Friday Thoughts: Kisah 5 Perkara Aneh

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Abu Laits as-Samargandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi2 yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama: apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua: engkau sembunyikan, ketiga: engkau terimalah; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima: larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksankan." Maka Nabi itu, terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampiri, tiba2 bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba2 mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga 3 kali berturut2. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba2 dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima2 peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allash SWT bahawa....

"Yang pertama engkau makan itu ialah MARAH. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; SEMUA AMAL KEBAIKAN (BUDI), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; JIKA SUDAH MENERIMA AMANAH SESEORANG, MAKA JANGANLAH KAMU KHIANAT KEPADANYA. Keempat; JIKA ORANG MEMINTA KEPADAMU, MAKA USAHAKANLAH UNTUKNYA DEMI MEMBANTU KEPADANYA MESKIPUN KAU SENDIRI BERHAJAT. Kelima; bau yang busuk itu ialah GHIBAH (MENCERITAKAN HAL SESEORANG). Maka larilah dari orang2 yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima2 kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima2 perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidpan kita sehari2. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah SWT, "Ini adalah pahala orang yang mengata2 tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Reading from HERE

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Seronok baca kisah2 tauladan macam ni.. Pernah jugak post kat blog pasal kisah ni dulu.. =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nice sharing. :)
    Salam jumaat and salam ukhwah fillah.
    Anyway, dah bloglistkan blog awak, sng nak review nanti. Hee :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Farah atas perkongsian cerita nie... moga sama2 kita memperbaiki diri k..

    mselim3

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...seronok baca kisah tauladan...jadikan panduan dan pengajaran :)

    ReplyDelete
  5. tq share n3 ni Fara, very gd one indeed

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat...
    Perkongsian yg amat baik utk ingatan sesama.

    p/s: Terasa semakin manis blog ni, :)

    ReplyDelete
  7. setiap peristiwa ada pengajaran..
    cerita dan pengkongsian yang amat bermakna..:)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...nice sharing...semoga menjadi pedoman kepada kita..^^

    ReplyDelete
  9. nice.. pnah terbaca sebelum ni... smoga kita sama2 dpt ambil pengajaran..

    ReplyDelete
  10. kisah pengajaran yg sgt berguna. moga kita sama mengambil iktibar dan serapkan dlm kehidupan seharian.. tq kak farah

    ReplyDelete
  11. Banyak pengajaran yg boleh dapat dari situkan farah

    ReplyDelete
  12. Nice sharing...terima ksh farah..peringatan bersama....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !