Chopstick a.k.a. Penyepit

Farah Waheda Wahid
20

Dari kecik cinonet sampai ke dah nak jadi mak budak... chopstick memang x pernah tinggal kat rumah ni, dan setiap sorang dari family member mesti ada sepasang chopstick peribadi yang tidak dikongsi dengan orang lain. Yang paling banyak collection chopstick ni adalah Cik Puan Bubbly...ekekeke... ^_^ asal nampak chopstick yang cute miut jer... (pink kaler or design sweet la tu)...pasti akan beli dan simpan dalam cutlery set kat ghumah ni... Mungkin inilah salah satu perkara yang masih diamalkan turun menurun oleh kami disebabkan keturunan both sides papa and mama ada campuran Chinese... 

Selain cutlery (pisau-sudu-garpu), penyepit (chopstick) juga merupakan salah satu daripada alat makan utama yang sering disediakan di meja makan untuk menikmati hidangan. Dalam bahasa Cina, penyepit dikenali sebagai k'uai-tzu. Kuai atau chop (dalam bahasa Inggeris), bermaksud cepat atau segera. Manakala, tzu bermaksud kayu kecil.

Makan menggunakan penyepit merupakan budaya yang cukup popular dalam kalangan penduduk di Asia. Budaya makan menggunakan penyepit di Malaysia cukup sinonim dengan masyarakat Cina. Kini, budaya dan pengaruh penggunaannya turut popular dalam kalangan masyarakat lain. Penyepit bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk makan sahaja, malah juga berfungsi sebagai alat memasak selain senduk, sudip dan sebagainya. 

Apart from that, penyepit not only for eating purposes, but then dijadikan juga sebagai kraftangan serta koleksi cenderamata yang menarik. Dalam kalangan masyarakat Jepun, penyepit dianggap sebagai sesuatu yang amat berharga dan digunakan khusus untuk upacara keagamaan.

Masyarakat Cina dipercayai mula menggunakan penyepit lebih daripada 5000 tahun yang lalu, iaitu semenjak abad ke-4 sebelum Masihi. Penyepit diperkenalkan pada waktu itu kerana penduduk Cina yang banyak dan kurangnya sumber makanan. Bagi mengatasi masalah ini, makanan dipotong kecil2 untuk menjimatkan penggunaan minyak masak. Potongan makanan ini dinikmati dengan menggunakan penyepit.

Penggunaan penyepit menurut cerita, diilhamkan oleh 2 orang petani miskin yang diusir dari kampung halaman mereka kira2 2500 tahun yang lalu. Ketika berkelana, oleh sebab terlalu lapar, mereka telah mencuri sebuku daging dari sebuah stor makanan lalu melarikan diri ke dalam hutan. Mereka pun memanggang daging tersebut dan oleh sebab tidak sabar menunggu daging yang dipanggang sejuk, mereka telah mematahkan ranting pokok yang berdekatan untuk menjamah makanan tersebut. 

Penggunaan penyepit bertujuan menggantikan pisau di meja makan, melambangkan pengaruh dan kekuasaan seorang cendekiawan sebagai wira, yang mengatasi kedudukan seorang pahlawan di Cina. Budaya dan pengaruh penggunaan penyepit amat sinonim dengan masyarakat Cina.

Pada peringkat awal, penyepit berbentuk seperti penyepit kecil (tweezer), yang diperbuat daripada sepotong buluh dan diikat di bahagian atas. Walaubagaimanapun, pada abad ke-10, 2 potong buluh kecil telah diperkenalkan bagi menggantikan bentuk yang sedia ada. Pelbagai bahan digunakan untuk membuat penyepit yang disesuaikan mengikut kegunaannya. Ada yang diperbuat daripada kayu, buluh, plastik, tulang haiwan, gading, jade, porcelain, batu karang dan logam.

Biasanya penyepit kayu dan plastik, digunakan untuk makan sehari2, manakala penyepit buluh digunakan secara pakai buang (wari-bashi) telah dicipta oleh orang Jepun pada tahun 1878. Penyepit yang diperbuat daripada buluh adalah yang paling popular kerana ciri2nya yang istimewa seperti harga yang murah, senang dipisah2kan, tahan haba serta tidak mempunyai bau atau rasa.

Bentuk penyepit juga pelbagai, ada yang diwarnakan, dilukis dan diukir dengan puisi atau tulisan kaligrafi Cina atau Jepun. Terdapat perbezaan bentuk di antara penyepit yang dihasilkan di China dengan penyepit yang dihasilkan di Jepun. Penyepit yang dihasilkan di China berbentuk segi empat bujur, tumpul di hujung dan panjangnya kira2 10 inci. Manakala, penyepit yang dihasilkan di Jepun, berbentuk bulat, agak pendek berbanding dengan penyepit Cina, iaitu kira2 7-8 inci dan ruang di hujung. Penyepit moden pula berukuran 20cm panjang dan berbentuk segi empat tepat di bahagian atas untuk memudahkan pengguna memegangnya.

Penyepit seperti juga cutlery yang lain, mempunyai adap penggunaan yang khusus dan pantang larang di meja makan. Penyepit tidak boleh digunakan untuk menunding ke arah individu untuk menarik perhatiannya dalam sesuatu perbualan. Penyepit juga tidak boleh digunakan untuk mengais-ngais makanan atau sup yang dihidangkan. Seseorang itu juga dilarang menjilat penyepitnya, yang dianggap sebagai perbuatan yang kurang manis dan sopan. 

Hari ini, penyepit bukan sahaja digunakan untuk makan, malah melalui kreativiti manusia, penyepit juga dijadikan kraftangan serta koleksi cenderamata yang menarik lagi unik. Malah penyepit juga digunakan untuk menghasilkan karya seni seperti lukisan yang berestetika dan bernilai tinggi. Penyepit turut diperkenalkan ke dunia fesyen, sebagai salah satu daripada aksesori perhiasan rambut wanita dan pakaian. 

Selain itu, penyepit juga dijadikan senjata untuk mempertahankan diri macam dalam filem2 kung fu dan aksi...as example... Crouching Tiger Hidden Dragon... 

Source Extracted from Google
*_^ Kalau x jelas lagi... sila lihat tutorial video di bawah...



*Yang dah expert tu...bolehlah polish skill lagi pakai chopstick ni...he he he... yang masih dan baru nak belajar... selamat berjaya tau! *_^ 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ezzatie tak reti makan guna chopstick. Kalau guna juga, gamaknya tak makanlah. Btw, datang sini nak jemput tuan tanah join segmen yang Ezzatie buat.
    http://heartyoumycrush.blogspot.com/2013/06/segmen-simple-topup.html

    ReplyDelete
  2. Ros memang tak pandai makan guna chopstick..

    ReplyDelete
  3. Okay.. guna chopstick untuk cucuk sanggul kat rambut =D

    ReplyDelete
  4. sally dr kecik mmg arwah pap wajibkan pandai guna semua jenis cutlery :P

    ReplyDelete
  5. Akak org kampung x reti guna..but dania expert

    ReplyDelete
  6. oh ada darah chinese ya..hehe..
    saya tak berapa juga..lebih suka guna cara barat.haha.. maksudnya sudu dan garfu ..huhu..tpi syok juga tgk pakai penyepit..dlu ada beli tapi hampeh tak reti guna..huhu..

    ReplyDelete
  7. o_O..mcm tu keasal usul kayu penyepit 2..selama ni guna je tak tahu..=)

    ReplyDelete
  8. Hehe.. Cek org kg..mmg x reti pakai copstick ni.. Nak pkai garpu pun terkial2 dulu.. Guna tgn gak sunnah...heee

    ReplyDelete
  9. pakai chop stik pun ada pantang larang rupanya

    ReplyDelete
  10. FD langsung tak reti nak guna benda tu. haha

    ReplyDelete
  11. mkn maggi dgn chopstick best..haha

    ReplyDelete
  12. TLBD cukup pandai pakai chopstick ni...masa mula beli benda ni siapa dia suruh okje masak mee...hehe Punyalah nak guna

    ReplyDelete
  13. senang nak makan megi gune chopstick.. hehehe.. anis ade spasang chosptik kesayangan kaler pink bentuk love.. tapi hilang mase pindah haritu.. sob2.. :( so skang beli je sepaket yang kat daiso.. comel2 semua..

    ReplyDelete
  14. part guna chopstick ni KA , en hubby dan along mmg terror , angah & adik fail hehehe

    ReplyDelete
  15. Haha..deqla x pndai langsung guna chopstik ni...mkn stik atau ciken cop tu pndai la..hahahaha....

    ReplyDelete
  16. Saya tk pndai, tpi isteri pndai guna, da mcm2 jnis da ada kt umh ni ha.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !