Friday Thoughts: "Saya Bergurau Je La..."

Farah Waheda Wahid
27
Souce Extracted from Google
Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan2. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara x langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan la pula nak buat muka serious sepanjang masa kan? Boringgggg.... Macam kebanyakan orang mengatakan, "Hidup mesti ceria".

However, jom kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka2? Cerita yang dibuat? Perli-memerli? dan Kata-mengata antara satu sama lain? Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tetapi dalam masa yang sama dia x menipu. X sah kalau bergurau, dia x mengata2 (secara bergurau) dekat orang lain. 

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab x membahayakan orang di sekeliling kita. Betul ke persepsi macam ni? 

Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernah x uols tengok orang yang ketawa terbahak2, sampai katanya nak pecah perut dan sampai x cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru ajer lihat atau dengar 1 jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul x? 

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Kalau x ketawa tu, something wrong somewhere la kan? Tapi, hakikatnya di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau2 akan menyebabkan kita banyak ketawa. 

Dalam Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau, "Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan dari." Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Maksudnya "Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!"

Kita dibolehkan bergurau senda tapi jangan berlebih2an. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati, Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri.Kata Imam Ghazali, "Adapun berlebih2an pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu, mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal2 tersebut, maka tidak tercela," sebagaimana diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda, maksudnya "Sesungguhnya aku bergurau senda dan aku tidak mengatakan, selain yang benar"

Kita biasa dengar, "Isy, dia ni. Ketawa sampai x ingat dunia!". Hakikatnya begitulah orang yang ketawa berlebih2an. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan x sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat. Nabi SAW bersabda: "Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."


Nilai Gurauan VS Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. Kita mungkin sekadar main2, kata orang menyakat. Tapi siapa tahu apa yang dirasai oleh 'watak utama' kisah gurauan tersebut? Mungkin x kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus x bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main2 boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, x bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata2 gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah? 

Rasulullah SAW sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda: "Sesungguhnya orang yang berkata2 dengan sesuatu perkataan untuk mentertawakan teman2 duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya"

Jujur Dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan2, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul2 bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main2 atau kata orang sekadar mengacah saja. Soalnya betul ke kita x boleh menipu dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul2 menipu, hanya sekadar main2 dan x memudaratkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali kita mesti akan cakap... "Saya main2 je la...",  "Saya tipu awak je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi awak."

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta"

"Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya"

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita x ada unsur2 penipuan dan pendustaan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar".

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Kalau kita baca sirah Nabi Muhammad SAW, bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang2 di sekeliling baginda.... Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW, meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: "Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta".Padahal, pada waktu itu, Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata2 Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. 

Lalu lelaki itu berkata, "Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang." Maka Rasulullah SAW berkata, "Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya."

Look at how Rasulullah SAW menjaga adab2 dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada 'seninya' yang tersendiri. Apa yang saya observe dari kisah ni, Rasullah menggunakan kaedah "double meaning" dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam 2 maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayidina Umar RA pernah berkata: "Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan akta al muzaah? (maksud asal al muzaah alih). Mereka itu menjawab, "Tidak!" Maka Umar RA menjawab "Kerana gurau senda (al-muzaah) itu mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran."

So, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata2 kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tetapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik. 

Diubah suai dari: SINI

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. k.el ada gak berhati2 dalam bergurau senda ngan kwn2..kdg2 tu k.el pikir dulu eh betul ke ayat aku ni..takut kang boleh menyakiti hati kengkawan..tp if kwn2 dah fhm pagai kita..or kita dah fhm pagai diorg its ok kut...tp mmg betullah berpada2 nak gurau2 ni..hehe

    ReplyDelete
  2. hidup xde maknanyer kalau xde gurau senda ketawa kan !

    ReplyDelete
  3. hah betul.. klu x ketawa sehari x bermakna hdp nie

    ReplyDelete
  4. bergurau ada batasnya..xsemua orang boleh terima gurauan kite tu kan

    ReplyDelete
  5. nk bergurau tuh memg kne de btsnya...

    ReplyDelete
  6. Kadang2 gurauan boleh buat bergaduh..tp gurauan adik dan kakak diva ok kan? Sentap? Hehe..ada akak keysah...huhu..

    ReplyDelete
  7. nak bergurau boleh tapi da batasnya..

    ReplyDelete
  8. biasa fizi dengar perkataan 'larut' dalam lirik lagu...tp hari ini fizi jumpa 'larut' dlm entry k.farah..hebakk,,,heeh sebabnya Fizi banyak juga membaca tp utk ayat 'larut' nie mungkin setahun sekali fizi jumpa dalam penggunaan BM dalam mana2 artikal..hohoh fizi sendiri pon x pernah guna dlm blog fizi..(^_-)

    ReplyDelete
  9. yeap. bergurau menceriakan keadaan tapi kena ada batasnya jugak. hehe

    ReplyDelete
  10. ketawa penawar duka.. >.< tp perlu berpada-pada

    ReplyDelete
  11. emm toi tu..takut gak klu kwan terasa dgn kita..

    ReplyDelete
  12. heee.. yg penting, kalau nak bergurau tu pilih2 n tengok2 dulu samada org yg dengar jenis sentap atau x.. hihihi

    ReplyDelete
  13. kadang2 kita bergurau iklas untuk nk menghiburkn hati owg je..owg yg salah anggap..payah plk macam tu..apa2 pn ada tempatlah nk bergurau

    ReplyDelete
  14. Bergurau biar berpada.. Klu tgk budak sekolah zmn skrg bergurau kasar..

    Suami isteri mmg digalkan mengusik2 dan berguray senda...baru membawa ceria..

    Dilarang buat gurauan yg sia2 sng kata lawak bodo...apatah lagi lawak lucah..

    Betullah..byk ketawa blh matikan hati sbb bila ketwa berdwkah2 syaitan blh kuasai kita buatkn kita lalai dr ingtkan Allah...

    ReplyDelete
  15. betul macam yang dah komen kat atas, bergurau pun ada batas masa, orang dan tempat, kerana tidak semua orang sedia untuk bergurau...

    ReplyDelete
  16. berpada-pada dalam bergurau.. jangan bergurau kasar atau lucah, tak elok didengar.. :) nice sharing kak

    ReplyDelete
  17. zara follow blog farah..:)
    jemputla ke blog zara nanti ye..
    sekuntumbungazara.blogspot.com
    time kcih..:)

    ReplyDelete
  18. Sepi rasanya dunia ni kalo xde gurau senda..tp kena la berbatasan..jgn bergurau x kena tmpt, slp2 kena mkn penampor..hihihi

    ReplyDelete
  19. kdg2 gurauan n kata2 kita menyakitkan hati org..huhu ..sbb dorang fikir lain kita fikir lain ^^

    ReplyDelete
  20. apa2 pun kena berpada...kalau serius pulak org kata skema...hehe

    ReplyDelete
  21. bergurau, bergurau jugak. batas kena jaga...

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum farah...betul 2 tu mmg baik kalau nak bergurau tapi biarlah berpada2kan...;)

    ReplyDelete
  23. takut jgk kan dlm tak sedar kita terlebih gurau...adehhh...tp klu tak gurau pon suram je plak..mmg kena gurau bertempat ni...

    ReplyDelete
  24. Ngeri jugak tu farah...tapi Okje mmg suka bergurau...Tulah risau jugak kalau kita bergurau, org tu anggap seriouskan...
    Harap...masih dilandasan yg betul lagikan Farah!

    ReplyDelete
  25. bila bergurau nie kena tahu batasnya..dan tgk org yg kita nak bergurau tu blh terima ataupun tdk

    ReplyDelete
  26. Jika hendak menyertakan hadith. hendaklah disertakan sekali sanadnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !