2 yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh
Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama2 yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. 

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama2 kamu dan nama2 bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".
Riwayat Abu Daud

Membaca doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya: "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal2 soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaat kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik2nya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya."
Riwayat Abu Daud.

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu aqiqah ini dari .... (sebut nama anak)...

Gesaan Aqiqah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu."

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah:

Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia serta melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ketujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. 

Antara hikmah bercukur rambut ialah:

Hikmah kesihatan: dengan mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan: dapat bersedekah denga emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s ia berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud.

Khurafat yang perlu ditinggalkan...

Mencukur bahagian2 tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara2 yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan:
Maksudnya: "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".
Riwayat Abu Daud.

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur 11 tahun atau 12 tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak2 sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah melindungi daripada berbagai2 penyakit serta membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya: "Dan ibu2 hendaklah menyusukan anak2 mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata:

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak ialah setiap tegukan dari susu ibu, Allah SWT memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Reference and Source: HERE

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bertuah kalau dapat hubby nak temankan..

    ReplyDelete
  2. 1st child suami tak temankan pasal operate. 2nd child suami dapat teman tapi bila tanya tengok tak baby tu kuar camner...dia kata tak pandang hahaha. Rugi rugi rugi rugi (^_^)

    Aperpun, tanggungjawab seorang suami/ayah sangat besar bermula dari saat baby dalam perut sehinggalah dia besar.

    Terima kasih atas perkongsian ni ye farah (^_^)

    ReplyDelete
  3. :) kes cerai un dpt dielakkan sbb suami sedar betapa susahnya seorg isteri nak lahirkan zuriat dia.. :))

    ReplyDelete
  4. sukanya klu dpt suami temankan masa bersalin

    ReplyDelete
  5. haha kalau hospital swasta, baru suami boleh temankan kan? kalau dulu2 kat hospital gomen tak leh masuk, skang ni tak pasti lah....kalau bersalin guna bidan kampung pon org lelaki tak duduk dalam bilik masa bersalin rasanya... (dgr melalui cerita2 org...ai takde experience la pulak...hihi)

    PS: tahniah sebab menjadi protege...hehe

    ReplyDelete
  6. dulu masa saya nak bersalin hb bleh masuk tpi saya tk bagi..nanti yg ke dua ni nak bagi dia masuk lah.. heee

    ReplyDelete
  7. Baguslah perkongsian ni.. Sekurang2nya boleh remind balik mana yang terlupa & tambah pengetahuan mana yang tak tahu.. Terima kasih Farah atas perkongsian ni.. =)

    ReplyDelete
  8. ada yg belum bt lg..hehehe.. thnks for sharing

    ReplyDelete
  9. info yang menarik. seeloknya para suami @ mereka2 yang nak kawin tu, elok la baca. sekurang2nya tahu peranannya dan apa yang dialami para isteri.

    *agak2 kalau dah kawin nti macam mna la ngan my future hsbnd kn..snggup ke dia??

    ReplyDelete
  10. macam-macam pengalaman bersalin....

    ReplyDelete
  11. lecturer Bio masa Hana kat kolej dulu ada citer pasal first pregnancy beliau :) husband madam ada temankan madam sekali dalam labour room.. bestnya kalau suami ada sekali :)

    ReplyDelete
  12. Kalai suami teman mugkin rasa makin manja..nak nangis..tp kalau dia tgk baru dia tahu..oo kesian bini aku..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... Semua diatas dilakukan kecuali no.1.. suami x temankan sebab nurse lupa nk pggil masa saat sy last cntraction... huhu... terkilan, tapi Alhamdulillah semua selamat.. insha Allah ank2 yg akan dtg dia mmg nk teman...

    ReplyDelete
  14. Bolehlah jadikan gude kalau dah beranank nanti Farah


    Mudah untuk mendapat pahala bagi seorang ibu... tapi jangan sangka mudah jugak hujahan yg kena dilalui oleh insan yg bernama ibu...

    ReplyDelete
  15. serius, hampir menitis pulak baca entri ni.. hurm.. alangkah indahnya suami berada di samping isteri saat melahirkan.. pastinya suami dpt merasakan dan lebih menghrgai pengorbanan isteri.. tak lama lagi farah akan dpt rasa pengalaman mcm tu..farah antara insan yg bertuah.. tahniah....

    ReplyDelete
  16. untung la kalau ada suami yg sanggup buat semua di atas.. tapi time iha lahir dulu abah x dapat temankan, biasa la bidan x bg suami duduk kat dalam bilik.. hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !