Jerebu Datang Lagi!

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Rasanya dah macam jadi trending dah fenomena jerebu ni... Almost each year without fail, mesti jadi sekali kan? Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah2 kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. However, dari dekat ianya berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU... IPU 0-50 - Baik, IPU 51-100 - Sederhana, IPU 101-200 - Tidak Sihat, IPU 201-300 - Sangat Tidak Sihat, IPU 301 - 400 Berbahaya, IPU 401 - 500 - Sangat Berbahaya, Lebih 501 - Darurat.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak2, orang tua, pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain serta perokok. Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah iritasi kerongkong serta batuk2, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata yang merah dan kulit terasa gatal.

Bahaya ni...dan nak kena ambil precaution and safety to health measure... x mau la sakit2 kan kalau boleh... nanti apa pun tak boleh. Ye la, komponen2 yang terdapat pada jerebu such as karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon , habuk dan logam kan boleh bawa kesan buruk kepada human health.

So uols, sesiapa yang berhadapan dengan masalah jerebu ni... jomlah kita ambil langkah2 pencegahan yang sewajarnya... sesiapa yang ada dalam kumpulan yang berisiko tinggi kenalah makan ubat sepertimana yang dinasihatkan doktor, jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap, pakai mask yang mempunyai filter if terpaksa keluar, sentiasa basuh bahagian yang terdedah dengan air bersih, rajin2 mandi, banyak minum air, pakai aircond while driving instead of buka tingkap dan sediakan ubat jika uols mempunyai penyakit pernafasan such as asma ke.... 

Hopefully... fenomena jerebu ni dapat berakhir dengan cepat... dan diharapkan agar uols2 semua yang tinggal di kawasan2 yang mana jerebu semakin serious... jaga kesihatan dan jaga diri tau? Take care peeps.... 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kawasan tpt akak da meningkat skrg nie farah..pg tadi check 313..serius risau...

    ReplyDelete
  2. KL lagi la..dh ramai yg x sht ni...seremban pun dh teruk...

    ReplyDelete
  3. Ramai blogger buat N3 kisah jerebu ni... Alhamdulillah, buat masa ni belum lagi terasa sgt jerebu ni.

    ReplyDelete
  4. family anis pun dah start batuk2.. tu baru duk area KL.. kalau y kat JB tu mcm mana la agaknya kan? hurmm.. same2 la kite jaga diri.. minum air masak byk2 spai kembung.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Anis pun dah start sakit tekak ni.. ;(

    ReplyDelete
  6. kt tmpat akak ni allhamdulilah lagi..sama2 kita doakan kembali seperti biasa..

    ReplyDelete
  7. pg td dgr kat radio Johor makin teruk IPU dia dah cecah 300

    ReplyDelete
  8. kami di sini perintah berkurung, jerebu tahap bahaya.

    ReplyDelete
  9. bahya jerebu nie...seksrang dah menular di negeri sembilan

    ReplyDelete
  10. tak abis abis jerebu ni kan. cuaca x elok, kita pun tak sihat esp budak2. anak akk yg kecik tu dmm lagi since rabu td. risau betul. tu pun x kluar rumah. klw dok main kat luar lagi la.

    ReplyDelete
  11. bandar Melaka paling teruk sekali IPU 205 takat tengahari nie...mata kian pedih....

    ReplyDelete
  12. Kat JB ni jerebu teruk.. huhu.. keluar rumah je dah bau asap n pedih2 mata.. kat opis ni pun dah bau asap.. Moga keadaan kembali pulih..

    ReplyDelete
  13. Kalau sekolah best ni sebab dapat cuti darurat hehe...

    ReplyDelete
  14. mmg kena jaga kesihatan time jerebu ni...

    ReplyDelete
  15. rasanya Hana tak pernah alami jerebu sepanjang hidup, tak pun mungkin jerebu biasa sebab tu tak perasan... tahun ni belajar di Kajang, dengar berita yg PJ dan Gombak dah kena jerebu.. risau juga :(

    ReplyDelete
  16. harap cepat pulih jerebu ni..kesain bdk2 yg ke sekolah tu..

    ReplyDelete
  17. semoga akn pulih seperti sedia kala..amin

    ReplyDelete
  18. Yup...stahun skali jerebu ni dah mcm lagu raya pulak..hihi..tp skng dah lega kan...awan pun dah bole tgk..kalo haritu langsung x nmpk awan..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !