 |
Source Extracted from Google |
Setiap seorang dari kita ada definisi tersendiri mengenai perkataan gedik... Jom kita ricky2 apa kata ramai? Kata ramai? He he he...Saya dapat masa melawat2 akak Google tadi... Sources... from few websites...Rata2 mengatakan bahawa....
1. Gedik is terlebih manja sehingga menjengkelkan
2. Act cute? Terkinja-kinja?
3. Buat apa pun semuanya over... Kes over-reacting lah ni...
3. Gedik ialah poyo untuk perempuan
5. Mengada2 especially depan orang ramai. Buat perangai macam budak kecil padahal umur dah double digits...ouchhh...
6. Gedik semulajadi - memang dah ditakdirkan berperangai sebegitu sejak dari kecil lagi... so kalau ubah memang lain jadinya
.
7. Gedik-mengedik - gedik yang dibuat2 sama ada untuk memikat hati orang atau menunjuk2
8. Gedik manja - pun dibuat2 apatah lagi kalau nampak lelaki yang menarik hati. Kadang-kala ia terjadi untuk menimbulkan iri hati kepada seseorang... muahahaha...
9. Publisiti murahan.
Dan ini pula adalah tips atau pendapat dari seseorang yang bernama lelaki yang telah membuat satu entri khas mengenai gadis gedik di laman blog beliau... Dan menurut disclaimer beliau: Semua yang beliau tuliskan hanyalah pendapat peribadi dan untuk renungan bersama. Tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa terutamanya awek gedik yang mungkin terbaca entri beliau ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA
1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatic anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan antara simptom2 awal penyakit gedik.
2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian lelaki, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang x cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Tak ada maknanya kalau cun tapi perangai ntah apa2.
3. Anda secara automatic berasa teruja dan overexcited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perhatikan anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.
4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba2 jadi merengek2 bila dengan lelaki. Suka minta itu, minta ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nak demand perhatian. (Kalau isteri merengek dengan suami tidaklah dikategorikan sebagai gedik, harap maklum >_<)
5. Anda rasa semua lelaki minat pada anda. Dan anda suka 'memancing' lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat2 manjalah, hantar sms jiwang2 lah, anda ajak keluar makanlah, ajak jalan2lah.Bila ada response, anda pun akak berkata pada diri sendiri "Sah, dia memang minat kat aku". Tapi kalau lelaki buat dek ajer, anda akan kata pula, "Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku".
6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing... (wakakakaa... but I believe not all camwhorer yang gedik... ini bila dah terbukit seseorang tu memang gedik dan attention seeker....), menonggekkan punggung, gigit2 jari dan sebagainya... Pernah tengok vclip MMU? Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point... Tapi video tu dah sometimes ago dah...
So dari kaca mata seorang lelaki, if uols mempunyai ciri2 di atas, terutamanya no 3,4 dan 5 maka munkin uols patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnay sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik...heeee... *_^ . If uols masih belum jelas dengan apa itu gedik, uols might be boleh try Google dan cari di YouTube tentant rancangan Malaysia's Most Beautiful yang rasanya dulu on air di 8TV setiap malam Khamis untuk mendapat gambaran am. Cerita reality tv yang tu, memang penuh dengan perempuan2 gedik.
Akhir kata, TIADA GETIS, TIADA GETIKS, TIADA GEDIKS...
*Peace No War! *_^ ...
kekadang ada jugak timbul gedik tu..hehe..janji bertempat..tapi kekadang bila tengok orang gedik melampau dah terlampau rasa nak muntah jerk..hahaha
ReplyDeletekalau terlampau gedik takut org nyampah..gedik boleh tapi jgn sampai over..hehehe
ReplyDeleteSaya rasa lelaki pun gedik. Tak pasal-pasal. Hahaha.
ReplyDeletegedik ngan suami dibolehkan hehehehe :D
ReplyDeleteKadang2 takut jugak diri ni dilabel gedik walaupun xde niat nak menggedik.. Lagi satu, anis memang pantang tengok perempuan yang suka menggedik dengan lelaki, kalau dengan lelaki bukan main mesra, kalau dengan prempuan, cakap pun tak pandang.. Haisy!
ReplyDeletegedik tu macam manja dibuat2, terutama sekali bila dengan berlainan gender... heee... memang meluat... tapi ada juga dah memang style dia macam tu yang memang dah tak boleh ubah
ReplyDeletekdg lbh msra dgn lki pn org pgl gdik jgk..tp ats org lah kan..huhu..mnja2 mcm ella bg ayu ok..xgdik.sbb smla jd.hhe
ReplyDeletekdg2 kita x perasan kita tgh gedik hahahahahaha
ReplyDeletegedik nk komen kt sini bole? ahakss
ReplyDeleteohhhh akak bukan gedik tapi retis....haha...
ReplyDeleteSangat setuju dengan pendapat2 di atas.. ^^,
ReplyDeletexsuka org gedik..huhu
ReplyDeletepompuan gedik ok lg.....jgn jantan gedik....kaki makan dia
ReplyDeleteHoho Farah,.... gediklah jugak kalau cam ni sebab suka gak gediks ngan anak-anak kat depan hp....hehe
ReplyDeletetak ley bayang mcm mana kalau lelaki yg gedik. haha
ReplyDeleteKalau lelaki suka tu...masih Ok le gediknya...tapi kalau lelaki dah mula pandang semacam, paham2 le...melampau sgt gediknye tu.
ReplyDeleteGedik bila hilang sifat malu dan kewanitaan... Jadilah gedik yg menunjuk2.. Klu tgk bdk2 sekolah dan remaja skrg mmg byk la sifat gedik ni..
ReplyDeletehanya gedik dgn suami di malam jumaat hahahahahhaa
ReplyDeletecepat2 lariks :P
gedik ngan suami dlm umh ok lerkn..huhuhu
ReplyDeletewah siap ada kajian tu tak menahan...hehe...tapi tu lah, lain org, lain jantina yg memandang, lain definisi gedik tu...
ReplyDeletekadang2 tu FD pun menyampah tengok perempuan tergedik-gedik ni. lagi2 yg terkinja-kinja. ya Allah, sakit gila hati ni. haha
ReplyDeleteEeeeiii deqla paling meluat ngan pompuan gedik..asal nmpk jntn mula nk over acting...saje nk tarik perhatian...naseb baik deqla xde kwn yg gedik..huhu
ReplyDeletesaya ada kawan yang over acting asyik terkinja kinja bila tingok lelaki yaa allah sakit mata hang tau
ReplyDelete