7 Fakta Tentang Uban / Grey Hair

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
1. Uban Usia Awal Boleh Dicegah

Fakta:
X seorang pun yang boleh meramalkan munculnya uban. Tidak juga ahli perubatan. Setiap manusia punya "moment" berbeza pada bila-bila tepatnya ia akan beruban. Rata-rata, manusia normal mula beruban ketika berusia 40 tahun atau lebih. Cepat atau lambatnya - kecuali bila terdapat penyakit kelainan genetik - penyebabnya sangatlah multifactor.

Masalahnya, sekarang ini mulai banyak lelaki dan perempuan yang sudah beruban meskipun usia masih di awal 30-an. Tidak mungkin dicegah, tapi boleh diperlambat. Asalkan anda membekalkan tonic, moisturizing serum and extra nutrition secara intensif pada akar dan batang rambut.

2. Setiap Orang Punya Risiko Terkena Uban Lebih Cepat

Fakta:
Sehingga ke saat ini belum ada kajian yang boleh memastikan penyebab munculnya uban pramatang, namun bila kelenjar rambut terganggu dan folikel rambut telah berhenti menghasilkan melanin ataupun tidak menghasilkan pigmen, boleh dipastikan rambut akan memutih dengan sendirinya. Diagnosis perubatan sementara yang mungkin boleh dijadikan pegangan adalah kenyataan bahawa uban tidak akan tumbuh tanpa sebab. Kelainan genetik, kekurangan gizi, degradasi melanosit, faktor bawaan atau pernah mengalami penyakit tertentu boleh menjadi penyebab utama tumbuhnya uban lebih cepat.

3. Bleaching, Coloring dan Rebonding Boleh Menyebabkan Rambut Beruban

Fakta:
Zat peroxide, baik dari senyawa hidrogen atau alkali yang biasa terdapat dalam produk pewarna rambut hanya akan menyerang di permukaan, lapisan kutikula, cortex dan medula rambut. Meski memang berpengaruh terhadap elastisiti rambut, namun peroxide tidak mengganggu kerja pengeluaran melanin. Ertinya, pigmen rambut tetaplah bekerja menghasilkan zat warna rambut seperti biasa, sampai saatnya ia lemah dan berhenti dengan sendirinya. Begitu juga dengan produk hairstyling lain. Daya kerjanya tidak berkaitan dengan kitaran pertumbuhan uban.

4. Uban Gejala Awal Kebotakan

Fakta:
Jika anda sudah mendapat uban saat berusia di bawah usia 20 tahun sebaiknya perlu waspada. Sebab, apabila anda memasuki usia 30an, biasanya uban akan tumbuh lebih banyak dan warna putihnya bertambah solid. Selain itu, keadaan kulit kepala biasanya jadi sangat sensitif dan senang mendapat komplikasi.

5. Makanan Olahan, Makanan Segera dan Makanan yang Diawetkan Boleh Meningkatkan Risiko Tumbuhnya Uban Lebih Cepat

Fakta:
Makanan olahan yang mengandungi bahan pengawet atau yang dibiakkan dari hasil kejuruteraan teknologi hormon, boleh mengganggu metabolisme. Hal ini juga akan mempengaruhi peredaran oksigen dan nutrisi ke rangkaian kulit kepala yang idealnya menyokong kerja melanin di sel-sel rambut.

6. Makin Sering Ditutup, Uban Semakin Banyak

Fakta:
Idealnya, anda hanya perlu mewarna uban dua bulan sekali. Kerana, setelah 60 hari akar rambut yang baru biasanya akan mula terlihat mata. Jika mengganggu penampilan, lakukan re-coloring secara berkala. Tempoh ini juga berguna untuk memberi rehat pada permukaan kulit agar keadaan akar rambut kembali normal.

Menutup uban dengan topi, hanyalah bertujuan menyekat kesan-kesan buruk sinar matahari. Uban memang tidak boleh menjadi lebih buruk atau bertambah banyak. Hanya, warna rambut saja perlahan-lahan akan memudar.

Soal mencabut uban, menurut ahli dermatologi dari New York, Debra Jaliman, MD, hal ini tidak memberi kesan tumbuhnya uban lebih banyak. Hanya saja, selain akan merosakkan foliker dan saraf rambut, uban juga akan kelihatan lebih outstanding kerana berkurangnya jumlah rambut di sekitarnya.

7. Pengklonan Rambut Cara Atasi Uban?

Fakta:
Kajian terkini di University Pennsylvania School of Medicine menyebutkan, hair multiplication atau panambahan rambut bukan untuk mengatasi uban. Namun, bila jumlah rambut yang sihat yang ditanam lebih banyak, automatik sel rambut baru ini boleh menutup uban agar lebih tersamar. Treatment yang bekerja dengan mengembangbiakan sel folikel rambut yang sihat (dan tidak beruban) di makmal khas ini, sampai sekarang masih terus dikembangkan. Walaupun terbilang revolusioner, teknik ini masih perlu penyempurnaan dan kemungkinan layak digunakan 2-3 tahun lagi.

*Erks...semalam cerita pasal botak, hari ni cerita pasal uban...occay2 lepas ni tak yah citer part kepala lagi ek...ekekekeke.... *_^

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hiihhi..uban tanda dh matang...ingat pada hari tua dan pengakhiran hidup...

    ReplyDelete
  2. Dulu masa sekolah lagi dah dapat pangkat atuk...itu yang kepala cepat beruban...hehe
    Ubat mengingatkan kita tentang diri yg mempunyai masa yg singkat shj di dunia ini. Masa utk perbanyakkan amalan dan amal jariah.

    ReplyDelete
  3. Saya umur 15 pun dah ada uban. Pernah dengar ada orang cakap uban tak dimakan api neraka. Tak tahu la betul ke tak....

    http://pondokajip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Akak ni baru 35 thn..tp uban dh byk dah..dania tukang complain...byk sgt uban mama ni tau...

    ReplyDelete
  5. nasib baik akak belum beruban lagi...huhu

    ReplyDelete
  6. err, dah ada sejak 2 tahun lepas. tapi sehelai je la.. btw uban nampak cantik, original color.. warna yg mengingatkan kita berada di akhir usia.. :)

    ReplyDelete
  7. uishh akak dan hubby dah mula ada ..
    takutt ;)

    ReplyDelete
  8. Ada sebab Allah cipta uban, dan knp wrna putih, sebab nk ingatkan kita kpd kain kapan dan hidup yg makin singkat... hehe

    ReplyDelete
  9. uban tu kan seri pada rambut...... let's it grow....

    ReplyDelete
  10. Sejak umur dah kertu ni mmg ubat dah start tumbuh huhu....redho ajelah....

    ReplyDelete
  11. tapi kan, orang kata kalau ada uban tu, jangan cabut. biarkan je

    ReplyDelete
  12. ok... alhamdulillah setakat ni xde sehelai pun lagi grey hair even nak mencecah 4 series dah hehehe

    ReplyDelete
  13. tgk faktor genetik jugak....kalau keturunan mmg cepat beruban...mmg sng la nak jadi hulk hogan...haha

    ReplyDelete
  14. Sebut uban je org fkr dah tua kan..hubby deqla baru 27 tahun tau tp ada uban..deqla tau la sbb keja deqla hari2 belek2 rambut dia..haha..rasanya uban ni sbb terlalu byk berfikir jgk kot farah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !