Air Selusuh...

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Biasa dengar orang cakap pasal air selusuh ni yang ada kena mengena dengan proses bersalin... Dari apa yang saya faham, dikatakan air selusuh ni lebih kurang cam salah satu item yang dapat membantu memudahkan lagi proses bersalin. Dan rasanya dulu +Maria Firdz pun pernah buat entry tentang ni kalau x silap saya... 

Seperti biasa, bila nak tau info lanjut tentang sesuatu perkara, saya suka consult Akak Google kita...dan terjumpalah artikel tentang air selusuh di SINI ...

Apa Itu Air Selusuh? 
Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.

Cara Nak Buat Air Selusuh?
Cara nak buat air selusuh ada macam2. Ada di antaranya minum air yang dibacakan ayat2 Al-Quran, ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan, dan ada juga disuruh baca ayat2 jampi serapah dan macam2 lagi. Tapi, tujuannya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin. 

Apakah Hukumnya? 
Jika air itu digunakan sebagai IKTHIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat2 Al-Quran, doa2.  Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi2 karut yang menyesatkan hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Apakah Dalilnya? 
Dalil: Firman Allah: "Kami turunkan sebahagian ayat2 Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 beriman" -- Surah Al-Isra, Juzuk 15.

Jika air digunakan sebagai ikhtiar dan dibacakan ayat2 Al-Quran maka harus bersandarkan dalil di atas. Dan juga disokong oleh kaedah usul fiqh ISTISHAB. Hukum asalnya adalah harus selagi tidak ada dalil yang mengatakan haram. Dalil seterusnya kaedah fiqh 'AL-ASLU FIL ASYA' MUBAH'. Setiap benda adalah harus. Maka, selagi mana tidak didatangkan unsur2 syirik hukumnya tidak mengapa. 

Konklusi? 
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menganggap air selusuh itu mempunyai kuasa untuk memudahkan bersalin. Ingatlah, air itu merupakan air biasa sahaja, cuma dibezakannya hanya dengan dibacakan ayat2 suci Al-Quran. Mana2 air jika dibacakan sesuatu benda yang baik, maka molekul airnya akan berubah seperti kaca permata yang cantik dan begitulah sebaliknya menurut kajian saintis dari Jepun. Cara yang paling betul ialah merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini. Seharus manapun air ini, jika memberi kemudaratan kepada pesakit atau ibu mengandung, maka Islam tetap jua melarangnya. Ingatlah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Wallahua'lam.

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. x minum pun x per kot..if nak minum sila min um disaat nak melahirkan...ok...

    ReplyDelete
  2. pernah dengar air selusuh tapi tak pernah minum. teringat juga masa nak bersalin anak pertama, bapa mertua buat air selusuh tapi tak sempat minum dah bersalin dulu, anak kedua pun sama. sudahnya anak ketiga dan keempat dah tak buat...

    ReplyDelete
  3. selalu diminum utk mmudahkan bsalin kan..
    yg penting niat kita msa minum tu..kalau kita niat akn selmt jika minum,hindarkanlah niat itu..seeloknya minum dgn niat, smoga dgn segala nikmat yang Allah beri akn permudhkan seglanya bg kita..ssugghnya semua dtg dariNYA..=)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... Sy kongsi pasal air selusuh dr sudut ke doktoran...my dulu pun xde air atau minyak selusuh... Buat sendiri je.

    ReplyDelete
  5. yaya pun pernah gak dengar kakak yaya cerita pasal air ni masa dia mengandung..

    ReplyDelete
  6. nice info....semoga bermanfaat utk mereka yg nak bersalin nanti...

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar cam nie...minyak pon ada juga lah....

    semua tu cara iktihar je...selebihnya kita berserah kepadaNYA...:)

    ReplyDelete
  8. ye farah, air selusuh dan minyak selusuh memang tak boleh dipisahkan dengan wanita especially ibu yang nak bersalin.

    Aperpun, doa dan usaha perlu seiring kan. Hati mesti redha dan tawakkal insyaAllah (^^,)

    ReplyDelete
  9. oh baru tau air selusuh ni memudahkan process nk bersalin..hehe betul tu..kita hny beriktiar tp Allah akan menetukan segalanya..semoga dipermudahkan segalanya kak!:)

    ReplyDelete
  10. dulu waktu nak dekat2 bersalin arwah tok suruh bt air selusuh ni dkt ustaz..ktanya insyaALLAH di permudahkn..apa2 pun Allah yg tentukan semuanya ..kta mencuba je..=)

    ReplyDelete
  11. semuanya dari Allah kan. cuma kita berusaha jea kan. moga Allah permudahkan perjalanan sepanjang ptegnant yea :)

    ReplyDelete
  12. Anggap air tu sebagai pengantara je kan. Yakin dgn kekuasaan Allah. dan kita sebagai hamba kena la sentiasa berusaha dan berikhtiar. berdoa. thnks kak farah

    ReplyDelete
  13. ye betul sebagai pengantara..& 1 cara bg y susah bersalin..air selusuh dari suami sndri amat diperlukan..(tidak semua org mudah bersalin-jdkan kisah2 y kita dgr sbgai ikhtibar kpd bakal ibu)

    ReplyDelete
  14. Sepanjang beranak 3 orang anak, tak pernah ada air selusuh....
    Cuma adalah pernah rendam bunga kacip Fatimah kot... tapi itupun anak yg sulung je...lepas tu tak de hehe

    ReplyDelete
  15. saya buat air seluruh di kg saya shj. alhamdullilah ok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !