Friday Thoughts: Penyakit Manusia

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak2kan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang difikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya? Selalu "siapa" bukan "apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak2kan, kenapa? Anak2 selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh, "Adik itu yang salah", atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu. Dalam erti kata lain...orthodox.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Uols pernah experience? Kalau uols kata x pernah, bererti uols bohong. "Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya. Lihat saya ini apa?wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit itu seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan2 boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya. 

3. TIDAK PUNYA GOAL/CITA2
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu sahaja, hasilnya cuma biasa2 saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya, lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya ditangkap polis dan dipenjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang dicapai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini: Kapal terbang membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan kapal terbang tu cuma 50 km/jam, manalah nak dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off. 

7. MENGABAIKAN HAL2 YANG KECIL
Dia mahunya yang besar2, yang hebat, tetapi hal2 kecil tidak dilakukan atau dilalui. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil. 

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seseorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG2 MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang2 masa lalu yang tidak dapat diselesaikan. Itu bayang2 negatif. Memori kita kadang2 boleh membataskan kita untuk maju ke depan. Kita kadang2 lupa bahawa hidup itu terus maju. "Waktu" tu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga...move on... berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak ke mana2 lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Ini saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal2 hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, kekwat dan terus takbur.

Credit & Reference: HERE

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hanya diri kita saja yang dapat mengubati semua penyakit ni.. ubatnya, berubah atau berhijrahlah..

    ReplyDelete
  2. boleh dikategorikan dalam masalah jiwa kot hehehee

    ReplyDelete
  3. sy setuju dgn komen MA di atas, but nak tmbh satu g, bersederhanalah dalam semua hal dan sentiasa bersyukur setiap apa yg kita perolehi.... insyaallah !

    ReplyDelete
  4. berubah ke arah kebaikan diri sendiri

    ReplyDelete
  5. salam jumaat akk farah cyamm...
    sori sis, lama xdth mlawat sis disini..huhu...terasa rindu plakkk...
    kalu ad kesempatan nyue tetap dtg..

    ad lumrah sis...bab tajuk drama erma fatima sabtu ni "aku kukan malaikat"heheh... semua org ad, tp cmnr kita nk handle..itu yg penting..smilee

    ReplyDelete
  6. Setiap penyakit ada ubatnya...Mai datang ke klinik saya :) Percuma aje...

    http://relakssminda.blogspot.com/2013/06/klinik-rawatan-percuma-untuk-anda.html

    ReplyDelete
  7. good entry kak farah ^^

    muhasabah for diri fae too

    ReplyDelete
  8. kita kene sentiasa berfikir positif dan maju kehadapan.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Memang penyakit tu pernah menghinggap pada OKje...tak dinafikan huhu...dah sembuh ke belum tak tau le hehe

    ReplyDelete
  10. rasanya sekali sekala kita pun ada tersenarai dalam salah satu yang farah tulis ni... moga kita dapat perbaiki diri utk menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
  11. susah kalau ada penyakit ni di diri .. kena cepat2 berubah :)

    ReplyDelete
  12. wah napolean...tetiba teringat subjek sejarah...haha

    ReplyDelete
  13. adalah 2 3 point yg tersenarai ada dlm diri k.el tp skun skit2 buang sifat -ve tu..hehe

    ReplyDelete
  14. disebabkan penyakit2 inilah Allah utuskan al-Quran dan rasul sbg panduan... Allah tahu manusia macam mana, tapi kita tak nak ikut acuan tu... hmm.. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  15. penyakit yg datang daripada hati, diri kita sendiri.. kita je yg boleh ubat penyakit ni.. orang lain tak boleh :)

    ReplyDelete
  16. Wwwaaahhh! Blog akk makin Comeeeyyy! Tag akk kt sini... Jom join.. http://thisismylife-eyka.blogspot.com/2013/06/segmen-doodle-comel-by-fizgraphic.html

    ReplyDelete
  17. Deqla lebih suka menyalahkan dri sendri kot...kdg2 sbb perasaan rendah dri tu yg wujud perasaan mcm tu...hurmmmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !