Jantina? Ikut Petua Orang2 Dulu?

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Dalam zaman sekarang ni, jantina baby dalam perut boleh dikesan melalui ujian ultrasound tapi sebenarnya it's quite hard jugak, sebab jantina baby terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang2 ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama. 

Upon 20 weeks of pregnancy, agak senang nak tau gender baby, selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound tu dapat gambaran yang jelas. Accordingly, dikatakan teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan gender baby but then pakar yang tengok tu semestinya kena careful dan sure apa yang diaorang tengok before informing the parents-to-be. 

Gender baby terbentuk pada 8 weeks of pregnancy dan at 12 weeks, ia akan terbentuk secara sempurna. Pembentukan gender baby memerlukan input daripada genetik ibu dan abah. Wahhh...kiranya anak mummy pun gender dah terbentuk perfectly la ni...cuma mummy jer x dapat nak tau lagi.... tiba2 rasa teruja kan? 

Setiap baby boy mendapat kromosom X daripada mother dan kromosom Y daripada father. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel2 bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal baby girl mempunyai 2 kromosom X yang diterima daripada mother and father.

However... cam mana pulak kalau x buat ultrasound? Style orang dulu2? Terbaca satu artikel dari SINI

Orang tua2 dulu...dalam meneka jantina baby dalam kandungan...well dulu mana ada teknologi canggih cam sekarang kan... antara petua orang2 dulu adalah...

1. Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. -- Mama pun ada cerita benda yang sama jugak... wakakakaka....

2. Melihat kepada nipple breast (oopss...sorry obscene sikit perkataan ni...x der niat nak berlaku lucah secara sengaja...sekadar penerangan)... si abang atau kakaknya... (well, anak sulung x dapeklah nak tengok kan?)... Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah...maka anak yang dalam kandungan tu anak perempuan. Sebaliknya, kalau nipple abang atau kakak tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. -- pernah dengar dari mama jugak... 

3. Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengirin ke kanan, maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri...mungkin anak perempuan -- soklan ni baru 2 minggu lepas mama tanya... lol... jawapan ai simple je...x tau lah...dah tidur x perasan... *_^

4. Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan...mungkin anak lelaki....Sebaliknya, kalau baby tu suka dok sebelah kiri,  mungkin perempuan. 

5. Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya, kemungkinan anak dalam kandungan tu perempuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya....anak lelaki la tu... 

6. Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan x putus2 maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus kemungkinan perempuan.

7. Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri2 orang kata anak lelaki tetapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak perempuan. Sebab anak perempuan tu telah menarik seri wajah ibu dia... Sebab tu muka ibunya x berseri... 

8. Melihat kepada buku lali si ibu. Kelau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. 

9. Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby perempuan tu suka kat ibu mengandung ni...anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi, the other way round kalau baby perempuan tu x suka kemungkinan ianya sama jantina dnegan dia...perempuan... Begitulah sebaliknya... 

Yang kat atas ni semua hanya petua orang tua2 jer... Hanya ramalan mereka je...So x yah nak percaya bulat2 kan? Tak kisahlah anak lelaki ke perempuan ke... yang penting sihat...anugerah dan amanah Allah SWT. Apa pun jantina... itulah ikatan kasih sayang antara suami isteri kan kan kan? 

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. adayg boleh diterima ..
    org dulu2 kan
    kita lahir dari mereka ..
    dulu mana ada scan bagai .. cara macam tuu je dpt tahu ;)

    ReplyDelete
  2. hai, salam kenal, suke baca blog u.

    ReplyDelete
  3. mak saya adala jgk bgi tau yang no 2 tu..hee..

    ReplyDelete
  4. ada juga yang betul,
    ada juga yang kebetulan je...
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Nice sharing ! Ada juga betulnya

    ReplyDelete
  6. suratan dan kebetulan semua ni kot..hihihi... tp utk anak yg pertama bagi deqla x ksh jantina apa pun janji sihat.. ;)

    ReplyDelete
  7. hehehe.. kita dulu mama x buat un cara moden..kekkeke...

    ReplyDelete
  8. sekrg nih mcm mcm care leh buat kalo nk tau jantina baby

    ReplyDelete
  9. Wow..akak plak teruja ni...hurm kalau tido terlentang acaner?

    ReplyDelete
  10. Hat 1-5 tu Kenit pernah dengaq orang tua-tua kata. Mak Kenit pun kata lagu tu ekekeke.

    Hat no.6 tak perasan pulak. Hat no.7 tak berapa nak betoi la. Pasai Kenit pregnant dua2 gegurls, habis sumer jerawat lari takmo duduk kat muka Kenit ekekeke.

    Hat no.8 selalu terlepas pandang hahaha. Hat not.9, ramai gak kata cenggitu...

    Pendek kata, tak kisah la betoi ke dak asalkan anak dalam perut sihat walafiat. Selalu bacakan zikir dan ayat quran nanti kuaq leh jadi mujahid/mujahidah...aaminn (^_^)

    ReplyDelete
  11. kak farah teruja nak taw ke?? xnak kasi suprise?? hehe..

    ReplyDelete
  12. hihihi boleh pakai jgk.. hihi wahh x sabar tgk baby farah

    ReplyDelete
  13. banyaknya petua..ada jgk dengar cmtu..tp, xtau plak mn 1 leh pakai..hiih

    ReplyDelete
  14. ada yg betul gak petua kt atas tu.hehehe.. apa2pun semuanya kuasa allah swt. yg penting baby kita sihat walafiat.. amin..

    ReplyDelete
  15. ada juga yg betul dan mungkin kebetulan sebb dulu2 mana de scan kan.. so, petua2 gtu je la yg dpt diorg gunakan sbg pnduan.. :)

    ReplyDelete
  16. petua lama memang kena diguna pakai jugak....

    ReplyDelete
  17. hehe sejak darjah 1 lagi pernah dengar petua lama (terserlah sifat gatal sejak kecik) tapi mak dah pesan awal2, jangan percaya sgt.. petua tu mesti dari experience org dulu2, tapi tak semua org perempuan dpt simptom yg sama kan.. janji sihat :)

    ReplyDelete
  18. tak blh nak percaya sgt
    bby dah kuar baru tahu betul ataupun tdk

    ReplyDelete
  19. wah petua no.2 tu tak menahan....tapi ada logiknya sebab lelaki atau perempuan bergantung kpd probability games dlm ahli keluarga tu....

    ReplyDelete
  20. Tapi mungkin kebetulan tu Farah...sebab Okje mmg tgk cenggitu terutamanya yg no 1 dan 2...kebetulan betul! hehe

    ReplyDelete
  21. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !